Sunday 3 March 2013

Untuk Sebaran : Analisis Pencerobohan Lahad Datu


Kenyataan rasmi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan 5 orang perajurit negara gugur setelah diserang hendap sewaktu melaksanakan tugasan siasatan di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna pada malam semalam.  Al-Fatihah.

Identiti perajurit negara yang terkorban belum lagi dikenalpasti, bagaimana pun lokasi terbabit kini telahpun di kepung oleh ATM dengan kerjasama pihak polis. Ada kemungkinan penyerang merupakan sebahagian dari kumpulan penceroboh, tak mustahil.

Kita harap krisis ini dapat diselesaikan secepat mungkin, selama ini kita berlembut kerana percaya perundingan adalah jalan terbaik setiap isu, gayanya sekarang dah tiada lagi waktu untuk perundingan, jalan berlembut sudah lebih dari mencukupi.

Darah yang mereka minta maka sewajarnya darah di balas dengan darah juga. Hidup mati itu ketentuan Allah s.w.t, tapi mati mempertahankan kedaulatan negara dari penjenayah dan penceroboh sudah tentu besar nikmatnya.

Dalam pada itu, penulis ingin berkongsi satu artikel infomatif mengenai isu ini dan sedikit sejarah Kesultanan Sulu yang dipertik dari blog Andak Jauhar yang mungkin dapat merungkai sedikit input bagi mengenali kumpulan penceroboh yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu.

1. Siapakah Yang Menceroboh?


Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2.

Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3, 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?


Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.

Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:


4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?

Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.

Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5
5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Analisis terperinci DISINI



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...