Thursday 13 December 2012

APA LAGI ANWAR IBRAHIM NAK SPIN? CUBA TRY TEST TENGOK

Pening aku, apa lagi aku nak spin ni!


PUTRAJAYA: Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menarik pelaburan RM12.3 bilion dan mewujudkan 16,335 pekerjaan sehingga ini, kata Ketua Eksekutif (CEO) Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq. 

Tahun lalu, katanya wilayah itu menarik pelaburan RM9.9 bilion dan mewujudkan 10,369 peluang pekerjaan. 


Beliau berkata pelaburan utama diperoleh dari sektor pertanian dan pembuatan, dengan penyertaan kukuh dari pelabur Jepun. 

"Penyertaan sektor swasta tempatan di dalam wilayah ekonomi itu berkembang kepada 39 peratus daripada 19.4 peratus pada tahun lalu," katanya selepas bertukar-tukar memorandum perjanjian (MOA) dengan empat syarikat, yang disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini, hari ini. 

Syarikat itu ialah Cypark Resources Bhd, Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd, TS Solartech Sdn Bhd dan Toyo Tires Manufacturing (M) Sdn Bhd.

MOA itu menyaksikan syarikat berkenaan, yang terlibat di dalam sektor tenaga diperbaharui dan kenderaan motor, mengembangkan perniagaan masing-masing dengan membina kilang baru dan meneroka peluang baharu di dalam wilayah ekonomi itu. 

Sepanjang tahun ini, katanya NCIA telah melaksanakan 26 "engagement" dengan sektor swasta, 58 inisiatif peringkat sektor dan enam inisiatif logistik wilayah. 
Katanya wilayah itu dijangka menerima limpahan RM500 juta dari sektor swasta tempatan pada tahun depan. 

Katanya penyertaan sektor swasta dijangka sekitar 25 peratus dengan mewujudkan 8,000 peluang pekerjaan. 

Redza berkata NCER akan memasuki fasa pembangunan kedua pada tahun depan sehingga 2020 bagi mencatatkan asas kukuh menjadikan wilayah itu wilayah ekonomi berkelas dunia menjelang 2025. 

"NCIA akan mengkaji meningkatkan penglibatan sektor swasta, yang termasuk mewujudkan rangkaian perniagaan dengan memupuk hubungan asing dan domestik." 

"Matlamat akhirnya ialah untuk membawa pertumbuhan dengan ekuiti sosial di dalam koridor utara dengan menjadikannya satu wilayah yang dipelbagaikan yang terkemuka di segi kluster perniagaannya, dengan penjanaan kuasa membeli melalui usaha mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan," katanya. 

Antara usaha lain yang akan dilaksanakan pada tahun depan termasuk 36 inisiatif penyelidikan dan pembangunan, 16 inisiatif kluster, dua inkubator yang beroperasi dan 16 inisiatif pemangkin bagi menjana penyertaan sektor swasta, katanya. 

Sebelum itu, Redza mengadakan pertemuan dengan Najib bagi membincangkan perkembangan dan hala tuju NCER. 

"Perdana Menteri juga memberikan lampu hijau dan beliau sangat berpuas hati," katanya. 

Redza berkata pertemuan itu juga menetapkan sasaran pelaburan bagi tahun depan, tetapi beliau enggan mendedahkan angka berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...