Friday 14 December 2012

DESAK DR ASRI MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA


Edisi kantoi Dr Asri lagi.  Sebelum ni teman ada mendedahkan kisah kantoi Dr Maza menuduh semua orang yang mengkritik dia ni sebagi ahli ILMU atau Ulama Muda UMNO dan UFB.  Teman sendiri pun dah bukak cerita sebenar siapa yang dituduh Dr Maza sebagai ahli ILMU tu.  Antara yang dituduh Blogger Pena Minang.  Akhirnya Ustaz Dr Fadzlan Mohd Othman dari ILMU dan Pena Minang telah membuat kenyataan menafikan fitnah Dr Maza tersebut.  Apa lagi! DR Maza kantoi lagi.  Tak baik ustaz mengata orang.Dosa tau!

Kenyataan Ustaz Dr Fadzlan Mohd Othman

Sukacita kami tegaskan bahawa mana2 kenyataan yang dibuat oleh mana2 individu atau organisasi yang tiada kaitan rasmi dengan ILMU tidak sepatutnya dikaitkan dgn ILMU walaupun ia selari dan mendokong mana2 idea dan prinsip ILMU.  Selagi mana tidak dapat dibuktikan yang individu atau organisasi itu secara pasti dan rasmi ada kaitan dengan ILMU, maka tindakan mengaitkan secara melulu septi ini boleh dikira sebagai satu fitnah.

Kenyataan Pena Minang,


Sepertimana yang kami tegaskan sebelum ini, kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan iLMU / Ulama Muda UMNO. Ternyata ianya adalah satu FITNAH kepada organisasi kami (Pena Minang) dan iLMU apabila Pengerusi ULAMA MUDA UMNO / iLMU membuat kenyataan terbuka yang menafikan sebarang kaitan iLMU dengan Pena Minang atau mana-mana organisasi / individu yang dilihat cenderung kepada kenyataan iLMU / ULAMA MUDA UMNO dalam hal-hal tertentu. 

Sepertimana yang kami tegaskan, we are seperate entity. Walaupun kami kelihatan menyokong atau cenderung dengan kenyataan iLMU, tak bermakna kami bersama-sama mereka. (Lihat Pena Minang)

Teman rasa wajar Dr Maza buat kenyataan terbuka permohonan maaf kepada ILMU dan UFB.  Secara terang-terangan Dr Maza telah memfitnah ILMU dan UFB.  Kalau pada teman, Dr Maza ni ada unsur-unsur "Mala Fide" dan berniat jahat dengan ILMU dan UFB yang akan menjejaskan reputasi dan imej ILMU dan UFB. 

Kalau kome nak tau detail tentang ILMU, kome boleh buka website http://ilmuanmalaysia.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...