Friday 22 March 2013

BREAKING NEWS! Demo Cina Melayu Bertembung Di Komtar

Hari ini selepas solat Jumaat 2 demo bertembung di Komtar.Gabungan NGO Islam Pulau Pinang telah membuat bantahan mengenai keceluparan Lim Guan Eng yang menuntut agar nama Allah digunakan didalam Kitab Bible.200 orang daripada NGO Gabungan Islam berarak dari Masjid Simpang 6 sebaik saja selesai bersolat Jumaat dan terus ke Bangunan Komtar.


Satu kumpulan lagi yang disertai lebih 150 orang berbangsa Cina dan India iaitu NGO 1Malaysia Brothers pula menyuarakan protes kerana Lim Guan Eng tidak menunaikan janji manifesto.Mereka turut mendesak Lim Guan Eng dan regim DAP Pulau Pinang memberi penjelasan mengenai projek terowong dasar laut bernilai 6.3billion.

Mereka juga mendesak agar DAP menghentikan kegiatan cybertrooper DAP yang membuat ugutan keganasan,gengsterism dan ugutan ganguan seksual.Mereka juga menuntut agar regim DAP memberi penjelasan dimana lokasi dan unit rumah murah yang didakwa kerajaan negeri DAP pernah bina.

Mereka menuntut pendirian Lim Guan Eng mengenai Lynas sedangkan Anwar Ibrahim berjanji operasi kilang Lynas di Gebeng Kuantan boleh diteruskan.

Mereka juga mempersoalkan kenapa rakyat Malaysia dan rakyat Pulau Pinang perlu mendapat kebenaran Lim Guan Eng untuk mengunakan nama “Penang” !

Baca Lagi di Pisau.Net

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...