Sunday 3 March 2013

TERKINI: 5 Polis Terbunuh, 2 Penjenayah Ditembak Mati


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan lima anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan di Semporna pada Sabtu malam.
Selain itu menurut Ismail dua penjenayah turut ditembak mati ketika serbuan berkenaan.
Bercakap kepada pemberita di sini pada Ahad, Ismail berkata selain memantau kumpulan penjenayah di Semporna, polis juga turut memburu satu lagi kumpulan bersenjata di Kunak, iaitu kira-kira 70km dari Semporna.
Tambah Ismail, polis turut menahan tiga penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, semalam ketika cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa.
Katanya lagi, penceroboh di Semporna dan Kunak berpakaian seragam tentera.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...