Tuesday 19 March 2013

Pasar Raja Bot Di Chow Kit Bakal Lalui Pembangunan

Pasar Raja Bot yang begitu dikenali di Chow Kit di sini akan melalui pembangunan semula dengan peruntukan sejumlah RM200 juta, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Muhyiddin berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memodenkan pasar sedia ada, yang diwujudkan pada tahun 1955, kepada ikon mercu tanda.
“Projek ini akan melibatkan 48,000 hekyat yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan di kawasan berkenaan,” katanya yang berucap pada majlis pelancaran projek itu di sini.
Beliau berkata, pasar baru itu dijadualkan siap sepenuhnya pada 2017 akan bercirikan seni bina Melayu, dengan menempatkan 1,527 peniaga sedia ada.
“Gerai-gerai yang lain akan ditawarkan kepada usahawan muda yang mahu menjalankan perniagaan,” katanya, sambil menambah bahawa bangunan bertingkat itu akan mempunyai 800 tempat letak kereta.
Beliau berkata, kawasan sementara akan diwujudkan untuk peniaga yang terjejas ekoran projek itu, yang akan berpindah ke pasar baru secara berperingkat.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

mStar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...