Wednesday 20 March 2013

Hari Ke-15, 10 Nyawa Terkorban, Baru Anwar Nak Beri Sokongan?


Loya sungguh anak tekak apabila saya mendapat tahu tentang Anwar Ibrahim yang akhirnya “memuji” dan “menyokong” tindakan pasukan keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah.

Selepas 15 hari berlalu dengan penuh debaran, setelah 10 orang wira negara terkorban dibunuh oleh gerila-gerila rakan baiknya, Kiram dan Nur Misuari, baru semalam Anwar teringat nak puji dan sokong?

Pada saya, Anwar dan Pakatan Haram sudah terlambat..!


Selepas mesyuarat Pakatan Haram semalam, Anwar memberitahu media mengenai sokongan pakatan pembangkang itu terhadap tindakan pihak keselamatan negara. Namun saya yakin kenyataannya itu tidak ikhlas.

Pertamanya kerana dia lewat menyatakan sokongan terhadap pasukan keselamatan yang sedang berjuang di sana. Sudah terbit keringat, sudah bermandi darah, sudah 10 nyawa dijemput ajal, baru Anwar dan Pakatan Haram terhegeh-hegeh beri kenyataan sokongan?

Mengapa tidak pada hari pertama puak-puak pembangkang itu tidak mengisytiharkan sokongan? Sebab apa? Sebab selama ini memang Pakatan Haram sering cuba memburuk-buruk dan memperlekeh imej PDRM dan ATM, bukan?

Setelah 15 hari berlalu dan melihat bagaimana gelombang kebangkitan serta sokongan tidak berbelah bagi oleh rakyat dari segenap lapisan masyarakat, barulah Anwar dan Pakatan Haram mengaku kalah dan seterusnya memuji tindakan pasukan wira negara itu?

Mengapa Anwar dan Pakatan Haram tidak menyelar, mengecam, mengutuk atau ketuk kepala Tian Chua yang menuduh insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu itu sebagai “sandiwara” yang dilakonkan UMNO dan BN?

Hanya setelah Tian Chua teruk “dibelasah” dan majoriti rakyat mengherdik Pakatan Haram maka baru Anwar nak sedar? Saya percaya, jika Anwar jadi Menteri KDN, selepas 15 hari Sabah ditawan pengganas, barulah dia akan mengambil tindakan. Itu pun belum tentu dia ada “telur” atau tidak!

Keduanya, berkemungkinan besar Anwar takut dan risau sekiranya identiti “dalang” disebalik pencerobohan itu dapat dikenal pasti. Maklumlah, satu dunia tahu dia rapat dengan Nur Misuari yang menganggap Jamalul Kiram itu bagai “abang”nya.

Lagipun, mungkin Anwar juga risau jika tindakan Tian Chua dan Sivarasa yang ke Manila beberapa hari sebelum pencerobohan itu terjadi diketahui oleh rakyat. Dia mungkin takut tujuan dan intipati “lawatan sambil belajar” kedua balacinya itu “kantoi” sekiranya disiasat, bukan?

Ketiganya, tak perlulah Anwar dan Pakatan Haram tunjuk baik depan rakyat dengan memuji pasukan keselamatan yang menjaga keamanan negara. Sejarah merekodkan bahawa Anwar dan Pakatan Haram telah menghamburkan segala nista dan cacian terhadap pasukan keselamatan itu.

Rakyat masih ingat bagaimana Anwar menggelar anggota polis sebagai “anjing” dan Ketua Polis Negara sebagai “bapa anjing”. Kita juga belum lupa bagaimana Tian Chua mengigit tangan polis bagaikan “anjing” ketika ditahan, bukan?


Itu belum lagi diungkit segala tuduhan jahat yang dilemparkan pada PDRM, kenderaan polis diterbalikkan, anggota polis bermandi darah dipukul pengikut-pengikut “sultan liwat” itu dan imej PDRM yang sering menjadi mangsa kutukan para pemimpin Pakatan Haram!

Dan sekarang Anwar nak tunjuk baik pula dengan PDRM? Sudahlah. Simpan saja “sokongan” Anwar itu dalam peti besi dan kunci rapat-rapat! Buang karan saja kata orang…

Pun begitu, sempat lagi Anwar mempolitikkan insiden pencerobohan Lahad Datu itu. Anwar mendakwa kononnya Kerajaan BN cuba “meraih sokongan politik” menerusi insiden yang meragut 10 nyawa itu?

Dia tak tahukah Datuk Seri Najib tak tidur malam memikirkan tentang pencerobohan itu kerana risaukan rakyat di Sabah. Orang fikir pasal rakyat, Anwar fikir pasal politik? Orang macam ini pun ada ke dalam Malaysia? Nak jadi PM pulak tu!

Mungkin Anwar takut rakyat menyedari tentang kecekapan Kerajaan BN mengendalikan hal ehwal keselamatan negara dan dia risau sekiranya rakyat nampak dengan jelas betapa sayangnya Kerajaan BN pada rakyat serta kedaulatan negara.

Apa pula yang Anwar ada? Jual maklumat pada CIA? Belot dan khianat pada negara? Sokong negara rejim Zionis Israel serang Palestin? Bapak Ayam dan China Doll? Jam tangan Omega? Skandal terlarang LGBT? Itu “profile” Anwar yang dijanjikan pada rakyat? Hentikanlah mimpi buruk itu…

Mykmu.net





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...