Tuesday 19 March 2013

PANAS! Terowong Dasar Laut Guan Eng Dikenakan Tol! Uiks! Sudah Tukar Ka?

Adeehh! Pelik sungguh la Guan Eng ni! Jambatan Pulau Pinang desak Kerajaan Pusat hapuskan Tol tapi dalam masa yang sama Projek Terowong Dasar Laut yang dicadangkan oleh Guan Eng dikenakan Tol pulak! Aduuh! Sakit kepala! Kenapa ek!! Cakap  Berbelit-belit la lu ni!

Kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah mempersendakan manifesto mereka sendiri apabila projek terowong dasar laut yang ingin dibangunkan bakal dikenakan tol.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tikus, Rowena Yam berkata, perkara itu menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat negeri ini kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini lantang mahu memansuhkan tol sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Tegasnya, jika benar pembangkang mahu memansuhkan tol di seluruh negara, mengapa tidak dimulakan di negeri ini melalui projek yang mereka sendiri lancarkan.

"Selepas lima tahun mentadbir negeri ini, Tol Sungai Nyior sendiri masih tidak dimansuhkan, kini tampil pula terowong bertol. Jelas mereka sendiri membelakangkan manifesto yang selama ini dilaung-luangkan kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rowena yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Bahagian Bukit Bendera berkata, pihaknya mengesan kewujudan pelbagai perkara meragukan dalam projek mega bernilai RM6.3 bilion yang mengandungi pembinaan tiga lebuh raya dan sebuah terowong dasar laut yang bakal menghubungkan Persiaran Gurney di sebelah pulau dan Bagan Ajam di Seberang Prai itu.

Katanya, sebelum ini pelbagai pihak termasuk pakar berpendapat projek terowong berkenaan bukan keperluan mendesak yang perlu dibangunkan kerana Pulau Pinang bakal mempunyai jambatan kedua menjelang hujung tahun ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...