Saturday 9 March 2013

Kesian! Mana Khalid Ibrahim Nak Cekau RM9.65 Billion


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyambut baik tawaran pengambilalihan empat buah syarikat konsesi air di Selangor berjumlah RM9.65 bilion oleh Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB)

Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata tawaran yang dibuat oleh KDEB pada 20 Februari merupakan satu tawaran komersil biasa yang dibuat melalui persetujuan bersama pembeli dan penjual dan menghormati perjanjian konsesi air dan semua perundangan dan peraturan yang berkaitan.

"Walaupun Kerajaan Persekutuan mengalu-alukan usaha KDEB ini, tindakan KDEB yang tidak berbincang terlebih dahulu dengan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) sebelum mengaitkan PAAB dalam tawaran ini adalah tidak munasabah.

"Sewajarnya KDEB mendapatkan persetujuan PAAB dahulu supaya tawaran yang dikeluarkan dapat menyelesaikan semua liabiliti industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor," katanya di dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Satu tawaran telah dibuat oleh KDEB untuk mengambil alih empat buah syarikat konsesi air di negeri Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd. (ABASS).

KDEB telah memberikan tempoh sehingga 6 Mac 2013 untuk empat buah syarikat konsesi air tersebut memberikan maklum balas.

Chin meminta semua pihak memberikan ruang dan peluang kepada kesemua syarikat yang terlibat berunding dan mempertimbangkan tawaran tersebut tanpa sebarang campur tangan.

"Saya ingin menegaskan pendirian Kerajaan Persekutuan sekali lagi bahawa keperluan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 adalah sangat mendesak dan tidak boleh dikompromikan."

"Tanpa loji ini, Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berdepan dengan krisis air menjelang awal 2017," katanya.

Katanya langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan hanya akan dapat menampung keperluan bekalan air sehingga 2016.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Selangor diminta untuk memberikan kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan berkenaan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 ini dengan tidak menghalang pihak-pihak berkuasa tempatan berkaitan mengeluarkan Arahan Pembangunan dan kelulusan-kelulusan berkaitan, katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...