Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Tuesday, 2 April 2013

BONGKAR: Barang Baik Pemimpin PAS Made In Combodia


Tahun 2010 seorang wanita Kemboja yang mengaku dirinya isteri kedua ADUN PAS Melor di Kelantan telah membawa kes tuntutan mutaah ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. Dalam tuntutan itu wanita berkenaan menuntut RM 3 juta daripada bekas suaminya. 

Perbicaraan kes tersebut menjadi bualan umum di Kelantan dan seluruh negara kerana ia melibatkan seorang ADUN PAS. Dalam masa yang sama mencemarkan reputasi PAS. Walaupun tiga tahun telah berlalu timbul persoalan kenapa kes berkenaan senyap begitu sahaja sehingga kini ?

Rupa-rupanya kes berkenaan telah ditarik balik dan tuntutan bekas isteri kedua adun berkenaan diselesaikan luar mahkamah. Difahamkan wanita berkenaan berjaya mendapat RM 3 juta yang dituntut dari bekas suaminya hasil bantuan kawasan balak yang dianugerahkan oleh Nik Aziz. 

Atas alasan menjaga air muka tok guru dan PAS Kelantan Nik Aziz telah menganugerahkan kawasan balak kepada adun berkenaan yang mana kawasan berkenaan kemudiannya dijual dan wang digunakan untuk membayar tuntutan wanita berkenaan. 

Banyak sebab yang membuatkan PAS Kelantan takut jika perbicaraan itu diteruskan. Kerana itulah mereka memilih untuk tidak meneruskan perbicaraan dan cari jalan untuk selesaikan luar mahkamah bagi mengelak PAS diaibkan. Namun begitu bangkai gajah mana mungkin ditutup dengan daun pisang. Sebijak-bijak PAS hendak menutup kisah berkenaan akhirnya terbongkar jua.

Jika kes tersebut dibicarakan di mahkamah tiga rahsia besar akan terbongkar.

1 - Jumlah harta yang dimiliki oleh Adun Pas berkenaan.
2 - Siapa jurunikah, saksi dan tempat bernikah.
3 - Surat nikah palsu

Pertama, ketika perbicaraan sebelum kes ditarik balik wanita berkenaan memberitahu mahkamah bahawa beliau yakin bekas suaminya mempunyai harta yang melebihi RM 3 juta - malaysia insider 29 sept 2010.
Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah kekayaan seorang ADUN PAS yang sering mengaku mereka miskin, dan dari mana datangnya hasil kekayaan itu. 



Kedua, orang yang menikahkan mereka adalah ADUN PAS Air Lanas, Abdullah Ya'kub dan saksinya adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang juga salah seorang ADUN PAS di Kelantan. Mereka dinikah dalam bilik hotel di Kemboja. Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah cerita ADUN PAS menjalankan khidmat pernikahan sindiket dan kesan lebih teruk lagi kerana yang melanggar peraturan berkenaan adalah wakil rakyat dan seorang Speaker DUN. 

Ketiga, apabila mendapat berita bekas isteri ADUN Melor akan membawa kes berkenaan ke mahkamah, ADUN Melor telah meminta pertolongan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Rahimi Madani yang juga bertindak sebagai bomoh rasmi Husam serta bomoh kepada Satay Malaysia telah pergi ke Thailand untuk mendapat satu surat nikah yang tarikh telah dikebelakangkan (back dated) sebagai bukti nikah kepada mahkamah. Jika perbicaraan tersebut diteruskan maka semua ini akan terbongkar kerana seorang adun terlibat menggunakan dokumen palsu. 

Begitulah cekapnya PAS melakukan kerja-kerja mengambuskan kesalahan orang mereka. Yang menjadi mangsa adalah tanah-tanah balak Kelantan untuk menutup kebejatan pemimpin-pemimpin PAS, demi kepuasan nafsu ADUN mereka mendapat 'barang baik' made in Cambodia.

-

Monday, 1 April 2013

HOT NEWS! Hasil Didikan Nik Aziz, Pelacur Pun Pakai Tudung!


Pendedahan sebuah akhbar tempatan hari ini mengenai masih wujudnya kegiatan tidak bermoral di Kelantan membuktikan negeri itu bukanlah sebuah negeri yang sempurna dan bebas masalah itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jolokan Serambi Mekah yang diberikan kepada Kelantan bukan bermakna negeri itu tidak menghadapi masalah moral yang sepatutnya tidak berlaku.

