Sunday 3 March 2013

PENDUDUK SEMPORNA BANTU BUNUH SEORANG LANUN BERSENJATA M-16!!!


Di sebalik MENTERI DALAM NEGERI dan KETUA POLIS NEGARA terus memberikan amaran, sekumpulan penduduk di Semporna mulai mengambil tindakan membantu pasukan keselamatan.

BERNAMA melaporkan, seorang lanun sulu bersenjatakan M-16 telah dibelasah sampai mati oleh penduduk Kampung Senallang Lama, Semporna, Sabah.

Tindakan berani penduduk, pasti akan mengundang pembalasan dendam daripada lanun-lanun Sulu yang diupah oleh Anwar Ibrahim untuk mengucar-ngacirkan Sabah. Justeru, diharap tidak adalah lagi AMARAN daripada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara. Sebaliknya, tindakan mengawal keselamatan penduduk dan kawasan tersebut dilakukan secara lebih ketat dan tegas.

Tahniah diucapkan kepada penduduk Kampung Senallang Lama, Semporna kerana berani bertindak terhadap penceroboh tersebut!

Terbukti, rakyat Sabah tidak memberikan sokongan kepada lanun-lanun Sulu tersebut sebagaimana yang dibimbangkan oleh pihak-pihak tertentu yang masih belum mahu bertindak secara total!!!

1 comment:

  1. hebat bebat penduduk kampungan lg hebat dari VAT69 hebat hebat dgn bersenjata parang dan kayu 2-4 jek sekor sulu tewas

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...