Sunday 3 March 2013

DEDAH: Bukti Penglibatan Anwar dan Tian Chua Hasut Sultan Sulu


Akhbar harian terkemuka Filipina melaporkan bahawa sumber risikan negara itu mengaitkan seorang ahli politik Sabah yang bersekutu dengan pemimpin pembangkang Malaysia sebagai antara 'faktor luaran' yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.
Laporan wartawan Philippines Daily Inquirer, Nikko Dizon berkata Manila sedang memantau tiga kumpulan yang digambarkan sebagai 'faktor luaran' di sebalik krisis pencerobohan di Malaysia.
Laporan yang dimuat naik menerusi laman web akhbar berkenaan pada Jumaat lalu turut menyebut bahawa sumber mereka 'secara konsisten menyebut' tiga kumpulan itu mengambil kesempatan terhadap keputusan kesultanan Kirams untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah.
Walaupun tuntutan Kirams dibuat tahun lalu, sumber-sumber berkata dasar kerajaan Filipina berkenaan Sabah ialah menganggap isu berkenaan tidak perlu disegerakan.
"Tetapi nampaknya sesetengah orang mahu ia diselesaikan sekarang. Tapi mengapa sekarang, pada masa ini? Ia adalah salah satu perkara yang dikaji perisikan kerajaan," tambah laporan itu.
Sementara itu sumber lain berkata, kumpulan juga menggunakan Kirams untuk agenda mereka sendiri.
"Ramai yang boleh mendapat manfaat daripada insiden ini, bukan sahaja di Filipina tetapi di Malaysia juga," kata sumber itu dipetik sebagai berkata.
Menurut pegawai perisikan yang dipetik sebagai berkata, motif disebalik dakwaan penglibatan pembangkang Malaysia dalam kejadian di Lahad Datu dikaitkan dengan pilihan raya umum akan datang.
Laporan itu menyatakan bahawa anggota pembangkang Malaysia yang akan bertanding di Sabah membuat hubungan terlebih dahulu dengan Kirams.
"Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang daripada individu yang berbincang dengan Kirams. Beliau kononnya memberi sokongan daripada pihak pembangkang untuk menuntut Sabah," kata sumber itu.
Baru-baru ini agensi berita Reuters menerusi laporannya juga mengaitkan penglibatan pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...