"Sekiranya benar laporan itu, ia sesuatu yang mendukacitakan dan kerajaan Kelantan telah gagal menjadikan negeri ini sebagai Serambi Mekah dan rakyat Kelantan perlu membuka minda dengan keadaan itu," katanya kepada pemberita di pejabat UMNO Negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar New Sunday Times hari ini yang bertajuk Kelantan After Dark yang mengatakan masih wujud beberapa kegiatan tidak bermoral di Kelantan antaranya membabitkan pelacuran, pengambilan dadah serta perjudian termasuk dilakukan kalangan remaja.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sepatutnya pihak berkuasa tempatan berusaha mengatasi kegiatan itu dalam usaha memulihkan imej Kelantan terutama sebagai negeri yang dipimpin Islam
-

Sunday, 31 March 2013

Fuyoo! Nik Aziz makan Bersila, Orang Lain Makan Berlari

Peergh! Bagus betul Haramkah Daily ni ye! Nik Aziz makan bersila pu n boleh masuk berita Haramkah Daily. Agak-agaknya orang lain makan berdiri la kot! Tak pernah buat di orang buat berita gila nih! Kalau ye nak mengampu pun agak-agak la der! Jangan jadi macam berita bodoh. Kome ingat Nik Aziz je ke makan bersila. tak pun mari kita buat Makan Bersila Sedunia. Baru la betul!!!! Masa tu kalau Haramkah Daily nak ambil berita pun, silakan..Editor Haramkah Daily ni pun satu bingai! Belajar kat mana entah! Ada akai ka!!!!
-

Saturday, 30 March 2013

BREAKING NEWS! 30 Anggota PAS Kampung Kubang Telaga Sertai Umno


Tu Dia! Lagi rakyat meluat dengan PAS! Cakap tak serupa bikin. Agama Islam digadai demi cita-cita untuk menawan Putrajaya! Terbukti perjuangan yang digembar-gemburkan untuk memperjuangkan Islam hanya omong-omong kosong dan hanya untuk meraih undi semata-mata. Tidak hairan la jika ramai ahli-ahli PAS keluar dari parti sesat itu kerana sudah terbukti parti penipu..

Laporan Bernama, seramai 30 anggota PAS di Kampung Kubang Telaga dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Umno di sini malam Jumaat.

Kumpulan yang diketuai Mohd Yaacob Mohamad, 42, itu menyerahkan borang penyertaan kepada Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin disaksikan Penyelaras Barisan Nasional (BN) DUN berkenaan, Datuk Dr Ilias Hussin.

"Saya nekad menyertai Umno kerana mahukan perubahan apabila PAS gagal membantu rakyat sebagaimana dijanjikan," kata Mohd Yaacob kepada pemberita selepas menyerahkan borang itu.

Beliau berkata, walaupun diberi peluang 23 tahun memerintah Kelantan, PAS terbukti gagal menunaikan janji untuk membantu rakyat terutama golongan miskin.

"Kami juga kecewa apabila PAS yang bergabung dalam pakatan pembangkang sanggup menjadi 'pak turut' DAP seperti yang dilihat dalam isu penggunaan kalimah Allah," tegasnya.

Sementara itu, Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan ketika berucappada majlis itu berkata, ini kali kedua penduduk kampung itu menyertai Umno selepas kumpulan pertama lebih 30 orang berbuat demikian bulan lepas.

Beliau menjangka ramai lagi anggota PAS menyertai Umno terutama di DUN Tawang dalam tempoh terdekat.
-

Thursday, 28 March 2013

BREAKING NEWS : PAS Tipu Bina 12 Masjid Di Kedah


Sekadar mengambil petikan kata-kata Presiden ABIM ketiga, Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang menyatakan ulama perlu berani menegakkan kebenaran dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan masa. Malah menurut rakan baik Anwar Ibrahim itu, ulama bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan dan tidak boleh berkompromi atau bersekongkol.

"Ulama harus berani dan bebaskan diri mereka untuk memberikan pendapat demi kebaikan semua," kata beliau di dalam satu program wacana yang bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin" tidak lama dahulu. 

Namun baru-baru ini, Pas dikecam hebat oleh beberapa orang ulama di Kelantan  yang mengatakan bahawa mengundi Pas dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana telah lari dari perjuangan asal sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP. Ini kerana umum mengetahui DAP sebagai sebuah parti ‘ultra kiasu’, mengunapakai pendekatan sekular sebagai teras perjuangan mereka yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Malah Karpal Singh sendiri suatu ketika dahulu pernah mengeluarkan kenyataan ‘langkah mayatnya sekiranya Pas ingin menjalankan menubuhkan negara Islam di Malaysia”. Lebih malang lagi, ‘baiah’ Karpal itu masih dipegang olehnya sampai kini sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengikut Pas berhubung kerjasama yang terjalin itu.

Terbaru kegagalan Pas untuk mempertahankan Islam terutamanya dalam isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam kerana terlalu tunduk dengan desakan DAP juga sukar untuk dimengertikan. Malah bukan itu sahaja, PAS sekarang ini, sudah sampai ke tahap sanggup berbohong demi meneruskan survival politik mereka.

PAS juga begitu bangga menyatakan, kononnya kerajaan negeri Kedah telah membina sebanyak 12 buah masjid sepanjang hampir lima tahun pemerintahan mereka seperti yang terkandung di dalam buku 'Sayangi Kedah Sejahtera'. 

Yang mana ia jelas merupakan satu penipuan yang maha besar di Kedah kerana pembinaan masjid itu telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM24 juta. 

Bahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang bertanggungjawab membina 22 masjid baru itu sejak 2008 dengan peruntukan keseluruhan hampir RM40 juta. 

