Showing posts with label Azizan Razak. Show all posts
Showing posts with label Azizan Razak. Show all posts

Friday, 29 March 2013

Kesian! Rakyat Kedah Kena Tipu Bulat-Bulat Dengan Ulama Pembohong!



MasyaAllah! Apa nak jadi dengan pak lebai berkopiah Pas Kedah ini, dalam buku terbitannya yang bertajuk ‘Sayangi Kedah’, yang secara jelas menunjukkan bahawa mereka telah berbohong dengan berkata bahawa kerajaan negeri telah membina 12 buah masjid di Kedah. Maka menjeritlah para pencacai mereka keseronokan kerana merasakan ‘fakta’ tersebut dapat digunakan untuk ditebarkan kepada masyarakat bagi menolak BN/Umno.

Namun apa yang tidak di ketahui oleh para pencacai ini ialah, mereka telah ditipu ‘hidup-hidup’ oleh pemimpin yang diangkat sebagai ulama itu. Ternyata serban dan jubah yang dipakai itu tidak menghalang pimpinan mereka melakukan perkara keji semata-mata untuk mengharapkan sokongan agar terus diberi peluang mentadbir kerajaan negeri.

Walaupun ada yang mengatakan Pas yang selama ini kononnya berjuang atas landasan Islam main wayang kerana sanggup mempolitikkan agama Islam semata-mata demi kepentingan kuasa politik sekutu DAP dan PKR. Namun penulis merasakan mereka bukan setakat bermain wayang, tetapi tergamak ‘melacurkan’ hanya untuk memastikan mereka terus berada dipuncak kuasa.

Sedangkan pada hakikatnya, berdasarkan fakta diperoleh, sebenarnya kesemua masjid yang dinyatakan di dalam buku tersebut telah dibina oleh kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini kerana pembohongan yang jelas dan nyata ini telah dibuktikan melalui satu surat kelulusan dari Jabatan Perdana Menteri yang telah memberikan peruntukan terhadap pembinaan masjid yang dinyatakan itu.

Bukanlah niat untuk mempertikai bantuan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat itu, kerana umum mengetahui ia adalah merupakan wang dan hak rakyat sebagai pembayar cukai. Namun apa yang dipertikai ialah tindakan Azizan cuba menipu rakyat. Inilah yang dinamakan ‘lembu punya susu, sapi dapat nama.

Tambahan pula, apa kejadahnya, Pas Kedah yang diketuai Ustaz Azizan lakukan, sepanjang tempoh pentadbiran bermula dari 2008? Apakah hanya menghabiskan harta rakyat dan menjual aset kerajaan?

Penulis hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala dan mengucap banyak kali bila membaca pendedahan tersebut nama saja parti Islam tapi pasal masjid pun nak menipu. Ini ke ciri-ciri pemimpin Islam yang perlu kita sokong dan agung-agungkan?

Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah mungkin seorang mukmin bersifat penakut?” Beliau menjawab, “Ya, mungkin.” Baginda SAW. ditanya lagi, “Apakah mungkin ia bersifat kikir?” Nabi SAW. menjawab, “Ya, mungkin.” Baginda ditanya lagi, “Apakah mungkin seorang mukmin bersifat pembohong?” Nabi SAW. menjawab, “Tidak, tidak mungkin.” (Hadith Riwayat Ahmad)

Sedutan hadith di atas memberi gambaran bahawa seseorang yang mukmin itu tidak akan sama sekali bersikap pembohong. Maka malang buat penyokong Pas khususnya rakyat Kedah kerana telah ‘dianugerahkan’ dengan pemimpin pembohong yang jelas bukan seorang yang mukmin.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) takkan pemimpin pak haji berkopiah yang bertopengkan syaitan sebegini yang rakyat Kedah nak undi? Mari kita beramai-ramai tolak pemimpin sedemikian rupa yang jelas berselindung di sebalik tabir Islam untuk menghalalkan

Pas semakin terdesak. Tolak Pas! Tukar Kedah!

