Tuesday 12 February 2013

Dulu Anugerah Tuhan, Kini Huguan Siou



Tidak cukup dengan gelaran "Anugerah Tuhan" yang diberikan oleh isterinya, Wan Azizah, yang juga diberikan gelaran "Saiyiditina Khadijah" oleh pembodek-pembodek NGO ABIM, Anwar Ibrahim semalam telah dianugerahkan pula dengan gelaran "Huguan Siou" oleh pembodek-pembodek beliau di Kg Paginatan, Ranau.

Sebelum ini, hanya persatuan The Kadazandusun Cultural Association Sabah (KDCA) sahaja yang boleh menganugerah dan melantik “Huguan Siou” kepada mana-mana pemimpin masyarakyat KDM yang layak. Entah sejak bila KDCA memberikan kelonggarkan kepada penyokong-penyokong PKR untuk memberikan gelaran itu kepada orang luar (bukan dikalangan KDM) sesuka hati.

Huguan Siou adalah gelaran tertinggi masyarakat KDM Sabah. Gelaran ini hanya boleh diberikan oleh KDCA, sebuah badan bukan politik yang terdiri daripada 40 komuniti etnik campuran dari Sabah dan berdaftar di bawah Malaysian Society Act 1966. Persatuan ini pada masa sekarang diketuai oleh “Huguan Siou Honorable” Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Sedangkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang lebih kerap datang ke Sabah dan lebih kerap membantu rakyat Sabah tidak pun dianugerahkan gelaran "Huguan Siou" Malaysia. Inikan pula Anwar Ibrahim yang hanya datang ke Sabah untuk membohong, memfitnah dan putar-belit???

Sepatutnya penyokong dan pemimpin-pemimpin PKR Sabah tidak sewenang-wenangnya menganugerahkan sebarang gelaran kepada pemimpin tertinggi mereka hanya kerana mahu mendapatkan sokongan politik. Tindakan itu bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan di negeri/negara ini mengenai istilah "Huguan Siou", malah mencemar, mencabar dan meremehkan kewujudan pertubuhan KDCA yang sepatutnya bertanggungjawab menganugerahkan gelaran itu kepada mana-mana pemimpin KDM yang layak.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...