Oleh yang demikian tindakan pemimpin PAS ini boleh diklasifikasikan sebagai munafik.

Kerajaan Kedah yang diterajui oleh pimpinan parti yang kononnya berasaskan Islam seharusnya berasa malu kerana gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat itu. 

Sebaliknya, BN yang sebelum ini tewas, terus dilihat tetap melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat Kedah dengan penuh ikhlas dan tanpa rasa kecil hati walaupun kalah dalam pilihanraya yang lalu. 

Apapun, rakyat Kedah kini sudah semakin sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan dan pasti akan bangkit dalam pilihan raya akan datang untuk menebus kembali kesilapan mereka.

Sumber
-

Wednesday, 27 March 2013

PAS perlu Perjelaskan Isu Ladang Rakyat!


Kerajaan Pas Kelantan digesa menyelesaikan kemelut melibatkan isu tanah dan ladang rakyat yang diberikan kepada syarikat swasta sehingga meminggirkan kepentingan rakyat sendiri terutama masyarakat peneroka.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, isu tersebut mesti dijelaskan secara terperinci dan telus oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) ini.

Menurut beliau, laporan yang diterima menunjukkan tanah seluas lebih 687,965 hektar (1.7 juta ekar) telah diserahkan kepada pihak syarikat korporat dari luar Kelantan dengan sejumlah bayaran tertentu.

“Apa yang saya dimaklumkan, tanah tersebut diserahkan dan dibayar RM1,000 bagi setiap ekar dan jika dakwaan itu betul bermakna kerajaan Pas Kelantan mendapat sejumlah wang sehingga RM1.7 bilion,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui ketika menghadiri Majlis Perasmian Program Jelajah Budaya dan Kenduri Rakyat di Dataran Balai Tok Janggut, Kampung Nering, dekat sini. - KOSMO!
-

Monday, 25 March 2013

GEMPAR! Bukan Islam Jadi Timbalan Presiden PAS

Tu Dia! Dalam PAS dah tak ada pemimpin Islam nak dijadikan pemimpin tertinggi parti tu! Kesian.. Terpaksa la ambil yang bukan Islam jadi Timbalan Presiden PAS. Macai-macai tak nak komen ke? PAS ni parti Islam atau parti carca marba..Kome fikir-fikirkan la.
-

PANAS! PAS Dah Jadi Tunggang Langgang!


Tindakan seorang anggota PAS yang mahu menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil adalah tindakan yang boleh memecahbelahkan pembangkang, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz nyata kecewa dengan tindakan Ketua PAS cawangan Guchil Hulu, Kuala Krai, Muhamad Bustaman Yaacob yang mahu bertanding menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), di samping calon Barisan Nasional (BN) di DUN itu.

"Kalau orang sini tanding Bebas, DAP jugak akan tanding Bebas kalau dia tak setuju bagi kerusi kepada orang PAS. Kawasan yang diberi kepada PAS tapi DAP tak setuju maka dia bertanding Bebas. Tak jahanam habis.

"Kerusi bagi kepada PAS tapi DAP tak setuju. Apa erti kita berjemaah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Pulau Melaka di sini.

Akhbar Sinar Harian pada Ahad melaporkan tindakan Muhamad Bustaman itu kerana tidak puas hati dengan ADUN Guchil ketika ini, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria yang dikatakan gagal menepati semangat Pakatan Rakyat.

Muhamad Bustaman dilaporkan berkata keputusan itu dibuat selepas ramai anggota PAS di peringkat akar umbi yang mahukan dia bertanding dalam situasi di DUN itu ketika ini.

Tindakan Muhamad Bustaman itu dilihat sebagai pergolakan gabungan itu terutama di Kelantan yang kini kian serius sehingga PAS dilaporkan akan melakukan Bai'ah (aku janji) agar penyokong parti itu tidak berpaling tadah untuk mengundi selain calon PAS, PKR dan DAP.

Pada pilihan raya umum 2008, Tuan Zamri Ariff menang di DUN Guchil apabila menewaskan calon BN Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi dengan majoriti 1,000 undi.

DUN Guchil merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi PKR di Kelantan daripada keseluruhan 45 kerusi DUN.

Sementara itu Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Minda Pondok yang dianggotai seramai 18 guru pondok di Kelantan yang mendakwa menjadi satu dosa bagi umat Islam mengundi PAS pada pilihan raya umum akan datang, supaya memberi dalil dan hujah yang bernas.

"Saya pun boleh kata jugak haram sokong Umno, wajib sokong PAS. Cakap boleh tapi biar ada hujah. Kalau cakap depan Allah hujah yang boleh diterima," katanya.

