Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Wednesday, 27 February 2013

Skandal Balak SETIAUSAHA AGUNG PAS kepada Gadis Suzana


Suzana binti Embong.....yang memiliki syarikat Berkat Timber Trading telah mendapat kawasan BALAK TANPA TENDER dari Kerajaan Pas Terengganu.
Haji Hadi yang merupakan Menteri Besar dan Pengerusi Yayasan Terengganu ketika itu cuba BERBOHONG dengan mengatakan pemberian kawasan balak kepada Suzana Embong oleh Yayasan Terengganu adalah mengikut tender dan gadis berkenaan waktu itu menawarkan harga paling tinggi.
“Kerajaan Pas lebih mementingkan nilai tender yang tinggi.....” katanya kepada wartawan.
Tetapi hakikat sebenarnya diberitahu oleh sumber dalaman Yayasan Terengganu sendiri kawasan balak di Merang Setiu yang diberikan kepada Suzana diberi tanpa tender, kononnya atas dasar pelaburan.
Sedangkan kata sumber dalam itu, istilah pelaburan tidak pernah wujud dalam peraturan kewangan Yayasan Terengganu kerana peraturan yang sebenar menyebut mana-mana tawaran yang melebihi RM200 ribu hendaklah melalui proses tender terbuka.
Tetapi Exco Kanan waktu itu Dato’ Mustaffa Ali (Setiausaha Agung Pas sekarang) yang menjadi Pengerusi Pelaburan Yayasan Terengganu telah menggunakan kuasa vetonya memberikan kawasan itu kepada Suzana.
Suzana sebenarnya merupakan gadis pekerja syraikat milik Cina  yang diperalatkan oleh Cina  Wakaf Tapai itu yang merupakan kroni Mustaffa Ali.
Wakaf Tapai adalah terletak dalam kawasan yang diwakili Mustafa Ali waktu itu iaitu Dun Pengkalan Berangan.
Haji Hadi sememang tunduk kepada Mustaffa Ali kerana walaupun Haji Menteri Besar, tetapi semua orang tahu yang melaksanakan peranan kerajaan negeri adalah Dato’ Mustaffa Ali.
-

Ganas!!! Bekas Ahli PAS Diancam Bunuh Kerana Keluar Parti



Ada kalangan kita tentunya terkejut dan terkerut-kerut muka sambil menggaru kepala yang tidak gatal bila membaca berita yang di siarkan oleh Sinar Harian Online petang tadi dengan tajuk “4 ditahan ugut bunuh ahli keluar parti”.

Pun begitu, sebetulnya ramai yang sudah dapat meneka keempat-empat individu haprak dan ganas itu adalah penyokong PAS, lebih-lebih lagi bila lokasi kejadian berlaku di Marang, Terengganu yang sejak 3 dekad lalu adalah sarang PAS.

Agak tidak patut bila seseorang individu mengambil tindakan keluar dari PAS bersama beberapa puluh pengikut-pengikut yang lain, alih-alih ancaman bunuh pula pula yang diterimanya, tapi nak pelik dan terkejut apanya, tingkah laku kasar dan ganas sudah lama sebati dengan sebahagian penyokong PAS.

Hatta kereta polis pun puak-puak ganas ini berani baling dengan kon dan melompat gaya titanic di atas bumbungnya semasa demonstrasi jalanan Bersih 3.0, apa sangatlah setakat ancaman untuk bunuh rakan sekampung sendiri.

Pengganas komunis yang menyerang Bukit Kepong pun ada pemimpin PAS sanggup sokong angkat jadi idola pejuang kemerdekaan, apa sangatlah kalau ada si pengikut terikut-ikut gaya komunis dengan cuba mengugut dan mengancam nak bunuh orang lain, tak gitu?

Ganas memang ganas. Nama saja Parti Islam SeMalaysia, tapi roh keindahan Islam dan kelembutan dakwah Islamiyah langsung tak kelihatan dikalangan penyokongnya, tampak jelas kewujudan PAS atas muka bumi ini langsung tak membawa keberkatan.

Mana nak adanya keberkatan, kalau dah tujuan nama Islam yang digunakan pada PAS nawaitu utamanya hanya untuk kepentingan politik dan keuntungan duniawi pemimpinnya.