Suara Generasi Baru
-

Thursday, 21 March 2013

HOT NEWS! Kerajaan Pas Kedah Diambang Kehancuran


Ibarat cuba menutup bangkai gajah dengan pelepah kelapa, krisis pergolakan yang melanda Pas Kedah telah membuatkan kepimpinan Pas Pusat semakin pening kepala dalam mencari kaedah terbaik untuk mendamaikan kelompok pimpinan yang rakus untuk berkuasa.

Lebih membingungkan tindakan mereka telah menyebabkan jentera parti di negeri Kedah berada dalam keadaan yang paling lemah bagi menghadapi gelombang BN yang semakin kuat dan yakin untuk merampas kembali negeri Jelapang padi itu.

Ekoran pergeseran yang melanda di antara enyokong Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi itu, ramai merasakan ia sebagai pemulaan runtuhnya kerajaan Pas Kedah yang sering dibelenggu dengan pelbagai masalah.

Selain saling menyalahkan antara satu sama lain, mereka turut mengunakan pendekatan menjaja dan mengadu domba pelbagai cerita yang langsung tidak mengambarkan sebagai pemimpin yang kononnya mewakili parti Islam.

Pertikaian Azizan-Phahrolrazi semakin panas susulan wujudnya ura-ura bahawa orang nombor dua PAS Kedah itu dikatakan tidak dinamakan untuk mempertahankan kerusi yang disandang, sebaliknya diletakkan di Parlimen Jerlun untuk menentang anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir.

Ketika diminta mengulas mengenai perkembangan politik Pas di Kedah itu, Azizan pernah menempelak kumpulan-kumpulan penentangnya sebagai musuh dalaman yang ingin mewujudkan huru-hara.

Momentum penentangan terhadap Azizan bertambah kuat apabila ahli-ahli Pas di Jerlun dan Jerai termasuk penyokong-penyokong kuat Azizan di Sungai Limau secara terbuka mendesak Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Limau itu meletakkan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah.

Menurut salah seorang ahli Pas seumur hidup Mohd Salleh Abu, menegaskan kesombongan dan keangkuhan Azizan semakin ketara apabila dipilih sebagai Menteri Besar Kedah.

“Saya pernah berkhidmat dengan beliau selama empat penggal, malah menatang dia seperti minyak penuh dan dilakukan seperti keldainya. Tetapi dia hina saya sebagai orang gila” katanya.

Walaupun ramai di kalangan penyokong Pas melihat, pepecahan itu bakal merugikan Pas tambahan pula di saat negara akan berdepan dengan PRU13, namun Timbalan Presiden Pas Pusat, mat Sabu masih cuba berlagak ‘macho’ untuk menutup kelemahan itu.

Ketika diminta mengulas, Mat Sabu hanya mengatakan ia adalah merupakan satu perkara biasa dan langsung tidak akan menjejaskan peluang Pas Kedah untuk terus mempertahankan kerajaan negeri yang telah dipimpin selama 5 tahun itu.

Kesimpulannya, episod perebutan kuasa ini merupakan satu rahmat buat rakyat Kedah, untuk melihat sendiri kerakusan kuasa pemimpin Pas yang selama ini sering mengunakan Islam sebagai modal meraih undi. Sedangkan pada hakikatnya mereka hanya bertopengkan Islam demi untuk menghalalkan semua salah laku yang dilakukan. Cukuplah dengan penderitaan yang ditanggung rakyat selama 5 tahun berada di pimpinan negeri yang hanya sibuk bergaduh untuk kepentingan peribadi semata-mata.

Suara Generasi Baru
-

PANAS! Azizan Razak Takut Dengan Bayang-Bayang Sendiri


Kerajaan negeri Kedah yang diterajui PAS dan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (Kuin) seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri apabila menggunakan khidmat Unit Amal PAS serta Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Kuala Ketil sebagai pengawal keselamatan pada satu majlis di kampus induknya, Selasa.

