Showing posts with label Politik BN Datuk Dr Mohd Asri Ustaz Fathul Bari. Show all posts
Showing posts with label Politik BN Datuk Dr Mohd Asri Ustaz Fathul Bari. Show all posts

Saturday, 5 January 2013

KANTOI: Dr Mohd Asri Terguling Badak


Teman dan lama tak usik Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri. Ye la! termimpi-mimpi pulak dengan Dr Mohd Asri ni, teman rindu kot! heee.. Teman tengok tweet dia ni, jadi la. Kalau diikutkan tweet Dr Asri aka @realDrMAZA ni, habis sentario negara memenuhi jemputan ceramah. Kira hebat la jugak dia ni. Semua rakyat Malaysia jemput beri tarbiah dan menyebarkan ilmu. Mungkin setanding dengan Ustaz Pelawok Azhar Idrus. Wah hebat nya!

Teman tabik la dengan Dr Mohd Asri ni, sebab dapat perhatian yang mendalam daripada Anwar China Doll. Jadi calon, jadi calon. "Hadiah" Anwar China Doll untuk Dr Mohd Asri menjadi penyerang utama ILMU dan Ustaz Fathul Bari (UFB). Mungkin kerusi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang jadi idaman tak pun jawatan Naib Canselor Institut Pengajian Tinggi (IPT) jadi igauan. Weh! Ada hati ek!

Teman juga nak ucapkan tahniah pada Dr Mohd Asri ni sebab serangan bertubi-tubi  melakukan 'character assassination' kepada seteru-seterunya apabila kantoi tak boleh nak bagi jawapan atau bilamana ideologi pegangannya ditegur. Bagus la ustaz buat selalu, boleh la lepas ni dapat "hadiah" tanah berekar-ekar dari Nik Aziz. 

Teknik serangan MAZA OXFORDI (Pena Minang bagi gelaran tu, bukan teman weh!) kepada ILMU dan UFB menjadi kronologi dan ajaran songsang persis Tok Guru Dr Mohd Asri iaitu Anwar China Doll. Label melabel menjadi agenda yang sama Dr Mohd Asri dan Anwar China Doll. Antara label-label yang hebat kepada yang menyanggah pendapat dan pandang beliau adalah : LITERALIS dan MADKHALIS. Hebat! hebat! Teman tak boleh lawan weh! Serupa macam ANWARANIS. Teman nak cadang pada Dr Mohd Asri buat satu label, DOLLALIS, lagi sedap dan mengancam sesuai dengan Anwar China Doll. Tak gitu?Auwwww..

Kalau kome nak tau pendedahan terperinci, kome buka penaminangreturn.blogspot.com.

-

Monday, 31 December 2012

VIDEO BONGKAR: PAS DIRESAPI SYIAH SESAT


Teman rasa bukti-bukti dan penularan Syiah di dalam PAS bukan lagi rahsia. Tindak tanduk PAS kebelakangan ini jelas menunjukkan PAS telah dipengaruhi Syiah yang merosakkan. Teman nak kome tengok video yang menjelaskan fakta-fakta dan bukti-bukti yang dibangkit oleh Ustaz Fathul Bari. Cuba dengar dulu sebaik mungkin, cuba lapangkan dada dan buka minda.

Adakah ulama PAS berani menjawab kenyataan ini?


-

Monday, 24 December 2012

DEDAH: DR MOHD ASRI BUAT MEROYAN

Siapa kat sebelah tu?

Teman nak usik lagi Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.  Jangan marah ye.  Nanti kena jual!..Beberapa tweet Dr Mohd Asri @realDrMAZA melihatkan watak sebenarnya.  Keghairahan dan terujanya kepada seseorang tokoh hingga sanggup menjatuhkan kewibawaan dan imej seseorang yang lain.  Apakah niat sebenar Dr Mohd Asri ini.  Pada teman, adalah tidak wajar seorang bekas Mufti Perlis dan bergelar ustaz berbuat demikian.  Tak dosa ke ustaz? ke dapat pahala? heee..

