Showing posts with label Gaza. Show all posts
Showing posts with label Gaza. Show all posts

Saturday, 16 February 2013

PANAS! Gangnam Style Ala Gaza



Dalam usaha membendung kesedihan akibat ditindas tentera Yahudi, sekumpulan  pemuda  Gaza menari ala Gangnam Style yang dipopularkan penyanyi Korea, Psy dan merakamnya menerusi telefon berkamera.

Memetik laporan sebuah blog, Hidayatullah.com tarian itu diberi nama  'Gangnam Gaza Style' tetapi  ia bukan sekadar hiburan semata-mata. Sebaliknya  kumpulan pemuda berkenaan telah menyelitkan tarian itu dengan mesej kesedihan penduduk Palestin yang berterusan ditindas rejim Zionis.

“Mesejnya adalah mengenai penderitaan kami, tahanan, pengangguran dan semua masalah  kami,” kata salah seorang anggota kumpulannya, Walid Afghani.

Semua kesulitan warga Palestin digambarkan melalui tarian itu.  Misalnya, ada satu keadaan  di mana mereka sedang menolak sebuah kereta kerana kehabisan minyak.  Sambil meniru pergerakan Gangnam Style, setibanya di stesen minyak,  ternyata bahan bakar tidak ada.

Satu lagi pergerakan mereka  beramai-ramai menuju mesin ATM, tapi  pada mesin wang itu tidak ada wang. Begitulah antara gambaran kehidupan penduduk Palestin yang mereka adaptasikan mengikut pergerakan tarian Gangnam Style.

Secara menyeluruh, mesej itu bermaksud apapun tekanan hidup di bawah penjajahan Zionis Yahudi tidak selamanya harus dihadapi dengan tangisan oleh penduduk Palestin.

Dalam perkembangan lain, dua pemuda Palestin, luka parah  akibat tembakan tentera Zionis di timur Bethenun, sebelah utara Semenanjung Gaza.

Berdasarkan laporan Pusat Informasi Palestin, jurucakap jabatan kesihatan Palestin di Gaza, Asyraf Al-Qudrah memberitahu, salah seorangnya telah ditembak di dada dan kini diberi rawatan rapi di hospital  Al-Syifa,  Gaza kerana keadaannya yang kritikal.  Sementara seorang lagi mangsa diberi rawatan di hospital Bethanun.

Tentera Zionis turut melancarkan serangan ke atas petani di beberapa ladang termasuk tepi pagar sempadan dan tindakan mereka itu mencabul perjanjian gencatan senjata yang dibuat November tahun lalu.

Nampaknya kisah penderitaan di Palestin tidak berkesudahan. Satu demi satu ditimbulkan puak penjajah itu. Sampai bilakah ia akan berakhir? Hakikatnya, Israel tidak pernah mahu berhenti daripada melakukan kerakusan. Dan sanggupkah kita di sini sekadar memerhati segala tindakan zalim mereka itu?

Sumber
-

Thursday, 24 January 2013

Gambar Sekitar Lawatan Perdana Menteri Ke GAZA


Teman sisipkan himpunan terbaik beberapa gambar sekitar lawatan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak ke Gaza Palestin untuk tatapan kome. Teman kutip daripada banyak sumber. Gambar-gambar ini lah yang buat Anwar China Doll jadi sawan dan PAS lagi meroyan tak habis.heee..













-

Keberanian Najib, Kebaculan Nik Aziz



Tika ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya sedang berada di Semenanjung Gaza, Palestin bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato’ Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.

Akhirnya 22 Januari 2013 sekitar 4.40 petang waktu Malaysia, Dato’ Seri Najib dan anggota rombongannya tiba di Semenanjung Gaza, Palestin. Turut serta ialah isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor.

Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin sebagai meraikan detik bersejarah itu, sesuatu yang agak membanggakan ramai rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan Israel.

Tapi bagi segelintir penyokong pembangkang khususnya dari PAS dan PKR, mereka melihat keberanian PM melawat Palestin hanyalah satu propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempenan PRU 13. Samada dalam media sosial seperti facebook, twitter, portal mahupun di dunia nyata itulah yang mereka perkatakan.

Ada sebabnya mereka memfokuskan hal demikian, salah satunya bertujuan untuk menghalang perhatian umum daripada mengimbas kembali kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel.

Bagi sebahagian besar rakyat negara ini pula, mereka melihat langkah berani Dato’ Seri Najib memijak bumi Palestin khususnya Semenanjung Gaza sebagai sejarah besar yang tidak mungkin dilupakan, lebih-lebih lagi baru sahaja 2 bulan yang lalu rakyat negara itu diancam kekejaman tentera Israel.

Lagipun keprihatinan Dato’ Seri Najib dengan nasib umat Islam di wilayah bergolak sudah terbukti keikhlasannya. Dan ini bukanlah kali pertama Dato’ Seri Najib sanggup berdepan dengan risiko kehilangan nyawa di wilayah yang sedang dilanda keganasan perang.

Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah mengambil risiko yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan senjata diantara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand, sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda.

Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan. Nampak sangat kebaculannya. Memalukan.

PAS yang sering menanam semangat perjuangan kepada ahli dan penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid, sedar tak sedar rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi.

Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam dan tidak Islamik oleh PAS, namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah atau ketakutan untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala membantu umat Islam di wilayah yang sedang bergolak. Inilah perbezaan nyata antara pemimpin UMNO dengan PAS.

Suara Generasi Baru
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...