Friday 8 March 2013

PANAS: Azlan Mohd Lazim Jenis Bapa Haruan?


Hari ini negara digemparkan dengan kenyataan Azlan Mohd Lazim bahawa pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan merupakan satu konspirasi pegawai Datuk Seri Najib Tun Razak. Sungguhpun Azlan Mohd Lazim bapa kepada Saiful, saya tidak berniat menyebut Saiful sebagai anaknya. 
Bapa apakah yang “menjual” maruah anaknya?

Saiful Bukhari bukan seorang penjenayah, bukan seorang perogol dan bukan seorang peliwat. Beliau hanyalah mangsa liwat yang mahu mencari keadilan untuk dirinya. Beliau melakukan segala-galanya untuk mendapat keadilan bagi dirinya, daripada membuat laporan Polis, memohon bantuan perlindungan orang politik kerana peliwatnya seorang yang ternama dan berpengaruh, sehinggalah kepada melakukan sumpah laknat.

Bagi seorang Islam yang waras akal fikirnya, mendapat pendidikan agama secukupnya, melakukan sumpah laknat merupakan satu kemuncak kepada segala usaha mendapatkan keadilan bagi dirinya. Itulah yang terpaksa dilakukan oleh Saiful Bukhari untuk meyakinkan orang ramai bahawa dia bukan seorang pelingpur lara atau penipu. 
Ini bukan kes politik. Ini kes jenayah. 

Perdana Menteri, Polis dan Pendakwaraya boleh sahaja membutakan mata, memekakkan telinga dalam isu ini jika mereka mahu mengelakkan kontroversi seperti mana kes Anwar Ibrahim meliwat Azizan.

Namun kerajaan yang ada perlu berlaku adil kepada Saiful. Siapa lagi akan membela beliau jika kerajaan sedia ada tidak bersedia mempertahankan seorang yang mendakwa diri beliau mangsa liwat. Mungkin benar dakwaan Azlan bahawa banyak kenyataan kepada media beliau dan anaknya diuruskan oleh seseorang di pejabat Perdana Menteri dan peguamnya.

Mungkin pegawai Perdana Menteri tersebut mahu membantu atas dasar mencari untung politik ketuanya. Namun ia tidak menolak fakta bahawa Saiful menyatakan beliau telah diliwat oleh Anwar Ibrahim. Sudah tentu sebagai mangsa kepada seorang ahli politik terkenal Saiful perlu berhati-hati terhadap kata-katanya. Justeru pembabitan orang lain terutamanya peguam beliau dalam mnyaring dan menyediakan kenyataan akhbar adalah satu keperluan bagi mengelakkan kes beliau terjejas.

Saiful Bukhari tentu tidak percaya bahawa selepas menjadi mangsa Anwar Ibrahim beliau akhirnya menjadi mangsa kepada bapanya sendiri. Ramai mengatakan Azlan lebih mementingkan wang daripada Anwar. Saya tidak berani menyatakan sedemikian kerana tiada bukti. Cuma kalau tidak kerana wang pun, Azlan lebih mementingkaan persahabatan beliau dengan Anwar berbanding nasib dan maruah anak kandungnya sendiri. Bapa jenis apakah manusia bernama Azlan ini? Adakah suatu hari nanti anak perempuannya pun akan beliau lacurkan demi kepentingan peribadi?

Azlan mendakwa tuduhan Saiful Bukhari ke atas Anwar satu fitnah dan konspirasi. Namun membaca laporan-laporan media termasuk Malaysiakini.com, ternyata tiada satu bukti pun dikemukakan oleh Azlan yang boleh mengukuhkan teori bahawa Saiful mereka-rekakan kejadian liwat tersebut. Apa yang ada hanyalah andaian dan kononnya penyelidikan beliau sendiri yang mendapati tuduhan tersebut tidak benar.

Jika benar beliau mengambil mendapat pelbagai maklumat semasa perbicaraan ini mengapa Azlan beria-ia mendesak Peguam Negara melakukan rayuan ke atas pembebasan Anwar?

Apa pun masalah Azlan tindakan beliau menjual maruah anaknya sendiri merupakan rekod yang sukar dicabar oleh sejarah manusia Melayu dan Islam. Sehodoh-hodoh wajah Anwar pun beliau tidak menjual maruah anak dan isterinya. Sejarah akan mengingati Azlan Mohd Lazim sebagai Bapa Haruan versi moden.

Baca lagi DISINI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...