Semalam Minda Pondok itu mendakwa adalah berdosa bagi umat Islam memberi undi kepada PAS pada pilihan raya umum itu kerana konsep 'tahaluf siyasi' (muafakat politik) antara PKR dan DAP tidak berpaksikan kepada kehendak Islam terutama dalam perkara membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah. - BERNAMA
-

PANAS! Nik Aziz Akan Terus Bertanding Hingga Malaikat Maut Menjemputnya


Alahai! Apa lagi yang mike nak lagi Pok Nik! Udah-udah la tu! Tak akan sampai berkerusi roda pun nak berah tua dan uzur! cukup la tu! Tak akan nak tunggu malaikat maut jemput baru nak berhenti. Teman teringat dulu-dulu bila Tun Mahathir jadi PM, puak-puak PAS ni jugak la suruh Tun M berhenti sebab dah lama dan tua. Tapi tang deme, boleh aje. Aje je munafik!

Menurut Utusan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bukan sahaja akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebaliknya akan terus bertanding sampai bila-bila walaupun jika terpaksa menggunakan kerusi roda ekoran keadaan kesihatannya yang uzur.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau hanya akan berundur daripada politik sekiranya Pas tidak memerlukannya lagi manakala bagi PRU-13, Pas pusat telah membuat keputusan supaya beliau wajib bertanding.

"Saya sebut dah kalau parti suruh bertanding, saya bertanding. Walaupun saya berkerusi roda saya bertanding, kalau parti kata cukup, cukuplah.

"Sekarang ini sudah ada keputusan daripada pejabat agung dua tiga bulan lepas lagi, Nik Aziz wajib bertanding, Setiausaha Agung Pas (Datuk Mustafa Ali) sudah sebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini..
-

Sunday, 24 March 2013

HOT! Kerajaan PAS Berlaku Zalim Rampas Tanah Rakyat Kelantan


Ekoran terlalu lama memendam rasa, akhirnya semakin ramai rakyat Kelantan yang mula sedar dan bangkit menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri pimpinan Pas. Terbaru seramai 300 orang rakyat Gua Musang melakukan protes terhadap tindakan kerajaan negeri yang merampas tanah yang telah lama di usahakan mereka kepada syarikat swasta.

Walaupun telah mengusahakan tanah tersebut sejak 30 tahun lalu, ia tidak menghalang kerajaan pimpinan Nik Aziz yang dianggap ‘ulama’ bertindak kejam dengan merampas tanah mereka sekaligus menafikan hak penduduk Kampung Sungai Badong di Kuala Betis.

Tanah seluas kira-kira 378.8 hektar itu telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan pelbagai tanaman seperti getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Malah permohonan yang dibuat bagi mendapatkan hak milik sebelum ini, dikatakan telah mendapat persetujuan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sehingga ada penduduk yang telah menjelaskan bayaran premiumnya 10 tahun lalu.

Menurut penduduk kampung itu lagi, kerajaan Ulama Pas Kelantan, melalui Pejabat Tanah dan Galian jajahan Gua Musang dikatakan meluluskan permohonan tanah itu kepada dua buah syarikat sekitar November tahun lepas dan telah mengeluarkan geran pada 28 Januari lalu.

Nampak gayanya, jubah dan serban yang digunakan pimpinan Pas yang kononnya diterajui oleh ‘ulama’ tidak menghalang mereka dari bersikap kejam dan zalim. Apakah ini ciri-ciri Islam yang ingin diterapkan oleh Pas di negeri yang terkenal dengan gelaran serambi mekah itu?

Yang menjadi persoalanya ialah, bagaimanakah kerajaan negeri tergamak untuk menganiaya rakyat Kelantan dengan menyerahkan hak milik tanah tersebut kepada syarikat asing? Sedangkan mengikut logik akal mereka yang telah lama memohon malah telah membayar premium dengan lebih awal wajar dipertimbangkan terlebih dahulu.

Atau apakah ini merupakan satu bukti kerajaan Pas Kelantan lebih mengutamakan keuntungan dari melihat dan merasai denyut nadi rakyat miskin??? Kalau itulah pendekatkan yang diguna pakai, maka dakwaan yang mengatakan Kelantan di pimpin oleh ulama adalah salah. Sebenarnya rakyat Kelantan telah dipimpin oleh ‘Ular Dalam Semak’ yang hanya menunggu dan ketika yang sesuai untuk mengigit dan menindas rakyat.

Lebih menyedihkan, apabila menteri besar yang mengangap Anwar Ibrahim sebagai idola ini, pernah mengatakan setiap mata cangkul tanah yang diusahakan adalah hak mereka dan akan diberi hak milik sebagai jaminan masa depan. 

Episod sedih yang melanda penduduk ini boleh dikatakan selari dengan perumpamaan Melayu ‘kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan’. Walaupun ada yang bersikap sinikal dengan mengatakan “Padey doh mung keno, undi lah Tok Guru tuh pah ceroh” namun ia seharusnya dijadikan pengajaran buat rakyat Kelantan secara keseluruhannya.

Malah menurut maklumat yang diterima, sekitar pertengahan tahun 1960 -1970, kerajaan ‘Tok Guru’ pernah memajakkan tanah seluas 300,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Singapura.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Pas Kelantan sebelum ini juga dikatakan sanggup menyerahkan pajakan sehingga tahun 2092 untuk tanah seluas 10,000 ekar kepada pimpinan DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min.

