Saturday 15 December 2012

PANAS: MUSTAFA ALI BANTAH ANWAR JADI PERDANA MENTERI



Uiks! Macam mana ni!  Kata dah ada keputusan konsensus dalam Pakatan. Eh! Eh!  Biar betul!  Kalam macam gini boleh melepas la cita-cita Anwar Cina Doll nak jadi Perdana Menteri.  Bukan ke hari dah setuju! Hari ni cakap lain pulak!  Betul kome ni pembelit, mengalahkan ular lagi.  semuanya kome nak belit.  DAP cakap lain, PAS cakap lain, PKR lagi la pulak, jadi lalang je la.  Ikut mana yang kuat.  Parti apa namanye ni, parti camarba.  Orang macam gini kome nak percaya ke?  Kuat penipu nye.  Jangan tertipu dengan taktik kotor Pakatan Rakyat hanya nak mendapat undi simpati. 

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata calon yang layak dipilih sebagai perdana menteri dalam pakatan pembangkang hanya boleh diputuskan selepas proses penamaan calon pilihan rayaumum ke-13 kelak.

Beliau berkata, calon perdana menteri itu mesti dipilih dalam kalangan calon yang bertanding dan menang dalam pilihan raya berkenaan.

"Saya fikir masa paling baik untuk mengumumkannya ialah selepas penamaan calon kerana orang yang mahu menjadi perdana menteri perlu dipilih. Dia mesti jadi calon (pilihan raya) dan menang baru boleh (dipilih jadi perdana menteri)," katanya kepada pemberita pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di sini, Sabtu.

Mustafa diminta mengulas pandangan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mengulangi sokongannya kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Karpal Singh berkata demikian dalam ucapan aluannya pada kongres itu.

Mustafa berkata, PAS masih belum boleh memberi kata putus berhubung perkaraberkenaan dan tidak pasti sama ada sokongan Karpal itu merupakan pendirian DAP. - BERNAMA

2 comments:

  1. salam.. mohon pautkan blog saya ke blog tuan..ini link blog saya http://sangkakalajari9.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...