Baca Lagi DISINI
-

Monday, 25 February 2013

Surirumah Bongkar Skandal Hadi Awang Semasa Jadi MB Terengganu



Surirumah, Ruzilawati Che Seman melahirkan rasa kesal dan rasa tertipu setelah wang yang dibayarnya sebanyak permulaan RM980 dan tambahan sebanyak RM320.

Beliau masih ingatkan kata-kata Menteri Besar ketika itu, Haji Hadi bahawa itu adalah tanah untuk generasi kedua.

“Saya nak balik duit saya tu, dapat balik semula duit tak apa dah, walaupun tak dapat tanah,” katanya dengan nada sedih. 

Katanya, beliau orang susah, suami bekerja sendiri dengan pendapatan tidak seberapa, terpaksa pinjam duit orang untuk jelaskan bayaran itu dengan harapan mendapat tanah.


Seorang lagi surirumah, Puan Zuraini berkata, beliau amat berharap duit itu dapat dipulangkan semua.

“Saya datang ke sini, ke balai polis ini untuk meminta siasatan dibuat ke atas duit kami yang hilang begitu sahaja,” katanya yang sewaktu memohon dulu baru berusia 25 tahun.

Kedua-dua mereka antara 1,080 yang ditipu untuk mendapatkan tanah dan wang yang mereka bayar kepada Tetuan Azman Wan Helmi & Associate melalui Bank Bumiputera Commerce Berhad.

Ditemui di Balai Polis Ketengah Jumaat lalu (22 Feb 2013) bersama-sama beberapa orang yang membuat laporan polis bagi kes penipuan yang membabitkan Kerajaan Pas Terengganu (Feb 2004).

Ikuti kisah selanjutnya DISINI

-

Calon PAS DUN Paka Rembat Duit Peneroka Felda RM1.4 Juta?



Duit peneroka Felda RM1.4 juta lesap! Geran tanah entah ke mana dan Pengerusi JSR pun hilangkan diri – Itu yang berlaku setelah kejatuhan Kerajaan PAS Terengganu pada Mac 2004.

Bekas ADUN PAS Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat yang merancang kewujudan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Bandar Ketengah Jaya, Rasau, Dungun pada tahun 2002 senyap seribu bahasa.

Paling tidak pun, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu boleh berkata, “Itu Semua Salah UMNO Kerana UMNO Zalim”.

Dalam laporan polis yang dibuat oleh salah seorang mangsa, Mohamad Rosdi Fauzi pada 22 Februari 2013 di Balai Polis Ketengah Jaya mencatatkan, majlis undi lot peserta RTB Bandar Ketengah Jaya, Mukim Rasau, diadakan pada 17 Februari 2004 di Padang Astaka Ketengah Jaya.


Entah prosedur dari mana yang digunakan Kerajaan PAS ketika itu, setiap peserta telah diminta untuk membayar sebanyak RM1,300 kepada akaun Tetuan Azman Wan Helmi & Associate melalui Bank Bumiputera Commerce Berhad di nombor akaun 13020017601056 sebelum 1 Mac 2004.

Kenapa peserta perlu membayar RM1,300 untuk dapatkan lot RTB? Penduduk mendakwa, bayaran itu diminta Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dan Pejabat ADUN Paka.

Menurut Seksyen 67 dan 68 Kanun Tanah Negara, bayaran Lesen Menduduki Sementara (LMS) untuk RTB hanya RM10 setahun dan RM5 untuk pendaftaran. Boleh pemimpin PAS atau Satiful Bahri jelaskan kenapa pemohon perlu membayar sehingga RM1,300.

Mana Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman dalam isu ini?

Bukan seorang atau dua orang yang tertipu, jumlahnya 1,080 peserta. PAS dengan duit sukar untuk dipisahkan, kira-kira RM1.4 juta lesap. Selepas pilihanraya umum pada 2004, Pengerusi JSR juga tidak dapat dikesan.

Tuntut mereka, “Kembalikan Duit Kami”. Calon PAS DUN Paka, Satiful Bahri yang diumumkan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut, bertanggungjawab lah kamu dalam penipuan ini!

Turut menjadi mangsa penipuan Kerajaan PAS ketika itu, peserta RTB Kawasan Beril, Mukim Kuala Paka dimana temuduga untuk peserta RTB berkenaan diadakan di Pejabat ADUN Paka, Satiful Bahri pada 1 Julai 2002.

