Tuesday, 19 March 2013

PANAS ! Tian Chua Biadap Penyebab Rakyat Menjauhi Pakatan Rakyat


Dalam ramai-ramai pimpinan di dalam pakatan pembangkang, populariti Tian Chua ketika ini dilhat begitu besar sekali apabila sering menjadi tajuk perbualan masyarakat di kedai-kedia kopi sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Ia bukan disebabkan kerana khidmat atau jasa baktinya yang mengharumkan nama negara, namun kerana kelancangan mulutnya dalam mengeluarkan kenyataan yang bodoh lagi biadap.

Atas sebab itu, setiap kali Naib Presiden PKR itu hadir di mana-mana untuk menyampaikan ceramah, pasti kehadirannya akan ditunggu baik di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kepimpinan dan masyarakat setempat sehinggalah kepada orang perseorangan.

Kehadiran mereka pula bukan untuk mendengar cerita hikayat seribu satu malamnya, tetapi lebih kepada ingin berjumpa sendiri bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap manusia yang dianggap kurang ajar ini. Sebagai contoh, hampir saban hari kita akan dapat melihat laporan di media-media pembangkang yang berkenaan himpunan dan bantahan terhadap kehadiran di kawasan mereka.

Walaupun media pembangkang cuba mengambarkan kononnya kehadiran Tian Chua disambut dengan ancaman dan pelbagai bentuk keganasan. Namun dari satu sudut sekiranya diteliti, kemarahan mereka itu ada mempunyai asasnya, kerana sehingga hari ini tiada sebarang ucapan maaf atau kenyataan bagi menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

Malah Ahli Parlimen Batu itu, ketika menyampaikan ucapan sulungnya di Taman Melewar baru-baru ini, mengatakan bahawa dia mengakui mengeluarkan kenyataan tersebut. Malah dia turut berkata idak akan menafikan kenyataan tersebut kerana mendakwa kononnya ia memang merupakan sandiwara BN/Umno.
Melalui kenyataan itu jelas menunjukkan sikap keras kepala yang berkeras mahu mengherat isu pencerobohan bersenjata di Sabah sebagai isu politik walaupun tragedi itu telah mengorbankan seramai 10 orang perwira negara.

Namun setelah menerima pelbagai kecaman dari pelbagai lapisan masyarakat, Tian Chua kembali meminta perlindungan polis atas alasan berasa terancam dan khuatir dengan keselamatan dirinya.

Apa yang menariknya ialah, disebabkan kenyataan itu juga program dan ceramah anjuran pembangkang akhir-akhirnya ini kurang mendapat sambutan seperti kebiasaanya. Rata-rata ceramah yang diadakan hanya mampu mengumpul angka sekitar 100-300 orang sahaja dan sekali-sekali mencecah kepada 500 orang.

Berbanding ceramah yang diadakan sebelum ini, mereka mampu mengumpukan paling kurang 3,000 – 5,000 orang hadirin dalam satu-satu masa. Malah sokongan terhadap ceramah Ketua Pembangkang juga memperlihatkan penurunan sokongan yang agak ketara.

Sebagai contoh, ceramah Anwar yang diadakan di Kuala Krau, Pahang baru-baru ini hanya mampu mengumpulkan sekitar 500 orang hadirin sahaja, dan menurut salah seorang penduduk tempatan hampir setengah daripadanya merupakan orang yang tidak dikenali dan dipercayai merupakan orang luar.
Ia berdasarkan kepada penelitian plat kereta yang rata-rata mengunaka no pendaftaran dari Kelantan, Terengganu dan Selangor. Ia jelas membuktikan semakin hari rakyat semakin muak dengan pendekatan pakatan pembangkang yang sarat dengan penipuan dan janji kosong.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...