Tuesday, 19 March 2013

Penyebaran Gambar Hubungan Songsang Mirip Anwar, Ahli PKR Jadi Dalang?


Beberapa hari ini tidak kira di laman sosial Facebook mahupun di portal dan blog-blog, banyak tersebar gambar dan cerita tentang hubungan sejenis seorang lelaki yang mirip kepada Ketua Umum Pakatan Pembangkang. Gambar tidak berwarna itu dipercayai telah dimuatnaik di dalam sebuah blog yang masih baru dan tidak diketahui siapa pemiliknya.

Pelbagai persepsi cuba ditimbulkan dengan penyebaran gambar tidak senonoh tersebut. Ada pendapat menyatakan, ianya adalah fitnah yang dilakukan oleh UMNO/BN untuk menjatuhkan reputasi Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRU13.

Malahan ada juga yang berpendapat, penyebaran gambar tersebut didalangi oleh ahli PKR sendiri untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada insiden Lahad Datu yang dikatakan didalangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh beberapa media asing.

Walau siapapun yang berada di belakang penyebaran gambar tidak senonoh tersebut, dan walau apapun niatnya, isu keselamatan di Lahad Datu tetap menjadi perhatian utama rakyat.

Biarlah apa pun gambar yang hendak disebarkan, keluarlah apa cerita sekalipun tentang orientasi seks manusia yang bernama Anwar Ibrahim, insiden Lahad Datu tetap harus menjadi keutamaan.

Kedaulatan negara lebih penting daripada isu penyebaran gambar tidak senonoh antara dua orang lelaki di dalam sebuah bilik hotel. Keselamatan rakyat di kawasan sekitar tempat serangan pengganas lanun Sulu lebih penting untuk diberi perhatian.

Tiupan semangat dan doa untuk anggota keselamatan kita yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara daripada diperkotak-katikkan oleh musuh adalah lebih perlu daripada menjaja cerita tentang nafsu songsang lelaki di dalam gambar tersebut.

Biarkan sahaja gambar dan cerita lelaki bernafsu songsang itu berlalu bersama masa. Apa yang penting kini, sokongan dan kepercayaan sepenuh hati harus diberikan kepada para anggota keselamatan kita yang kini sedang berjuang menentang pengganas di Sabah.

Dalang sebenar di sebalik insiden serangan pengganas Sulu di Sabah perlu dicari dan didedahkan. Jika benar seperti dakwaan beberapa media asing yang mengatakan Ketua Umum dari Pakatan Pembangkang terlibat dalam insiden ini, ia harus dibuktikan dan didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tuduh-menuduh di antara penyokong kedua-dua parti tidak membawa ke mana. Apa yang penting, carikan bukti untuk mengaitkan si dalang dan insiden yang telah menyebabkan pertumpahan darah.

Cukuplah nyawa sepuluh orang anggota keselamatan yang diragut dek sikap rakus untuk menjadi pemerintah. Cukuplah sepuluh keluarga yang kehilangan anak, suami mahupun ayah sebagai tempat bergantung dan bermanja.

Jom kita semua berganding bahu tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama mendoakan anggota keselamatan kita yang sedang berjuang di Sabah. Kita lupakan seketika persengketaan politik demi untuk memberikan sokongan kepada usaha pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...