Kesimpulannya, rakyat Kelantan perlu membuka mata dan hati dengan seluas-luasnya untuk menilai semula sokongan yang pernah diberikan kepada Pas yang jelas mengunakan Islam sebagai modal untuk menipu rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu.

Buat rakyat Kelantan – Bo La Weiiii!!!

Jering Daily
-

Friday, 22 March 2013

RAYUAN RAKYAT KELANTAN : Jangan Ambil Tanah Kami!


Sejak beberapa tahun lepas bagaikan sudah menjadi pemandangan biasa di Kelantan apabila sering kali wujud protes dan bantahan rakyatnya terhadap kegagalan Kerajaan Negeri menguruskan hak milik tanah di negeri ini.

Terbaru di Gua Musang, sekumpulan lebih 300 orang rakyat marhaen dari Kampung Sungai Badong, Kuala Betis bangkit memprotes tindakan Kerajaan PAS Kelantan merampas tanah yang diusahakan mereka sejak berpuluh tahun lalu untuk diberikan kepada syarikat swasta.

Sukar untuk mereka terima hakikat bagaimana mungkin tanah seluas 378.8 hektar yang telah mereka usahakan sekian lama dengan tanaman getah, kelapa sawit dan lain-lain tanaman tiba-tiba sahaja bertukar hak milik sejak 5 bulan lalu.

Segala wang ringgit berupa duit deposit, cukai dan premium tanah yang saban tahun dilangsaikan kepada Pejabat Tanah bagaikan menjadi debu, sia-sia sebegitu sahaja tanpa sebarang makna.

Apa yang berlaku pada mereka hanyalah secebis kisah daripada pelbagai kes penindasan lain yang sedang dan telah dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Penindasan dan kezaliman sebegini memperlihatkan PAS bagaikan alat kapitalis yang menindas rakyat miskin untuk menjaga kepentingan orang lain.

Dulu sewaktu PAS memerintah pada dekad 1960-an hingga pertengahan 1970-an, rakyat Kelantan pernah menangis keluar air mata darah bila mana kehilangan hak ke atas lebih 300,000 ekar tanah di Hulu Kelantan selepas tanah itu dipajakkan kepada syarikat dari Singapura.

Adakah pajakan tanah seluas mata memandang itu menguntungkan rakyat atau negeri? Tidak sama sekali, sebaliknya hanya menguntungkan golongan kapitalis dan segelintir pemimpin parti, manakala rakyat hanya mampu memandang sayu melihat tanah yang dipijak telah menjadi milik orang.

Tidak cukup dengan sejarah hitam itu, kini melalui idea projek Ladang Rakyat yang kononnya bertujuan untuk membasmi masalah kemiskinan, lebih 80,000 ekar tanah lagi dipajakkan yang hasilnya hanya sedikit untuk kantung Kerajaan Negeri manakala rakyat marhaen pula hanya melopong termangu sendirian.

Hak milik pajakan tanah yang serba luas dari Kuala Krai, Gua Musang hingga ke Jeli itu berserta hasil kekayaan kayu kayannya tetap juga hanya berlegar di kalangan segelintir pihak terutama mengenyangkan tauke-tauke balak yang merupakan kroni yang rapat dengan PAS.

Lebih menyakitkan hati kebanyakan pemimpin PAS di Kelantan termasuklah anak pinak mereka yang tiada kaitan dengan Ladang Rakyat pun boleh juga memiliki tanah di sekitar kawasan itu. Sedangkan rakyat yang bersengkang mata mengusahakan tanah demi mencari sesuap nasi dinafikan haknya.

Malah orang luar seperti pemimpin DAP bersaudara dari Perak, iaitu Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min juga sebegitu mudah memiliki hak milik tanah yang keluasannya mencecah 10,000 ekar hampir sebesar Putrajaya dengan pajakan sehingga tahun 2092, melalui pengambilan sebuah syarikat swasta.

Rakyat negeri sendiri termasuk golongan miskin yang sudah berpuluh tahun meneroka tanah membanting tulang demi mencari nafkah untuk keluarga, terkebil-kebil melihat tanah sendiri kini menjadi milik orang.

Apabila di sana sini rakyat bangkit memperjuangkan hak mereka dan mempertikaikan kenapa tanah milik mereka jatuh ke tangan lain, pemimpin PAS Kelantan lebih banyak bersilat lidah tanpa berusaha mengenal pasti punca berlakunya penindasan sebegini.

Pemimpin PAS merasakan kepentingan golongan kapitalis jauh lebih utama berbanding rintihan rakyat marhaen yang tertindas hanya mampu memprotes dan membantah.

Namun tanah itu maruah, bila mana ia dirampas atau dipindah milik tanpa pengetahuan mereka, siapa yang tidak marah? Amarah yang sekian lama membebani hati nurani rakyat tiba saatnya pasti meletup jua, tika itu agaknya baru PAS mahu sedar tinggi rendah langit dari bumi.

Mykmu.net
-

Wednesday, 20 March 2013

TERKINI: Nik Aziz Sakit Perut! Adeeh!


