Thursday 13 December 2012

LAWAK! FARID KAMIL NAK JELASKAN ISU UNIFORM


Lawak la! Kome cuba pikio la sendiri.  Bila teman baca berita di mStar Online bertajuk "Farid Kamil Akan Jelaskan Isu Salah Guna Uniform Pegawai Keselamatan", teman nak ulas sikit la.  Sebab sebelum ni teman ada mengulas isu pakaian keselamatan DISINI dan petikan ruangan pojok diva di Kosmo Online.  Teman bukan apa, sebab isu ini pada teman agak berat jugak.  Bukan  teman nak berniat untuk menghukum atau memaksa pihak berkuasa menghukum.  Peminat-peminat Farid Kamil jangan pulak salah faham tujuan teman mengulas isu ini yang sebelum dan selepas ini.  Panjang eh!  Teman pendekkan la.

Teman ingin memetik kenyataan jurucakap syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) berkata di Mstar Online, kenyataan yang bakal dibuat Farid itu bagi menghuraikan segala kekeliruan dan salah faham sesetengah pihak mengenai tindakan tersebut.

"Kami menyedari mengenai pertikaian berhubung uniform yang dipakai Farid tempoh hari dan ia sebenarnya adalah satu masalah kecil,"

Teman tak nampak isu ini adalah perkara kecil.  Kecil ke? Lawak la jurucakap MIG ni.  Jika mengikut kesalahan tersebut, Farid kamil boleh dikenakan dakwaan dibawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 511 akta yang sama membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.  Dan sebelum ini ada beberapa kes yang hampir sama menyamar sebagai penjawat awam telah dijatuhkan hukuman paling kurang dengan dendaan RM4,000 dan ada yang telah dipenjarakan.

Teman cuma nak berikan beberapa isu berbangkit aje.  Teman tau, Farid Kamil didakwa banyak membantu PDRM.  Maklum lah, Farid kamil mengetuai satu NGO yang didakwa mempunyai ramai ahli seluruh Malaysia.  Persoalannya, pada yang rakyat biasa yang tiada apa-apa, yang tiada mengetuai NGO-NGO yang ramai ahlinya mungkin dihukum atau didenda.  Sekali lagi teman nak nyatakan, niat teman supaya tidak ada hukuman double standard kepada sesiapa pun.  Orang ni tak pa, orang lain tak boleh.  Cer citer..maaf tumpang lalu nyer..heee..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...