Sunday 3 March 2013

TERKINI 6.30 PM: Sultan Sulu Dakwa Tawan Rakyat Malaysia


Teman bertambah risau. Macam-macam berita yang masuk inbox teman dan yang disiarkan di internet bertambah mengusarkan. Tapi teman yakin sebenarnya keadaan masih lagi terkawal jika berasaskan beberapa kenyataan pihak berkuasa sebelum ini. Terkini Sultan Sulu mendakwa telah menawan 4 Rakyat Malaysia menerusi sumber stesen radio Filipina. 

Jika benar, teman harap tebusan tidak diapa-apakan.
Sumber melaporkan 4 rakyat Malaysia didakwa telah tawan oleh kumpulan penceroboh bersenjata di Semporna, lapor stesen radio Filipina pada Ahad.
Terdahulu, pihak berkuasa Malaysia mengatakan mereka telah menawan tiga penceroboh Filipina itu diikuti dengan pertempuran di tiga lokasi di Sabah yang menyebabkan kematian lima anggota polis dan dua anggota kumpulan penceroboh.
Kumpulan bersenjata yang mendakwa mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III, berkata kepada pemberita di Bandar Taguig, lapor stesen radio Filipina 'dzBB Divine Caraecle'.
Jamalul dipetik sebagai berkata dia tidak mengarahkan serangan terhadap pihak berkuasa Malaysia dan menegaskan pengikutnya juga diarahkan untuk menghormati hak rakyat Malaysia yang ditawan itu.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...