Wednesday 6 March 2013

Penyebaran Maklumat Palsu Rumitkan Operasi Tangani Insiden Pencerobohan


Lambakan laporan tidak sahih dan khabar angin menerusi media baharu berhubung usaha menangani insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah boleh menimbulkan kesan negatif seperti persepsi tidak baik serta mengganggu operasi yang dijalankan.

Malah ia berupaya memberi 'kesan psikologi songsang' yang boleh memburukkankeadaan serta menggugat moral pasukan, menurut pandangan pakar.

Pakar Kriminologi bebas Datuk Akhbar Satar, ketika dihubungi Bernama,berkata penyebaran maklumat palsu di laman sosial boleh menjejas imej negara danrakyat seharusnya membiarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Beliau berkata perkara itu juga boleh menjejas ekonomi negara kerana pelaburluar tidak berani mengambil risiko apabila membaca pelbagai cerita sedemikian,sedangkan ia tidak benar sama sekali.

Penganalisis Isu Semasa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UniversitiTeknologi Mara Shah Alam Profesor Dr Ismail Sualman berkata isu keselamatantidak seharusnya dijadikan mainan politik kerana ia bukan sahaja melibatkannyawa malah keselamatan negara.

"Seharusnya semua masyarakat bersabar dan jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan tidak berasas," katanya sambil menegaskan penggunaan media sosial tidak boleh disekat kerana ia merupakan antara hak demokrasi.

Penasihat Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Sheikh Ahmad Raffie Sheikh Abdul Rahman berkata pihaknya memantau maklumat yang disebar melalui ruang siber berhubung kejadian di Lahad Datu.

Katanya, seseorang yang menggunakan Internet atau telefon untuk menyebarberita palsu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasidan Multimedia 1998, dan jika didapati bersalah, boleh didenda RM50,000 ataudipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, ramai pengguna Facebook menggesa SKMM menyekat serta memantausebarang penyebaran berita berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata diLahad Datu dan Semporna, Sabah di laman sosial tersebut.

Folasia, 30, seorang guru di Sekolah Menengah Bandau di Kota Marudu, Sabahberkata pemantauan dan sekatan terhadap berita yang tidak berasas sangat perlukerana ia hanya menyebabkan orang ramai panik dan bimbang. H-PALSU 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR

"Memang patut pantau berita di FB ni untuk elak suasana panik dan berita-berita yang tak betul sebab ia akan buat orang kelam-kabut," katanya kepada Bernama.

Turut menyuarakan pandangan sama ialah Nizamiah Asiqin Mohd Zukni.

"Berita-berita tak betul kena sekat sebab boleh mempengaruhi orang awamdan mereka akan buat spekulasi sendiri.

"Lebih baik mereka dengar berita dari sumber yang sahih," katanya. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...