Monday 4 March 2013

UPDATED 5.00 PM : Kereta Kebal ATM Tiba Sementara Polis Buru Lelaki Bersenjata Di Kampung Salimbungan


Gerakan memburu lanun-lanun Sulu masih diteruskan. Kelihatan kereta kebal ATM telah mula diangkut ke kawasan operasi. Kereta kebal milik pasukan tentera tiba di Felda Sahabat, Lahad Datu pada Isnin. Pasukan polis meneruskan operasi mencari penceroboh bersenjata yang masih bersembunyi di Lahad Datu, Semporna dan Kunak selepas pertempuran senjata pada Jumaat.

Menurut sumber, keadaan menjadi tegang di Kampung Salimbungan kira-kira pukul 1.30 tengah hari, memaksa pekedai menutup kedai masing-masing apabila anggota polis ditempatkan di kawasan sekitar bandar ini.

Penduduk kampung tersebut, yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada bandar Semporna diarahkan meninggalkan rumah masing-masing selepas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mula berkawal di beberapa lokasi.

Dipercayai pasukan itu sedang mencari kumpulan lelaki bersenjata Sulu yang mungkin menyelinap masuk ke kampung berkenaan selepas pertempuran senjata di kampung Siminul yang terletak berdekatan.

1 comment:

  1. Tidak kah pergerakan taktikal peralatan perang sebegini boleh menjejaskan 'modus operandi' pasukan keselamatan dalam insiden pencerobohan ini? 'Minute by minute UPdate' rasanya tidak banyak membantu. Harap mereka tidak ada peluru anti tank..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...