Dalam diam tiba-tiba Nik Ajis sakit perut. Terus masuk hospital. Mungkin tersalah makan la kot. Walupun Nik Ajis pernah cakap bukan-bukan pada UMNO, pernah kata bagi ayam makan dedak, namun sebagai orang Islam, teman doakan semoga Nik Ajis cepat sembuh.kankan..

Menurut laporan Utusan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke hospital malam tadi kerana 'sakit perut'.
Beliau yang dijadual mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini gagal berbuat demikian berikutan keadaan kesihatannya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun enggan menjelaskan di mana Nik Abdul Aziz dirawat dengan alasan tidak mahu beliau diganggu.
"Semalam beliau masuk hospital, ada sakit perut sikit, saya tidak pasti (jika Nik Abdul Aziz sudah keluar hospital), semalam itu ya, saya tidak pastilah sekarang," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini.

-

Tuesday, 19 March 2013

GEMPAR! Surat Arahan Masuk Syurga Diedarkan Di Kelantan


Adeeh! Tu dia! Surat arahan masuk syurga PAS dah diedarkan. Bertuah orang Kelantan. Dapat masuk syurga Free!!! Surat edaran arahan memasang CD ceramah PAS dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu kepada semua pasaraya di Kota Bharu, Kelantan. Surat ini ini mendakwa mendengar CD ceramah PAS akan menjamin masuk syurga. 

Hanya CD Tok Guru dan Ustaz Pelawok Azhar Idrus usaha yang diwajibkan dipasang  di pasaraya dan  pasaraya berbangsa cina tidak terkecuali. Wah ! Kafir pun akan masuk syurga weh! Senangnya masuk syurga.  Jika engkar arahan ini, akan masuk neraka! kahkahkahkah...
-

Sunday, 17 March 2013

BREAKING NEWS : Bukti PAS Abaikan Ahli-Ahli Tegar Di Kelantan Sebab Asyik Berpolitik


Hampir 40 penyokong tegar Pas dari Kampung Kiat dekat sini, bertindak menyertai UMNO selepas kecewa dengan kerajaan Pas Kelantan yang disifatkan terlalu berpolitik berbanding menjaga kepentingan rakyat.

Borang permohonan keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi.

Seorang penyokong Pas, Yazid Salleh, 41, berkata, dia berasa kecewa terhadap pemimpin parti itu sehingga mendorongnya untuk menyertai UMNO.

"Kita tidak pernah meminta lebih-lebih daripada Pas. Tapi sebagai kerajaan yang diberi amanah, mereka sepatutnya faham keadaan serta kedudukan rakyat di bawah.

"Kami amat kecewa setelah 22 tahun memerintah Pas dilihat seolah-olah mementing kepentingan politik parti berbanding rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Yazid yang mewakili kumpulan berkenaan menyerah borang permohonan menyertai UMNO mendakwa, mereka tidak pernah mendapat apa-apa manfaat daripada kerajaan Pas negeri meskipun sebelum ini memberi sokongan penuh kepada parti itu.

Dakwanya, perjuangan Pas jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa mengutamakan rakyat walaupun hanya bertindak sebagai pembangkang di negeri ini.

"UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun mereka tahu bahawa kami ini adalah penyokong tegar Pas," katanya.

Sementara itu, Abdullah menafi sekeras-kerasnya dakwaan kononnya siri penyertaan penyokong Pas ke dalam UMNO yang berlaku di bahagian Rantau Panjang hanya gimik politik membabitkan orang Thailand dan penyokong asal UMNO.

"Laporan dan dakwaan itu sebenarnya tidak benar belaka. Ia dibuat semata-mata bagi menutup keresahan mereka berikutan gelombang kebangkitan rakyat di Rantau Panjang ini semakin terserlah menyokong UMNO.

"Kita memang meneliti maklumat sebenar sebelum menerima (permohonan keahlian) mereka," katanya. - UTUSAN

-

Saturday, 9 March 2013

Sah! Anak Nik Aziz dan Menantu Hadi Awang Bertanding


Kesian..Teman rasa akan ramai lagi akan gugur dari barisan calon PAS untuk bertanding dalam Pilihanraya ke 13 nanti. Apa nak kata kan..Yang tua harus pergi.  Yang muda menanti. Agak-agak Nik Aziz dan HAdi Awang nak bertanding lagi ke? maklum lah dah tua, bagi la laluan pada yang muda terutamanya Nik Aziz. udah la tu. Tua bangat dah! Ini la peluang nak letak anak Nik Aziz jadi calon dan Hadi Awang nak buh menantu. Elok sangat bagi suku sakat jadi calon. Kroni la nampak gayanya...

KUALA LUMPUR: PAS akan membariskan kira-kira 40 peratus calon daripada golongan muda pada pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan A Tantawi.

Beliau berkata perkara itu telahpun dipersetujui dan nama calon berkenaan yang terdiri daripada anggota Dewan Pemuda, Muslimah dan Ulama dihantar kepada PAS Pusat.

