Tuesday, 19 March 2013

BONGKAR! Agenda Jahat DAP Untuk Dominasi Kerusi Johor


Desas desus DAP meletakkan Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah seolah-olah mempunyai agenda tersendiri dalam parti itu serta  menyembunyikan ‘sesuatu’ daripada  PKR dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13). Percaturan DAP itu dilihat cuba memperalatkan Pakatan yang merupakan parti gabungan PKR dan PAS dengan menyatakan hasrat mendominasi terlebih dahulu kerusi di negeri menjadi kubu kuat UMNO – Barisan Nasional (BN)  dengan meletakkan 15 calon DAP daripada 26 kerusi dalam usaha rancangan menawan salah satu negeri kaya sumber ekonomi.

Dalam jangka masa panjang, tindakan DAP itu juga sebagai salah satu cara untuk mencengkam serta mengawal ekonomi negeri Johor sekaligus menindas kaum Melayu..

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan Ahli Parlimen Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad baru-baru ini, budaya toleransi sudah lama wujud sejak beratus tahun dahulu antara kerajaan BN dan masyarakat Cina di negeri itu akan menjadi punca utama Pakatan gagal menawan Johor.

Masyarakat Cina di Johor istimewa dibandingkan dengan negeri lain kerana mereka memperolehi sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah yang sudah berusia 100 tahun, contohnya sistem pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah Foon Yew yang lebih lama usianya dari Merdeka dan tidak pernah diusik.

Pada sambutan perayaan Chingay yang ke 142 di Johor Bharu awal tahun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan ia akan dijadikan sebagai Warisan Kebudayaan Kebangsaan dan berita itu amat menggembirakan masyarakat Cina.

DAP sebagai parti terkuat dalam Pakatan Pembangkang, berfahaman sekular yang bermakna mereka tidak menyokong duit kerajaan dibelanjakan untuk tujuan agama.

Jadi kalau Pakatan Pembangkang bercadang dan mengambil alih kepimpinan negeri Johor, satu dilema yang mereka akan hadapi ialah di segi falsafah politik DAP yang bertentangan dengan apa yang dilakukan di Johor sekarang.

Masyarakat Cina di sini agak istimewa kerana mereka mempunyai pelbagai perkara yang boleh dibanggakan antaranya sistem pendidikan sekolah Jenis Kebangsaan dan Menengah Cina (Foon Yew)  yang usianya lebih lama dari Merdeka dan ‘Southern College’ yang bertaraf universiti.

Kajian trend sokongan yang dilakukan oleh Merdeka Center Mac lalu pula juga menunjukkan majoriti rakyat semakin selesa dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat lebih cakna dan memenuhi aspirasi khalayak, satu lagi isyarat yang jelas untuk meletakkan pembangkang berada dalam kedudukan tertekan dan bakal mengulangi sejarah PRU12.

Malah dalam pilihanraya kecil DUN Tenang sebelum inipun telah terbukti rakyat lebih gembira bersama BN apabila majoriti besar pengundi Melayu dan India sepakat menyatakan sokongan terbuka mereka kepada kerajaan pusat dan negeri.

Di masa yang sama tahap sokongan masyarakat Cina juga turut menunjukkan sedikit peningkatan, satu perkembangan yang ternyata menyebabkan ramai pemimpin pembangkang jadi gila meroyan.

Apa yang dibawa oleh pembangkang sebenarnya berasaskan pada anggapan bahawa pengundi Cina akan menyebelahi mereka, penulis rasa kita boleh bertahan. Johor berbeza dengan negeri lain.

Sehubungan itu, Pemimpin Pakatan Pembangkang dinasihatkan supaya berhenti berangan-angan seperti Mat Jenin sekiranya ingin menjadikan isu perkauman khususnya sebagai modal bagi meraih sokongan serta undi masyarakat Cina di Johor.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...