Jom kita sama-sama lihat tweet Dr MAZA yang diagung-agungkan pengikutnya.  Lapangkan dada, buangkan emosi dan berfikir secara matang.
Apa masalahnya?

Yang ini tweet bermaksud apa?  Ada sesuatu yang ingin disampaikan?  Ustaz nak tuju kat siapa lagu ni?  Kalau nak kata Lagu Siti Norhaliza, tak pulak teman pernah dengar.  Kalau lagu Rock Kapak pun teman tak pernah terlepas.  Agak-agak teman, lagu syair perindu la kot.ish.ish ustaz, pandainya ustaz bersyair pulak ye..heee..ustaz mintak peace...

-

Sunday, 23 December 2012

GEMPAR: ALIEN DATANG CERAMAH DR MOHD ASRI


Teman malas nak cerita panjang.  Gambar menceritakan segala-galanya.  Kome tengok tengok la tweet Dr Mohd Asri @realDrMAZA ni.  Tapi yang teman nak gelak ada yang komen tweet Dr MAZA ni sampai teman tak tahan gelak guling-guling.. 
Kesian tengok ustaz.  Tak ada sape pun nak cover story ustaz ni.  Ustaz tweet aje la kat twitter tu. Tapi ustaz, tak riak ke namanya tu!  Melimpah sampai melaut orang datang la ustaz..

Lawak la..Betul ke ustaz ada alien datang sekali?  Fuh! Dah kira class gitu, tak pernah lagi Alien join mana-mana konvensyen atau ceramah lagi di Malaysia.  Kira ustaz dah class giler la macam ni..heee..peace ustaz..


-

Thursday, 20 December 2012

CERITA PELIK: Dr Mohd Asri Main Kayu Tiga Denga PAS



Teman suka jugak Dr Mohd Asri @realDrMAZA menghentam isu Amanat Haji Hadi.  Tapi teman menjadi musykil, teguran Dr Mohd Asri ni seperti ada udang sebalik batu.  Cuba kome amati betul-betul petikan DR Mohd Asri yang teman ambil dari Sinar Harian,

“Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.

“Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini,” 

Teman melihat dari banyak sudut. Pertama, sejauhmana ahli PAS tidak mengamalkan amanat tersebut sedangkan hampir di dalam semua ceramah PAS merujuk Kerajaan BN sebagai zalim dan kejam.  Tidak ketinggalan jugak masih lagi PAS menuduh UMNO sebagai kafir.  Ditambah pulak dengan Cyber Trooper yang pro PAS dan ustaz dan ustazah segera PAS sering mengungkap perkara yang sama (zalim, kejam dan kafir) berkali-kali hingga menjadikan ungkapan Amanat Haji Hadi sebagai "trademark".  Jadi, apa niat Dr Mohd Asri berkata begitu?

Kedua, teman mempertikaikan keikhlasan Dr Mohd Asri begitu beriya-iya untuk memastikan pencerahan masyarakat dibuat oleh Hj Hadi.  Dengan erti kata lain, supaya orang Melayu boleh menerima PAS dan PAS akan dianggap sebagai satu-satunya Parti memperjuangkan Islam.  Mungkin Dr Mohd Asri sedar, PAS telah mendoakan kemusnahan Parti lawan iaitu BN dan telah membuat kenyataan secara terbuka menerima golongan Syiah dan Khawarij masuk ke dalam Parti PAS.  Teman rasa pastinya, Dr Mohd Asri telah maklum  perkara ini.  Tak gitu? 

Apa niat sebenar Dr Mohd Asri ini?  Teman yakin ada sesuatu yang diidam-idamkan.  Ada pelbagai kemungkinan. Pertama, Dr Mohd Asri juga memperjuangkan untuk golongan Syiah dan Khawarij. Kedua, Dr Mohd Asri mempunyai cita-cita menjadi calon PAS dan ketiga, Dr Mohd Asri menjadi senjata PAS yang baru untuk membunuh karektor ulama yang pro UMNO.  Tapi teman nak pesan kepada PAS, "You've took a wrong person".
-