Majlis penyampaian surat kelulusan dan undi lot RTB itu diadakan pada 11 Mac 2004 di Tebing Tembah, Paka. Mangsa memberitahu, nombor lot tanah ada tetapi lot tanah tidak ada! Hairan bin Ajaib cara pemerintahan PAS di Terengganu.

Sumber


-

Friday, 22 February 2013

Haram Undi PAS! Balak Mantan MB Terengganu telah Jatuh di antara 2 LURAH Berahi?



PAS DAN HAJI HADI SEBAGAI MB PENGKHIANAT HARTA RAKYAT - LULUS KAWASANKAN BALAK HUTAN SIMPAN 10,000 EKAR KEPADA SYARIKAT MILIK PENGERUSI HARAKAH, DATO’ HISHAMUDDIN YAHYA

KALAU KERAJAAN PAS KELANTAN terbongkar rahsianya baru-baru ini memberi tanah yang mengandungi BALAK 10,526 hektar pada syarikat Upayapadu Plantation milik para pemimpin DAP Perak, Kerajaan Terengganu pula pernah memberikan 10,000 ekar kepada kroninya waktu itu tahun 2000, Dato’ Hishamuddin Yahya, Pengerusi Akhbar HARAKAH, lidah rasmi parti PAS.

Syarikat yang dipengerusikan oleh Dato’ Hishamudin itu ialah North East Plantation Sdn.Bhd.

Rupanya puak juak Pas bercakap tentang kebajikan untuk rakyat dan Negara Kebajikan tetapi yang pastinya sanggup mengaut harta negeri dan rakyat untuk poket sendiri, bukan seeker dua, bukan puluh ekar tetapi PULUH RIBU EKAR DI TERENGGANU, MALAH PULUH RIBU HEKTAR DI KELANTAN. 

Kebajikan apakah itu, kalau mengkhianati harta rakyat dan negeri sendiri! Jahat teramat jahat puak-puak yang pandai memutar-belit cakap, menggunakan ayat-ayat Allah konon mereka adalah di landasan Islam tetapi sebenarnya mereka bersama-sama SYAITAN yang TAMAK HALOBA.

Perbuatan jahat meluluskan tanah kawasan BALAK Hutan SIMPAN MUKIM BESOL HULU PAKA DAERAH DUNGUN KEPADA KRONI atau sahabat handai ini dikesan dilakukan oleh Kerajaan Pas semasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di bawah Pas atau lebih dikenali Mesyuarat Exco pada 15 November tahun 2000 hanya setahun selepas berkuasa.

Ia itu Mesyuarat kali ke 35 Tahun 2000 yang dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar, Dato’ Haji Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS.

Alamat syarikat itu North East Plantation milik Pengerusi AKHBAR HARAKAH itu ialah No 5, Jln 65 C, Off Jalan Pahang Barat, Pekeliling Business Centre, 53000 Kuala Lumpur.

Kononnya kelulusan diberikan kepada syarikat KRONI PAS itu adalah untuk ternak lembu dan tanam sawit.???

-

Saturday, 16 February 2013

VIDEO BONGKAR! PAS ANJUR MAJLIS TARIAN SEPARUH BOGEL



Adeeh! ini apa cerita pulak. Aduhai PAS, orang sibuk-sibuk gangnam style, PAS pun nak buat jugak ke? Dah jenuh kutuk Kerajaan BN buat CNY di Pulau Pinang jemput Psy gangnam Style, PAS pulak buat. Itu la. Kutuk orang lagi, dah kena muka sendiri. Kesian..teringin jugak rupanya.heee 




-

Sunday, 10 February 2013

GEMPAR! Bendera PAS Kena Cabut, Salah UMNO


Geli hati la dengar cerita bendera la pulak. Bila dah dekat dengan Pilihanraya ni, cerita bendera jadi topik hangat. Bendera kena bakar, bendera kena buang. Macam-macam la idea karut yang Pakatan Rakyat nak salahkan UMNO.

Kali ini kisah bendera PAS kena buang di Terengganu. Mula la pencacai-pencacai canang satu dunia, UMNO punya kerja. Budaya samseng kata deme. Mula la nak tuduh. Bukti tak ada jugak. Main tuduh-tuduh je. Teman pun boleh der! Cakap bodoh kang, marah la pulak. Adesss!!!
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...