"Buat masa ini, persiapan kami (jentera pemuda) mencapai 99 peratus dan calon daripada golongan muda telahpun dikenal pasti dan berkhidmat di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Nasrudin berkata Pemuda PAS berpendirian pilihan raya umum tidak perlu ditangguhkan berikutan insiden pencerobohan oleh militan Sulu di Lahad Datu.

"Ini sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan kerajaan bahawa keadaan di sana (Lahad Datu) adakah terkawal dan baik...jadi kita minta supaya ini tidak dijadikan sebagai alasan untuk menangguh PRU," katanya. -BERNAMA
-

Thursday, 28 February 2013

GEMPAR: Firaun Bagi Bantuan Di Puchong


Adeehh! Ini apa cerita der! Gambar atas ialah Ketua Pemuda PAS Puchong sedang bagi bantuan pada penduduk difahamkan sekitar Puchong. Yang ini Nik Ajis tak kata apa ke? Kalau sebelum ini penerima BR1M diumpama ayam dann lembu ditambah bodoh oleh Hadi Awang, macamana pulak yang ini? Yang bagi ni pun Firaun jugak sebab Firaun pun bagi bantuan pe!

Cakap tak serupa bikin. Sendiri buat tapi tak sedar..cesss...

-

Haiwankah Aku?



ADAKAH wajar penerima bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai haiwan yang memakan hampas. Sepatutnya isu ini tidak timbul jika kita sebagai umat Islam memahami konsep bersyukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Jika kita hidup susah tetapi hendak mengharapkan kerajaan yang papa kedana pun tidak ada gunanya juga. Soalnya Kerajaan Pusat mampu memberi dan kita tidak kufur nikmat sanggup menerima maka mengapa dipersoalkan sama ada memberi duit sebagai memberi ikan dan bukan memberi pendidikan.

Bercakap soal memberi ikan dan bukan belajar cara menangkap ikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, cuba lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berbanding apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dengan pendidikan anak-anak negeri masing-masing.

Sehingga kini di Kedah krisis dalaman Kolej Universiti Insaniah (Kuin) masih belum selesai. Pihak Menteri Besar sanggup pula mengatakan kemelut yang berlaku dalam kolej tersebut direncanakan oleh pihak UMNO sedangkan institusi tersebut dalam genggamannya. Jika masalah balak di Tasik Pedu dan bukit ditarah untuk ditanam buah boleh diuruskan, mengapa KUIN dianaktirikan hingga pihak lain dibabit sama.

Sepatutnya kerajaan Kedah mencontohi Kerajaan Terengganu yang menggunakan peruntukan dana Kerajaan Pusat dengan bijak hingga negeri tersebut menjadi negeri yang terbaik aspek pendidikan sekolah dan universitinya. Dahulu Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Gong Badak, hanyalah kolej kini sudah meningkat dan menjadi gedung ilmu yang cukup gah kerana menghasilkan graduan Islam yang berkualiti.

Di Selangor sendiri kemelut dalam Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan Universiti Industri Selangor (Unisel) ibarat retak menanti belah akibat masalah pengurusan dan kewangan yang memerlukan perhatian yang khusus oleh Menteri Besar dan exconya. Namun negeri terkaya di Malaysia masih mengambil sikap mengutamakan perkara lain berbanding aspek mengajar orang menangkap ikan yang dinyatakan oleh Presiden Pas.

Rakyat Malaysia berasa amat terguris dan menderita minda dengan pandangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap mereka seperti haiwan memakan hampas. Jika begitu ada baiknya Tok Guru melupakan niat meminta royalti minyak daripada Kerajaan Pusat. Takut nanti dicop meminta hampas pula. Mungkin beliau akan berkata, kalau minta banyak tak mengapa kerana boleh beli banyak isi. Namun apa beza duit sedikit dengan duit yang banyak jika ia diberi terus oleh Kerajaan Pusat.

Sebaik-baiknya royalti minyak diberi terus oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan tanpa melalui kerajaan negeri yang tidak pernah tahu bersyukur dengan bantuan daripada Kerajaan Pusat selama ini. Jika mereka yang mengagihkan kelak ditakuti mereka akan menganggap rakyat sebagai ayam mahupun lembu.

Sepatutnya berfikir dahulu sebelum bercakap, bukannya berfikir kemudian selepas bercakap sesuatu perkara kerana terlampau takut tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak pernah menganggap rakyat seperti yang dianggap oleh Nik Aziz sebelum memberi pelbagai bantuan untuk mereka. Semua golongan mendapat bantuan daripada budak sekolah, orang bujang, pelajar universiti, peniaga, orang sakit dan lain-lain lagi.

Adakah mereka sekolah lembu, orang muda tahi kuda, pelajar universiti ayam atau orang sakit sebab terkena sampar ayam. 'Haiwankah aku?' Itu kata rakyat hari ini sebagaimana C.N.Al-Afghani bertanya kepada pemimpin Pas, 'Kafirkah Aku?'

Sebaik-baiknya Tok Guru bertanya diri sendiri adakah membantu anak yatim dan janda ahli-ahli Pas yang meninggal dunia dalam Peristiwa Memali sebagai bantuan kepada makhluk yang beliau maksudkan.

