Monday, 4 March 2013

GEMPAR!! Anwar Ibrahim & Jeffrey Kitingan Dalang Pencerobohan di Sabah!



Perrggh! Ini lagi power! Menurut laporan blogger tenterasabil, dalang pencerobohan di Lahad Datu telah dikenal pasti. Beberapa nama telah didedahkan yang didakwa terbabit. Ikuti laporan blogger tersebut.

Pemimpin utama pembangkang Sabah yang dikenal pasti dalang pencerobohan ini ialah Jefrey Kitingan dan Anwar Ibrahim yang telah berjumpa dengan Nur Misuari Pemimpin utama Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan Sultan Sulu Palsu Jamalul Karim untuk menceroboh Sabah bagi menuntut negeri Sabah.

Portal berita Filipina mendedahkan bahawa pemimpin utama pembangkang Sabah yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan dengan pihak penceroboh dan telah menawarkan jaminan tuntutan terhadap negeri Sabah.

Perisikan Filipina juga melaporkan secara terbuka nama Anwar Ibrahim sebagai salah seorang dalang kejadian tersebut sehingga pertumpahan darah berlaku.

Inquirer News melaporkan bahawa pertemuan pemimpin utama pembangkang Sabah itu telah berlaku pada November 2012 yang telah menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut Sabah semula. 

The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto juga mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

Rauters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina mendakwa bahawa pencerobohan ini berlaku atas jemputan pembangkang di Malaysia. 

150 orang penceroboh ini telah diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie yang mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan daripada pemimpin pembangkang Malaysia tetapi segera dinafikan Anwar dan mendakwa kenyataan itu dibuat UMNO.

Berita terkini juga melaporkan bahawa seorang Pegawai Polis Dari Bukit Aman Supritendan Ibrahim Lebar, 45 juga telah terkorban akibat serang hendap oleh puak penceroboh di Kampung Simunul Semporna Sabah. Angka anggota keselamatan yang telah terkorban kini meningkat kepada 6 orang yang telah disahkan oleh Ketua Polis Negara. Semua wira negara telah dibawa ke hospital Semporna.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...