Kehadiran lebih 50 anggota Unit Amal dan MTD itu sepanjang Majlis Anugerah dan Jasamu Dikenang juga menunjukkan mereka takut dengan perjuangan petugas kolej universiti milik kerajaan negeri menerusi Bersih Kuin dalam memperjuang hak serta kebajikan mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tindakan pentadbiran tertinggi Kuin dan kerajaan negeri itu hanya berdasarkan andaian kononnya 10 petugas Kuin yang diberi surat tunjuk sebab bulan lepas ingin membuat kecoh pada majlis berkenaan.

"Mereka kata kumpulan petugas ini akan buat heboh semasa majlis ini berjalan. Itu andaian yang mereka buat sehingga membawa masuk Unit Amal PAS untuk buat kawalan, kononnya nak elak kekecohan tetapi sebenarnya tiada apapun yang berlaku.

"Lagipun jumlah petugas yang dilarang masuk hanya 10 orang, tetapi mereka bimbang dan takut sehingga ke tahap itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Himpunan Usahawan Kedah di sini, Rabu.

Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana Kuin mempunyai unit keselamatan mereka sendiri yang mampu mengawal keadaan ekoran larangan terhadap 10 petugas menghadiri majlis berkenaan.

Katanya, selama ini Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang juga Pengerusi Kuin, mendakwa Umno menjadi dalang pelbagai isu yang melanda Kuin namun insiden semalam menyaksikan PAS sendiri mempolitikkan kolej universiti itu.

Ahmad Bashah berkata tidak keterlaluan jika dikatakan PAS mengamal budaya politik samseng dengan tindakan kasar Unit Amal dan MTD parti itu dalam kejadian berkenaan.

"Apakah kuasa yang ada pada kumpulan ini untuk bertindak demikian? Kalau dalam politik, seperti dalam ceramah, bolehlah mereka 'bertugas' tetapi Kuin adalah hak kerajaan negeri," katanya.

Difahamkan, petugas Unit Amal PAS dan MTD memakai ves dengan logo PAS ketika bertugas mengawal pergerakan petugas Kuin pada majlis yang dirasmikan anggota exco kerajaan negeri Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, mewakili Menteri Besar. BERNAMA
-

Monday, 25 February 2013

Selepas Johor, Kepimpinan Pas Kedah Pula Dilanda Badai


Selepas kemelut yang melanda antara kepimpinan DAP dan PKR Johor, pakatan pembangkang sekali lagi berdepan dengan masalah perpecahan di kalangan ahli penyokong menjelang pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Insiden terbaru ini melibatkan antara penyokong dan pengikut Pas di Kedah yang secara terbuka menolak kepimpinan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kumpulan tersebut dikatakan telah mengadakan demonstrasi aman dan turut mengumumkan menutup unit peti undi di beberapa kawasan sebagai tanda bantahan.

Umum mengetahui sejak Pas pimpinan Pas menerajui kerajaan Kedah, wujud pelbagai isu dalaman sehingga membawa kepada perpecahan. Di kalangan pimpinan Pas negeri wujud beberapa kelompok dan puak yang saling bercakaran antara satu sama lain.

Satu kumpulan dikatakan menyokong penuh kepimpinan Azizan dan di satu pihak lagi menolak pendekatan Azizan yang dikatakan lemah dan tidak menguntungkan pakatan di negeri Jelapang Padi itu.

Kemelut perpecahan Pas di Kedah meletus bila mana Datuk Ir Phahrolrazi mengetui sekumpul pemimpin untuk menolak perlantikan semula jawatan Exco Kedah sebagai tekanan kepada kerajaan negeri. Namun hasil campur tangan Pas pusat, drama pepecahan tersebut berjaya ditamatkan segera bagi mengelakkan kerosakan yang lebih besar.

Namun begitu, ianya tidak berhenti setakat itu sahaja, bilamana tidak lama selepas itu beberapa ketua pemuda Pas kawasan bangkit mempertahankan Ustaz Azizan. Mereka mengesa agar pimpinan Pas pusat mengambil tindakan tatatertib terhadap beberapa kumpulan pemimpin yang dilihat cuba mensabotaj kepimpinan Menteri Besar.

