Wednesday, 20 March 2013

UPDATED: Suspek Pengganas Sulu Akan Didakwa Di Lahad Datu Pada Rabu


Sebahagian daripada 108 suspek pengganas Sulu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 akan didakwa di Lahad Datu pada Rabu.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakarpada satu sidang akhbar di Felda Sahabat pagi Rabu.
Beliau berkata, mereka akan didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara atas faktor keselamatan.
Dalam pada itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilihat tiba di IPD Lahad Datu pukul 11.30 pagi Rabu.
Juga kelihatan Timbalan Pendakwa Raya MohdDusuki Mokhtar dan Shukor Abu Bakar.
Hakim, Mahkamah Sesyen Duncan Sikodol dari Mahkamah Kota Kinabalu serta M. Raja Linggam dari Mahkamah Sesyen Lahad Datu juga berada di situ.
Kesemua mereka yang ditahan di beberapa daerah termasuk Lahad Datu dan Semporna didakwa di bawah akta itu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas militan yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari.
Difahamkan kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau selepas ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...