Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 sudah pastinya akan membuatkan jauh di sudut hati para pencacai pakatan haram mengangkat tangan tabik hormat kepada kerajaan BN/Umno. Malah pembentangan laporan tersebut sepatutnya berjaya membuka mata dan hati mereka sekiranya mengambil pendekatan berlapang dada dan menilai semula antara fakta dan penipuan.
Ia susulan kejayaan kesemua NKRA kerajaan yang berjaya menunjukkan pencapaian yang baik dan menepati sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini. Malah setiap baris ayat yang diucapkan oleh Perdana Menteri semalam, adalah merupakan bukti bahawa kerajaan BN telah mengotakan segala janji kepada rakyat.
Ia selari dengan tema kerajaan ‘Janji Ditepati’ sekaligus menepati slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Berbeza dengan pembangkang melalui ‘Manifesto bukan Janji’ yang hanya mampu memberikan impian ‘bulan dan bintang’ namun apabila sampai masanya memungkiri janji tersebut ibarat melepaskan batu ditangga.
Laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 semalam membuktikan transformasi dilaksanakan kerajaan sebelum ini telah berjaya menunjukkan keberhasilan. Semua maklumat dikaji, dikumpul dan kemudiannya dibentangkan kepada seluruh rakyat bagi menunjukan ketelusan kerajaan dalam memberikan fakta yang benar dan sahih.
Lebih menarik lagi ialah, ketika pakatan pembangkang yang sebelum ini mengkritik tindakan kerajaan yang dikatakan terlalu boros berbelanja semata-mata untuk meraih undi pendapatan negara (GNI) masih berjaya menunjukkan peningkatan sebanyak 49% sepanjang 3 tahun lepas. Walaupun ekonomi dunia berada dalam kegawatan, namun pertumbuhan negara sepanjang 3 tahun lepas mengjangkaui purata global. 7.2% 2011 dan 5.2% 2012.
Tambah membanggakan, kadar kemiskinan negara juga menunjukan indeks penurunan dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012. Malam kadar inflasi negara juga turut kekal rendah pada kadar 1.3 peratus setakat Januari 2013.
Bukan setakat itu sahaja, sepanjang menerajui pentadbiran negara, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib juga telah berjaya mewujudkan sebanyak 438,000 peluang pekerjaan dari 2011-2012. Malah seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka dan sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun.
Walaupun pakatan pembangkan sering mengatakan, kononnya kerajaan BN/Umno rasuah, tidak selamat dan sebagainya, namun mengikut indeks kadar jenayah yang dikeluarkan telah menunjukkan kadar penurunan sebanyak 27% sepanjang 3 tahun lepas. Malah Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International juga menunjukkan peningkatan: naik enam anak tangga kepada kedudukan ke-54 pada tahun 2012 dengan seramai 1,172 pesalah rasuah telah disiarkan dalam laman web MACC.
Secara keseluruhan pembangkang hanya mampu melemparkan pelbagai dakwaan untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat, namun hakikat sebenarnya semuanya langsung tidak mempunyai asas.
Dengan data-data yang dibentangkan semalam turut membuktikan bahawa kerajaan benar-benar ikhlas ingin menawarkan perkhidmatan terbaik buat rakyat.
No comments:
Post a Comment