Tuesday, 18 December 2012

BREAKING NEWS: BUKTI PARTI PAS PEMBUNUH SENYAP USTAZ FATHUL BARI DIDEDAH



Teman tak terkejut bila Pas mula mengelabah dengan Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, CEO Ilmuan Muda UMNO (ILMU).  Sejak Ustaz Fathul Bari menonjol dan membidas isu-isu berkaitan akidah dan fahaman golongan tertentu di dalam Parti PAS, berbagai-bagai cara deme gunakan untuk membunuh karektor Ustaz Fathul Bari.  PAS sememangnya mengetahui pengaruh Ustaz Fathul Bari dan ILMU begitu menggugat kedudukkan PAS dikaca mata rakyat hingga terbongkar segala penyelewengan akidah lari dari amalan Sunnah Wal Jamaah.  Malah, Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri @realDrMAZA dilihat senada dan bersengkongkol dengan PAS menghentam Ustaz Fathul Bari dan ILMU.  Keberanian Dr Mohd Asri menghentam Ustaz Fathul Bari, ILMU dan UMNO mendapat perhatian Anwar China Doll.  Dr Mohd Asri yang bercita-cita ingin menjadi Menteri Kabinet Pakatan Rakyat akhirnya telah ditawarkan untuk menjadi calon Pilihanraya.  Walaupun wayang gambar yang dimainkan Dr Mohd Asri menolak pelawaan tersebut, tidak dinafikan bukanlah secara mutlak.

Sejak Dr Mohd Asri dihentam dan digomol oleh beberapa blogger khususnya Pena Minang Return dan teman sendiri, PAS sudah mengubah strategi untuk menghentam dan membunuh karektor Ustaz Fathul Bari dan ILMU.  Kali ini PAS menggunakan strategi jahat dan mewujudkan satu Page Palsu ILMU yang bergelar Ilmuan Muda UMNO (ALAU).    Ada yang telah tertipu dengan page palsu ini.  Page ini berniat jahat dan berperangai seperti syaitan dengan memburuk-burukkan reputasi dan imej Ustaz Fathul Bari.  Kewujudan Page Palsu Ilmuan Muda UMNO ini telah disedari lebih awal, tetapi sengaja dibiarkan bagi melihat siapa sebenar dalang disebalik Page Palsu ini.  

Setelah diasak dan amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap admin Page Palsu Ilmuan Muda UMNO ini, terus kecut telor menukar logo dengan menambah sedikit diruang atas logo sebenar.Tau pun takut.  Jahatnya deme ni.
Lagi syok ada orang lain pulak yang kantoi.  Yang menariknya, tiba-tiba Dr Mohd Asri terus pick up isu yang dibangkitkan oleh Page Palsu ILMU ini.  Kebetulan kan..kan?  Menarik sungguh ulasan Dr Mohd Asri ni..

Terbongkarnya penglibatan PAS sebagai dalang isu ini, apabila Haramkah Daily mengutip isu ini secara tiba-tiba semalam.  Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Noor bangkit jadi hero bercakap tentang isu yang dibangkit dalam Page Palsu ILMU tersebut.  Kebetulan kan..kan?


Pelik kan.  Pemuda PAS kutip cerita ni berasaskan Page Palsu Ilmuan Muda UMNO!   Hanya selang beberapa hari sahaja rententan dan rangkaian jahat PAS diatur seperti secara kebetulan.  Lawak la! Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Noor ni ustaz ke?  Ustaz celup je.  Graduan ekonomi Universiti Malaya semata-mata bercakap tentang hukum hakam dah kira hebat jugak la. Malah bukan anak usrah elit PMIUM pun semasa di kampus.  Ini la salah satu produk Ustaz Segera PAS, hanya menyempitkan definisi khawarij hanya pada zaman Saidina Ali.  Teman nak gelak jugak, Riduan Mohd Noor sendiri buat page palsu dan sendiri pulak jadi hero.  Kantoi la Pemuda PAS..Boleh jadi calon deme ni..Teman nak pesan la, kalau baru belajar berpolitik, tak usah la buat kerja bodoh ni.  Malu la..Inikah Parti yang didakwa Islam. chittt!!!

Esok sambungan seterusnya pembongkaran lagi meletup..Tunggu...
-

Friday, 14 December 2012

EDISI KANTOI DR ASRI: SAH LA MENIPU!