Beberapa laporan polis juga pernah dibuat dan meminta agar pihak berkuasa seperti SPRM menjalankan siasatan terhadap beberapa Exco yang dikatakan telah melakukan penyelewengan. Ia ekoran dari laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara terhadap kegagalan pihak kerajaan negeri berhubung isu perumahan rakyat kos rendah.

Kelibat Azizan di salah satu program anjuran BN yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri turut dijadikan isu oleh ‘orang-orang tertentu’ di dalam Pas negeri sebagai tindak balas sebelum ini. Isu tersebut dimainkan hampir saban hari, dan dijadikan sebagai modal mereka di markas bagi mempengaruhi ahli akar umbi, kononnya ustaz Azizan condong dan pro kepada BN/Umno.

Pas pusat sebelum ini juga, terpaksa mengeluarkan beberapa kenyataan bagi menafikan sekaligus menutup isu tersebut dari terus diperkatakan. Namun seperti kata pepatah ‘bangkai gajah, masakan dapat ditutup dengan pelepah kelapa’ isu dalaman ini semakin menjadi perbualan hangat dan menarik minat ramai penganalisa politik.

Menurut sumber, kepimpinan Pas negeri Kedah turut menerima tekanan dari pimpinan pakatan pembangkang pusat khususnya DAP dan PKR. Mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan beberapa pendekatan ustaz Azizan yang dikatakan bercanggah dengan keputusan pakatan pusat.

Isu KUIN sebagai contoh, beberapa pimpinan PKR dan DAP pusat dikatakan menyelar tindakan ustaz Azizan ekoran keputusan penggantungan sekumpulan penuntut yang dikatakan bercanggah dengan kandungan ‘Buku Jingga’.

Tidak cukup dengan itu, keputusan kerajaan negeri berhubung isu ‘garis panduan hiburan’ turut menerima kritikan dan desakan sehingga menyebabkan Azizan terpaksa akur dan menarik kembali keputusan yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Ibarat retak menanti belah, ketika ustaz Azizan menerima tekanan demi tekanan dari pimpinan parti gabungan, baik pimpinan Pas negeri mahupun pusat seolah-olah mengambil pendekatan lepas tanga. Tiada sebarang kenyataan mempertahankan atau membela ustaz Azizan selaku Pesuruhjaya Pas Negeri.

Inilah realiti yang perlu dilihat oleh rakyat dan masyarakat. Parti yang selama ini melaungkan slogan Islam sanggup membiarkan pemimpin, penyokong atau mana-mana ahli tanpa sebarang pembelaan sekiranya dilihat cuba menguris hati dan perasaan pemimpin di dalam DAP dan PKR.

Dan yang paling penting, mereka tergamak malah sanggup mengambil keputusan memecat mana-mana ahli tanpa mengira jawatan sekiranya dilihat melukakan hati insan bernama Anwar Ibrahim yang pernah mendapat jolokan ‘anugerah tuhan’!!!

Suara Generasi Baru
-

Sunday, 24 February 2013

PANASS! Kisah HANGAT Di Lubuk Tupah Kembali?



Anda ingat dengan TUPAH? Atau lebih dikenali sebagai Lubuk Tupah. Tupah ni dulu, merupakan satu pusat peranginan yang agak terkenal di Kedah. Namun selepas Kerajaan Pas Kedah mengambil alih tampuk pemerintahan. Air terjun Tupah terus tidak lagi popular. Kenapa ya? Ikuti pembongkaran Eksklusif dari Pisau Kedah.

Kelmarin semasa Pisau Kedah berada di Tanjung Dawai, Pisau Kedah di maklumkan tentang keadaan pencemaran yang sedang melanda sungai kawasan Pusat Perkelahan Tupah yang di katakan agak teruk setelah kerajaan negeri membangunkan projek perlombongan bijih besi di kawasan berkenaan.

Dalam perjalanan balik dari Tanjung Dawai, untuk mendapat kepastian Pisau Kedah singgah sebentar di pusat perkelahan tersebut untuk memantau keadaan sebenar apakah seperti yang di maklumkan kepada Pisau Kedah.

