Thursday 21 March 2013

Weh! Ops Kibar! Apa tu?


Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor akan melancar Operasi Kibar (Ops Kibar) iaitu pemasangan bendera parti di lokasi strategik di 22 kawasan Parlimen di negeri ini bagi mewujudkan kesedaran mengenai parti gabungan itu.

Pengerusi Pemuda BN Negeri Ungku Salleh Ungku Jamal berkata operasi itu juga bertujuan menyatakan komitmen BN yang sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat terbaik untuk mereka.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengadakan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Perdana Menteri Bersama Warga Industri Selangor di Padang Bukit Jelutong di sini Ahad ini.

Pertandingan akhir itu diadakan susulan pertandingan bola sepak itu yang bermula sejak 10 Mac lepas melibatkan 15,000 peserta terdiri daripada kalangan warga industri.

"Pertandingan akhir ini dijangka bermula pada pukul 9 pagi dan kami turut menawarkan pelbagai hadiah kepada pasukan yang memenangi kejohanan itu termasuk piala dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM16,000," katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...