Saturday, 9 March 2013

Bapak Saya Kena Guna-Guna Anwar!


Tidak mampu menepis isu pencerobohan pengganas Sulu, pihak Pakatan Rakyat pastinya mengharapkan kenyataan ‘U-Turn’ bapa Saiful Bukhari, iaitu Azlan Mohd Lazim, akan dapat menyelamatkan sedikit kredibiliti Anwar yang sudah hancur lebur.  

Kenyataan melalui sidang media itu berbunyi, “Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.  Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya,"  Dengan itu, beliau ingin memohon maaf dari Anwar secara terbuka dan juga secara bersemuka.  

Menurut Azlan, tuduhan liwat terhadap Anwar oleh anaknya, adalah konspirasi politik.  Beliau juga secara langsung menuduh pemimpin negara dengan menyatakan, "Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang oleh pegawai khas pemimpin kanan negara”.

Beliau juga menyatakan yang beliau turut terlibat dalam fitnah tersebut dengan ‘membaca skrip’ yang disediakan atas alasan ‘sayang kepada anak’.   Bagaimanapun, Azlan tidak pula menafikan secara nyata yang Saiful telah diliwat Anwar.  

Menurut Azlan, ‘U-Turn’ ini dibuat kerana merasa tidak tenang setelah ‘MENGUMPUL MAKLUMAT’ dan MAKLUMAN dari orang ramai tetapi mengaku bahawa beliau tidak pernah berbincang dengan pihak pemerintah.  Kata Azlan, semuanya dirancang oleh dan melalui seorang pegawai khas.  

Jika benar, segala kenyataan Azlan ini, kita tertanya-tanya, entah apa yang difikirkan oleh Azlan ketika beliau ‘membaca skrip’ untuk ‘memfitnah Anwar’ dan entah apa yang dirasainya ketika duduk bersila di sebelah Saiful yang melafazkan sumpah mubahalah di dalam masjid.   

Perlu diingatkan bahawa Saiful telah bersumpah laknat di mana jika beliau telah tidak berkata benar maka sumpah tersebut akan memakan dirinya selama 7 keturunan.  Lebih dahsyat lagi, Saiful juga telah bersumpah di hadapan Kaabah di Tanah Suci Mekah.  Maka dengan itu, kita tidak terkejut apabila Saiful langsung tidak berganjak dan pantas menangkis kenyataan bapanya seperti yang tersebar luas di laman sosial dan media alternatif sekarang,:

'Bapak diperguna.saya tetap istiqamah.Tidak sesekali berganjak.Tengah fikir tindakan balas, selanjutnya, saya tak mahu melatah.Salam buat rakan2 lain..'  - Saiful Bukhari

Bapa Saiful yang diketahui umum adalah penyokong Anwar tegar sebelum ini.   Beliau mengenali Anwar secara peribadi dan turut berada bersama Anwar di Masjid Negara ketika Reformasi.   Mendapat berita yang anaknya bekerja dengan Anwar Ibrahim merupakan satu kebanggaan buatnya.  

Malah, pada awalnya, beliau juga sukar menerima cerita Saiful diliwat Anwar tetapi akur dengan tangisan anaknya serta rangkaian kejadian dan bukti berkaitan.   Beliau merupakan antara yang paling kecewa apabila anaknya kalah dalam perbicaraan dan beberapa kali membuat kenyataan untuk terus membela anaknya.   Beliau membidas siapa saja, termasuk Majlis Peguam yang cuba menghalang pihaknya membuat rayuan.   Akhirnya, atas usahanya jugalah, kes tersebut kini berada di tangan Mahkamah Rayuan.   

Tetapi, tidak semena-mena, tatkala Anwar Ibrahim sudah tidak mampu menepis dan mengelak isu Sulu, Azlan tiba-tiba membuat U-Turn dan menyatakan yang Saiful tidak pernah menceritakan segala-galanya secara terperinci tetapi hanya mendengarnya melalui media.


Bolehkah dipercayai bahawa selama beliau ke hulu ke hilir keluar masuk rumah, masjid, pejabat peguam, mahkamah dan Mekah bersama anaknya, kedua beranak ini tidak pernah bercerita secara terperinci tentang apa yang terjadi?

U-Turn jenis apakah ini?  Bagaimana Azlan boleh menuduh pemerintah berkonspirasi jika beliau tidak pernah dipanggil atau bertemu dengan pemerintah secara langsung?   Apakah kredibiliti kenyataannya jika ia hanya berdasarkan maklumat yang dikumpul sendiri dan makluman orang ramai?  

Apakah sidang media Azlan lebih berkredibiliti dari sumpah laknat di Mekah ataupun bukti di mahkamah?  

Sebenarnya, tidak sukar bagi rakyat untuk menilai isu ini, kecuali bagi mereka-mereka yang telah buta kerana memuja Anwar Ibrahim.  

Anwar tidak boleh mengalih perhatian kita dari isu Sulu, biar berapapun yang dilaburkannya untuk sesiapa saja membuat U-Turn mengenai apa jua isu yang berkaitan dirinya.   

Isu Sulu adalah isu nyawa rakyat dan kedaulatan negara.  Isu Azlan adalah isu maruah anak dan keluarganya.  Mungkin Azlan tidak punya maruah dan boleh dibeli dengan harga tertentu, tetapi beliau bertuah kerana mempunyai anak yang soleh kerana sanggup mempertahankan maruah dan kebenaran yang dilafazkannya di hadapan kaabah atas nama Allah SWT,walaupun terpaksa menentang bapa sendiri. 

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...