Teman tau nak kata apa.  Teman ni kalau orang bergelar ustaz atau ustazah ni, teman memang respect tapi tengok keadaan la jugak.  Kalau dah merepek tak tentu hala, teman pun bantai!  Kalau cakap pun dah "diluar tabii" memang la teruk teman kerjakan.  Ini lagi edisi kantoi Dr Mohd Asri @ realDrMAZA mengenai perjumpaan beliau dengan Anwar China Doll yang beliau nafikan, buat derk je ustaz ni..

Ini twitter Dr Maza yang kantoi.  Geng Pena Minang ni nakal la! Sian tengok ustaz.  Kan dah kena block..heee..peace..  Dalam twitter Dr MAZA nafikan tapi bukti video yang mengaku ada berjumpa dengan Anwar China Doll dah berselerak.  Macamana tu ustaz?eh!eh! Ustaz, tak baik tau main konar-konar.  Dosa ustaz weh!Kome tengok la video pengakuan Dr Asri ni..Kome nilai la..




-

DESAK DR ASRI MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA


Edisi kantoi Dr Asri lagi.  Sebelum ni teman ada mendedahkan kisah kantoi Dr Maza menuduh semua orang yang mengkritik dia ni sebagi ahli ILMU atau Ulama Muda UMNO dan UFB.  Teman sendiri pun dah bukak cerita sebenar siapa yang dituduh Dr Maza sebagai ahli ILMU tu.  Antara yang dituduh Blogger Pena Minang.  Akhirnya Ustaz Dr Fadzlan Mohd Othman dari ILMU dan Pena Minang telah membuat kenyataan menafikan fitnah Dr Maza tersebut.  Apa lagi! DR Maza kantoi lagi.  Tak baik ustaz mengata orang.Dosa tau!

Kenyataan Ustaz Dr Fadzlan Mohd Othman

Sukacita kami tegaskan bahawa mana2 kenyataan yang dibuat oleh mana2 individu atau organisasi yang tiada kaitan rasmi dengan ILMU tidak sepatutnya dikaitkan dgn ILMU walaupun ia selari dan mendokong mana2 idea dan prinsip ILMU.  Selagi mana tidak dapat dibuktikan yang individu atau organisasi itu secara pasti dan rasmi ada kaitan dengan ILMU, maka tindakan mengaitkan secara melulu septi ini boleh dikira sebagai satu fitnah.

Kenyataan Pena Minang,


Sepertimana yang kami tegaskan sebelum ini, kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan iLMU / Ulama Muda UMNO. Ternyata ianya adalah satu FITNAH kepada organisasi kami (Pena Minang) dan iLMU apabila Pengerusi ULAMA MUDA UMNO / iLMU membuat kenyataan terbuka yang menafikan sebarang kaitan iLMU dengan Pena Minang atau mana-mana organisasi / individu yang dilihat cenderung kepada kenyataan iLMU / ULAMA MUDA UMNO dalam hal-hal tertentu. 

Sepertimana yang kami tegaskan, we are seperate entity. Walaupun kami kelihatan menyokong atau cenderung dengan kenyataan iLMU, tak bermakna kami bersama-sama mereka. (Lihat Pena Minang)

Teman rasa wajar Dr Maza buat kenyataan terbuka permohonan maaf kepada ILMU dan UFB.  Secara terang-terangan Dr Maza telah memfitnah ILMU dan UFB.  Kalau pada teman, Dr Maza ni ada unsur-unsur "Mala Fide" dan berniat jahat dengan ILMU dan UFB yang akan menjejaskan reputasi dan imej ILMU dan UFB. 

Kalau kome nak tau detail tentang ILMU, kome boleh buka website http://ilmuanmalaysia.com/

-

Wednesday, 12 December 2012

DR MAZA: TAK HABIS HABIS LAGI KE?