Ternyata apa yang di maklumkan kepada Pisau Kedah adalah benar, keadaan sungai pusat perkelahan tersebut memang menyedihkan dan menyakitkan hati mata melihat keadaan sungai yang dulunya bersih dan selalu di kunjungi orang ramai yang hendak berkelah tapi kini sudah bertukar wajah setelah kerajaan negeri membangunkan projek perlombongan bijih besi.

Baca Lagi DISINI
-

Thursday, 21 February 2013

PANAS: Hadi Awang Akui Azizan Razak Ada Masalah


Hah! Apa nak kata kan..Presiden PAS sendiri dah mengakui memang ada konflik dalaman kepimpinan PAS di Kedah. Baru-baru ini 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

PAS menganggap isu kepimpinan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanyalah berita pilihan raya, namun tidak menafikan wujud masalah dalaman parti itu di Kedah. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa ia diperbesarkan media dan masalah tersebut akan diselesaikan dalam masa terdekat. “Masalah di Kedah bukan masalah besar. Kita akan selesaikan masalah parti,

Ye le tu! Sampai ada yang nak boikot dan tutup bilik gerakan PAS di Kedah, kecik jugak ke masalahnya?. Lawak la! Tak boleh nak sorok dah masalah besar dan PAS Kedah akan menyebabkan kalah besar dalam PRU 13 nanti! Adeehh!!! 
-

Sampai Hati Hampa Buat Aku Macam Ni


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendesak supaya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat dan mengaudit isu dan dakwaan yang ditimbulkan oleh kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Ketua Wanita Umno itu berkata, ia merupakan tanggungjawab kerajaan negeri Kedah untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Jangan lepas tangan sahaja. Mereka mesti bertanggungjawab,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan dengan lima wakil di kalangan kakitangan dan enam peguam.

Beliau menambah, sayap itu menawarkan nasihat perundangan secara percuma kepada mereka.

Dilaporkan satu kumpulan yang diwakili kakitangan menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, baru-baru ini.

Kakitangan itu berkata, mereka turut berharap agar Azizan dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sejak empat tahun lepas.

Ini termasuk kenaikan gaji, bonus, potongan gaji dan anak syarikat Kuin sedia, yang didakwa oleh kakitangan itu bahawa ia tidak memberi keuntungan kepada kolej universiti itu.

Sumber
-

Azizan Razak Tak Tidur Malam! Adeeh!



Sebelas Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS, Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.

“Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya PAS,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini, Rabu.

Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baru, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.

Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama PAS Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya.

“Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun… kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS,” kata Asri.

Sementara itu Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata, ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh PAS.

Beliau berkata, bagaimanapun sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh lihat apa sahaja yang dilakukan mereka.

“Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun, tiba-tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara. Apa lagi yang saya buat tak kena, saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika ditemui pemberita pula berkata setakat ini isu desakan supaya Azizan berundur belum pernah dibangkitkan dalam mesyuarat perhubungan yang dihadiri semua bahagian pada setiap bulan.

“Kalau ada perkara tak puas hati, patut guna saluran perhubungan… setakat ni tak sebut dalam mesyuarat perhubungan secara rasmi lagi,” katanya. - BERNAMA
-

Tuesday, 19 February 2013

Azizan Razak Abai Kebajikan Kakitangan KUIN



Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN)mendesak Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya bersikap lebih terbuka dalam menyelesaikan isu kebajikan tenaga kerjanya yang didakwa berlarutan sejak empat tahun lalu.

Wakil kakitangan KUIN, Mohd Farid Alias, 28, berkata Azizan sepatutnya bersikap lebih profesional dan bertindak sebagai orang tengah bagi mengkaji, menyiasat dan menyelesaikan masalah dalaman KUIN, bukannya mengheret mereka ke dalam kancah politik.

"Kami sangat kesal kerana dituduh sebagai ejen Umno sedangkan kami tidak pernah dibayar untuk mana-mana parti politik, sebaliknya hanya berjuang untuk hak dan kebajikan kami.