Adakah nasib mereka terbela, ke mana perginya wang tabung Memali yang dikhabarkan lesap tanpa diaudit. Sebaik-baiknya perkara ini menjadi perhatian Tok Guru dan pemimpin pakatan pembangkang yang semakin galak membuat janji-janji manifesto baru ibarat gula-gula paling beracun menanti rakyat untuk mengulumnya.

Jika saya susah dan tidak berwang adakah salah saya dibantu. Haiwankah aku? Kerana terpaksa menerima wang daripada Ulil Amri. Kerana kalau diminta daripada Kerajaan PKR Selangor mereka akan bertanya, tunjukkan bukti awak memangkah kami, baru kami beri apa kami janji. Siapa yang lebih haiwan sifatnya?

Sumber
-

Wednesday, 27 February 2013

Meh Tengok Firaun Bagi Bantuan Pada Ayam dan Lembu


Teman saje nak tunjuk gambar yang PAS kutuk dan hina Kerajaan BN macam firaun bagi BR1M pada rakyat tuh! Rakyat yang ambil BR1M  dihina seperti ayam dan lembu, tambah lagi Bodoh dan segala bagai. Gambar-gambar ini nak tunjuk siapa yang Firaun dan ayam dan lembu.. Adeehh!!



-

Rakyat Disamakan Seperi Haiwan: Bila Nik Aziz Nak Minta Maaf?



Ketika saya di sekolah tadika dulu, cikgu saya pernah memberitahu bahawa amalan sedekah merupakan satu amalan yang mulia dan terpuji. Saya masih anak-anak ketika itu untuk memahami erti amalan tersebut.

Ketika di sekolah rendah pula, ustazah saya pula memberitahu bahawa amalan bersedekah merupakan sunnah Rasulullah SAW dan Baginda selalu menyeru agar umatnya menghulurkan sedekah walaupun dengan sekadar senyuman. Dapat pahala katanya.

Di sekolah menengah pula, ustaz pula menjelaskan bahawa tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima. Begitulah keberkatan rezeki yang dikongsi bersama sesama manusia. Yang ada rezeki lebih berkongsi rezekinya dengan yang kurang.

Dan di kuliyyah pula, seorang pensyarah dari Mesir merangkumkan bahawa sedekah itu adalah satu tuntutan dan konsep muamalah Islam. Begitulah serba sedikit pengetahuan saya mengenai amalan sedekah jariah.

Tapi, berlainan pula halnya dengan ajaran Mursyidul Am PAS. Padanya, jariah yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan bernilai RM500 kepada rakyat baru-baru ini adalah satu amalan keji yang tidak ikhlas.

Kononnya, pemberian RM500 itu adalah untuk membeli undi.

PAS mendakwa jariah tersebut seolah-olah cuba menjadikan rakyat yang kurang berkemampuan seperti haiwan atau binatang. Kononnya sengaja menabur hampas untuk “ayam” makan, dan menghampar rumput untuk dimakan “lembu”.

Ibaratnya, rakyat yang kurang berkemampuan itu adalah seperti “ayam” dan “lembu”.

Persoalannya, apakah wajar Nik Aziz Nik Mat yang kononnya “Tok Guru” itu bersyak wasangka buruk terhadap keikhlasan Kerajaan Pusat? Nik Aziz pandai membaca niat orang lain? Dia ahli tilik? Sejak bila dia belajar ilmu nujum?

Rasulullah SAW pernah bersabda, menanam syak wasangka buruk itu menghilangkan pahala pada kita sebagaimana kayu yang dibakar api. Pahala yang ada akan hilang dan sia-sia saja. Nik Aziz tidak pernah belajar hadis tersebut?

Paling malang, bila rakyat yang kurang berkemampuan diibaratkan sebagai “haiwan”. Tidak ada perumpamaan lain yang lebih sopan, kah? Tergamak seorang “Tok Guru Spiritual” menyamakan manusia seperti haiwan? Ini akhlak mahmudah atau mazmumah?

Terlanjur kata, tidak salah untuk Nik Aziz meminta maaf. Islam sendiri menyarankan umatnya meminta maaf dan memaafkan. Bila Nik Aziz nak minta maaf atas keceluparan mulutnya? Atau ego pada Mursyidul Am itu begitu tebal untuk meminta maaf?

Meminta maaf akan membuat rakyat menyanjung Nik Aziz. Namun mempertahankan keceluparannya akan menyebabkan dia akan dilabel memiliki akhlak mazmumah. Yang mana satu pilihan Nik Aziz? Mahmudah atau mazmumah?

Suara Generasi Baru
-

Tuesday, 26 February 2013

HOT! Nik Aziz Baru Tau Guan Eng Golongan Firaun Jugak!


Adeeh! Nik Ajis nak kata apa pulak? Guan Eng bagi bantuan tunai sama macam binatang jugak! Kesian Guan Eng..Nik Aziz kutuk sekali sapu bersih..Guan Eng sama macam Firaun jugak la..heee
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...