Bila teman cerita pasal Dr Mohd Asri, teman nampak ada jugak orang melenting.  Tak pa la.  Teman cerita apa yang teman nampak.  Apa yang teman tau.  Cuma teman tertanya-tanya jugak, kenapa la Dr Mohd Ari aka @realDrMAZA begitu cemburu sangat dengan ILMU dan UFB.  Sikit-sikit ILMU dan UFB mesti kena smash maut punya.  Mana-mana orang yang kritik dan komen dia, mesti dia kata budak ILMU atau UFB.  Pada hal tak pun, deme ni orang biasa je macam teman.  Cuba kome try pikio elok-elok.

Teman rasa patutnya Dr MAZA bawak la berbincang dengan ILMU atau UFB.  Pendapat mungkin berbeza, Guru lain-lain, sudah pastinya mempunyai alasan yang tersendiri.  Masing-masing akan mengeluarkan nas-nas untuk menyokong hujah masing-masing.  Teman nak petik kata-kata Ustaz Fathul Bari, "kalau kita tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat, bukan bererti kita menyerang seseorang.  Kita berhak mengkritrik pandangan dan idea". Cari  lah titik pertemuan antara satu sama lain. Untuk kepentingan Islam.

Petikan Ustaz Fathul Bari yang ini teman yang paling suka,

"Mungkin ada beberapa pendapat dan pandangan kita yang tak selari dalam hal-hal yang tertentu, saya kira kita raikan perselisihan."

Harap-harap DR MAZA cari jalan penyelesaian, bukan cuba melaga-lagakan dan mengelirukan orang ramai.Wallahuaqlam..ustaz peace nye..heee

-

Tuesday, 11 December 2012

HINA RAJA PERLIS! CUBA BACA TWITTER @realDrMAZA


Hah! Ni apa pulak Ustaz.  Biar bebenor la ustaz.  Cuba jangan tambah lagi kerohkan keadaan.  Dr Mohd Asri dah join Parti Anti Monarki (PAM) la pulak.  Budak yang jemput ni @wanji_bakistani.  Adoi, bahaya ni ustaz.  ish..ish. Ini cubaan untuk menghina Raja-Raja Melayu dan derhaka ni ustaz.  Gelaran Datuk yang ustaz dapat tu daripada Raja Melayu jugak.  Raja Perlis yang kurniakan kat ustaz.  Jadi macam ustaz menghina Tuanku Raja Perlis.  

Budak @wanji_bakistani ni pulak, dengo citer nak tunggu masa je masuk lokap.  Ustaz nak ikut dia sekali ke?  Silakan..heeee..

-

LAGI KANTOI! DR ASRI MAIN LEPAS CAKAP @realDrMAZA @PenaMinang

Cium la ustaz, dapat syurga tu!
Teman rasa malu jugak.  Seorang bergelar ustaz dan juga bekas Mufti Perlis, ada pulak phd,pun boleh kantoi dengan mudah.  Teman kesian jugak dengan ustaz ni.  Tweet pulak tu, semua orang tengok.  Teman apa lagi, buat screenshot la.  Biar kome tau siapa ustaz ni.  Asyik-asyik nak salahkan Ulama Muda UMNO @ ILMU.  Tak keje lain ke nak kata kat orang.  Siapa yang kritik dia, siapa yang tak sealiran dengan dia, ahli ILMU la deme.  Kalau ayam itik dia kena curi pun, ILMU la yang curi..opppss..Kenapa sakit hati sangat denga Ulama Muda UMNO ni.  Teman pun dah sakit mata..heeee

Baru-baru ini dengan Blogger Pena Minang yang Dr MAZA dakwa sebagai Ulama Muda UMNO.  Berkisar kisah Pena Minang mentweet kenapa Dr MAZA tak tawar diri ke Gaza.