"Menteri Besar perlu bersikap terbuka dan berlapang dada bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi kami hingga menimbulkan keadaan yang sangat kritikal, " katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Khalid di Wisma Darul Aman di sini, Selasa.

Memorandum berkenaan adalah sebagai bantahan terhadap dakwaan Azizan baru-baru ini yang mengatakan bahawa kakitangan KUIN yang menuntut hak dan kebajikan mereka adalah ejen Umno dan menyuruh mereka yang tidak berpuas hati mencari kerja di tempat lain.

Mohd Farid yang merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (DG41), berkata antara tuntutan lain yang terdapat dalam memorandum berkenaan ialah isu kenaikan gaji, bonus, potongan yang tidak dibayar kepada pihak ketiga (contoh: bank), isu pemalsuan dokumen rasmi KUIN dan kewujudan anak-anak syarikat KUIN yang didakwa tidak memberi sebarang keuntungan.

"Sewajarnya Menteri Besar menubuhkan satu jawatan kuasa bebas dan telus untuk menyiasat punca utama bagi menyelesaikan masalah dalaman KUIN ini," katanya.

Seorang pensyarah Kuliah Mualamat, Sajiah Yaakob, 41, pula berkata Menteri Besar perlu bersikap adil dalam memastikan semua perkara dilaksanakan secara betul agar tiada sesiapa akan teraniaya.

"Saya sudah berkhidmat lebih kurang 11 tahun dan tidak pernah memberikan kenyataan terbuka seperti hari ini kerana saya rasa terkilan dengan sikap tidak ambil kisah Menteri Besar.

"Kalau nak buat sesuatu buatlah secara betul, jangan selepas ini ada di antara kami ditukarkan ke jabatan lain pula sebab menuntuk hak kami," katanya. -BERNAMA
-

Wednesday, 13 February 2013

GEMPAR: Azizan Mengaku Tebang Balak di Kedah


Adeeehh! Pelik sungguh la! Azizan Razak ni dah nyanyok ke apa? Main ugut-ugut nak tebang balak di hutan simpan Kedah jika KerajaanPusat tak bayar RM100 juta. Apa nih? Gila ke meroyan sawan..

Kerajaan Negeri Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan sebanyak RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri itu tidak dilakukan. "Kalau bising sangat (mengenai penebangan balak), bayar kami RM100 juta... hutan hak Kedah...lagipun tak tebang kawasan tadahan air, kawasan hutan simpan saja tebang," (Sinar)


Hah! Kan dah terbuka pekung di dada. Akhirnya mengaku jugak lah Azizan ni. Tapi apa kes mintak kerajaan pusat bagi RM100 juta sebagai pampasan. Pandai-pandai la nak cari alasan dan nak salahkan UMNO. Itu saje modal yang ada untuk tutup malu sebab nak kantoi. Heeee..
-

Thursday, 7 February 2013

Nasib Azizan Menjadi Tanda Tanya


Macam-macam ura-ura dan cerita mengenai Menteri Besar Kedah, Azizan Razak. Isu kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat Kedah, yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, kelmarin mengundang macam-macam reaksi.

Sumber dalaman PAS, ada ahli-ahli mendesak PAS Pusat mengambil tindakan terhadap Azizan ni akibat perbuatan berbaik-baik dengan pemimpin kerajaan BN. 

Walaupun tiada kenyataan rasmi dari PAS Pusat, PAS diatakan sedang meneliti desakan tersebut.  Teman rasa PAS tak berani nak ambil tindakan terhadap Azizan ni. Teman pasti PAS Pusat sedang menimbang impak kepada pengundi di Kedah. Jika Azizan diambil tindakan, for sure penyokong Azizan akan tidak berpuashati. Mungkin akan berlaku sobataj masa PRU 13 nanti.

Tapi ada pulak double standard PAS ni kan.kan.Ustaz Nasha dah diambil tindakan, macamana pulak Azizan. Isu yang hampir sama. Apa macam, ada bran?
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...