Alih-alih dakwa Pena Minang adalah ulama muda umno.  Menurut sumber, Blogger Pena Minang bukanlah Ulama Muda UMNO @ ILMU.  Tak ada kaitan dengan ILMU. Jadi, Dr MAZA kantoi lagi.  Teman nasihat ustaz, sebelum buat apa-apa tuduhan, siasat la dulu.  Tak baik tau kata-kata orang..dosa tau!.heee..peace2x..
-

Monday, 10 December 2012

HOT VIDEO!Azhar Idrus Label Al-Dajjal Kepada Dr Asri @realDrMAZA


Hah! Ustaz pelawok ni pulak dah masuk campur.  Ustaz Azhar Idrus label Dr Mohd Asri sebagai Dajjal.  Weh!  teman bab ni tak campur le.  Teman mana le ada tauliah nak label-label orang lain Dajjal ke, KO ke? boleh masuk syurga ke?  Ustaz Azhar Idrus boleh la sebab Nik Aziz yang bagi tauliah.  Nik Aziz dah bagi syurga kat UAI.  Apa nak lagi! heee..

Dalam video ni antara komen-komen Ustaz Fathul Bari dan UAI tentang hukum beramal dengan hadis daif yang dibangkitkan oleh Dr Mohd Asri.  Saksikan..Selamat beramal...peace ustaz..



-

DEDAH: SIAPA SEBENARNYA DR MOHD ASRI @realDrMAZA


Teman nak petik lagi Datuk Mohd Asri sebab teman pun terkejut beruk bila tau cerita ni.    Teman dah buka sikit-sikit sebelum ni (rujuk SINI, SINI, dan SINI ). Banyak lagi yang teman nak singkap dan selak satu persatu.  Pelan-pelan.  Teman nak kome nilai sendiri siapa Datuk Dr Mohd Asri ni.  Siapa dia sebenarnya. Teman nak kome baca pendedahan ni dan kome tafsirlah.  Biar kita berlapang dada dan jangan cepat melatah.  Bismillah dulu ustaz...peace..


Dr Maza tidak setanding Dr Ali Juma'h 

Saya rasa tersentak apabila ulama' idola pelajar-pelajar Al-Azhar Mufti Mesir dikritik kasar oleh Dr Asri Zainul Abidin di laman beliau http://drmaza.com/home/?p=1354. Dr Maza sepatutnya menilai terlebih dulu ilmu yang beliau miliki dan mengkaji punca seseorang ulama' mengeluarkan fatwa sebelum melemparkan fitnah dan tuduhan kepada Ulama' mujtahid yang kini dilantik menjadi mufti Mesir. Dr Maza juga sebelum ini dengan mudah memperlekeh Syeikh Ramadan Al-Buti dengan mengatakan "Al-Buti ulama' kerajaan". Saya nasihatkan Dr Maza perlu berhenti "kurang ajar dengan ulama"

Seandainya anda sampai ke Masjid Al-Azhar, boleh dikatakan majoriti-majoriti syeikh-syeikh yang mengajar di sana murid kepada Dr Ali Juma'h. Keilmuan beliau jelas lebih tinggi daripada Dr Maza. Saya rasa Dr Maza perlu  mengetepikan fahaman tauhid yang di pegang oleh beliau dan tidak menjadikan ianya dasar umtuk menghentam ulama'2 yang tak sehaluan dengan beliau.

Sebab Dr Ali Juma'h suruh rakyat Mesir pulang ke rumah

Pada awal demonstrasi Dr Ali Juma'h telah diminta untuk mengeluarkan fatwa tentang demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Mesir tetapi beliau enggan menunjukkan sokongan beliau kepada rovolusi yang cuba dilakukan oleh rakyat Mesir

Selepas Husni Mobarak mengumumkan beliau tetap akan  mengekalkan jawatannya timbul satu kumpulan demonstrasi pro Husni Mubarak. kumpulan ini telah bertindak ganas dengan menyerang kumpulan yang menentang Mubarak. Kesannya wujud pertempuran  antara kedua-dua kumpulan lantas menyebabkan kematian dan kecederaan. layari http://gate.ahram.org.eg/News/36551.aspx

Ketika itulah Dr. Ali Juma'h mengeluarkan fatwa supaya peserta-peserta demonstrasi pulang ke rumah bagi mengelakkan pertumpahan darah terus terjadi sesama muslim kerana tidah mahu mereka tergolong dalam golongan ahli neraka sepertimana sabda nabi: " Pembunuh dan orang yang dibunuh akan masuk ke neraka."

Tuduhan Dr Maza amat tidak berasas, beliau tidak melihat situasi di Mesir ketika itu. Tuduhan beliau yang mengatakan Dr Ali Juma'h hanya berfatwa perkara-perkara furu' dalam feqh dan ilmu kalam perlu dikaji, kerana Asri bukanlah anak murid Dr Ali Juma'h, jauh lagi kalau nak digolongkan orang yang sentiasa berada di samping Mufti Mesir. 

Insaflah..

Saya amat berharap Dr Maza bertaubat, insaf terhadap kelancangan beliau dan meminta maaf kepada semua ulama' yang telah diperlekeh oleh beliau. Dr Al-Qaradawi yang menjadi tokoh pujaan Dr Maza amat beradab ketika bercakap dihadapan Dr Ali Jumaa'h dan Dr Ramadan Al-Buti, Saya rasa Dr Asri perlu lebih beradab...

Kome boleh rujuk kat SINI
-

Sunday, 9 December 2012

DEDAH LAGI: DATUK ASRI BUKAN MAIN MARAH FATHUL BARI


Teman cuba cari-cari kat merata tempat, mengapa Datuk Dr Mohd Asri melenting sangat dengan Ulama Muda UMNO.  Pelan-pelan jumpa satu-satu.  Ye la.  Isu ni mungkin dah lam.  Cuma teman nak menyingkap sebab dan musabab mengapa Datuk Dr Asri begitu lantang menyerang Ulama Muda UMNO.  Setiap tohmahan perlukan jawapan pasti.  Kalau mike dah menuduh, tentunya kena bagi Ustaz Fathul Bari jawapan sebab soalan tersebut secara direct kepada Ulama Muda UMNO.  Jadi, salah ke?

Kisah kenyataan Datuk Dr. Asri Zainal Abidin memberikan jawapan yang pedas kepada Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Mat Yahaya berhubung dengan kenyataan ulama muda itu yang menolak hujah Dr.Asri bahawa ulama yang menyertai UMNO telah hanyut.

Dalam mesej twitter Datuk Dr Asri menyelar Ustaz Fathul Bari kerana tak hadir wacana yang dirancang.  Datuk Dr Asri ni asyik main hentam aje.  Sebagai Bekas Mufti Perlis dan orang berilmu, wajarlah memberi ruang mengenai perbezaan pendapat.  Setiap orang berhak  memberi pandangan walaupun berbeza.  Sebagai orang biasa, teman pun rasa  kita pun matang dalam berbicara dan berdiskusi.  Fikir-fikirlah..
-

PANAS! DR ASRI KENA TENGOK VIDEO NI! MESTI BARA


Teman dapat satu video, nasihat kepada Datuk Dr Mohd Asri daripada Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, CEO Sekratariat ILMU.  Harapan supaya Dr Asri lebih matang dalam berbicara dan dalam berbincang.  Kalau kita tidak setuju dengan sesuatu pendapat, tidak semestinya kita berperang.  Sepatutnya Dr Asri lebih matang dan jangan jadi seperti Abdullah Bin Saba'.  Jangan melaga-lagakan orang ustaz..peace..

Kome yang mendengar haruslah berlapang dada dan ikutilah video ini.  selamat beramal..


-

Saturday, 8 December 2012

HOT! SEBAB INI LA KOT DR ASRI MARAH ULAMA MUDA


Teman cuba mencari-cari punca mengapa Datuk Dr Mohd Asri sering menempelak Ulama Muda UMNO atau ILMU secara terus ataupun sinis.  Begitu juga dakwaan beliau melalui twitter berkaitan isu beliau menafikan untuk menjadi calon Pilihanraya mewakili PKR.  Teman telah cuba mencari jawapan ruang lingkup yang agak luas, mungkin memerlukan masa dan kupasan satu persatu, mungkin agak panjang.  Kalau masa teman mengizinkan, mungkin boleh dihuraikan.  Buat permulaan satu klip video Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, CEO Sekretariat ILMU boleh menggambar serba sedikit mengapa ianya berlaku.

Teman mintak kome cuba mendengar dengan mata hati yang terbuka, supaya kome dapat jawapan awal mengapa ianya berlaku!  Selamat beramal..heee


-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...