Friday 14 December 2012

HOT! 308 ORANG JADI 308,000 ORANG, MACAM NASI TAMBAH JE


Syoknye main tambah-tambah.  Dari 308 orang jadi 308,000.  Ish..Ish..tambah 000 kat belakang je.  Baik punya.  Angka ada, tapi tak timbul pun 308,000 orang tu?  Dimana ye!  Ada kat rumah la kot! Yang datang demo hari tu pun berapa kerat je.  Mana lagi? Pakatan Rakyat ni dah terkenal denga fitnah.  Dah menjadi trade mark Pakatan Rakyat memang suka memfitnah.  Deme ni tau, kalau beberapa isu keluar sikit, bagi saja angka-angka tertentu, mesti ada orang percaya.  Mudahnya deme ni menipu.  Maklum la Pilihanraya dah dekat..Kalau berani bagi la senarai nama tu! tak pun kome kutip je nama-nama bagla kat merata kan ade.heee..

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar kecil) menolak dakwaan pembangkang kononnya terdapat 300,000 kaum India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia.

Beliau yang menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘pembohongan besar’ dan bermotifkan politik berkata, hanya 308 permohonan diterima daripada sekumpulan kecil orang ramai yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini semalam.

“Jumlah permohonan yang disampaikan pada kita (JPN) hanya 308 permohonan, bukan 308,000. Daripada 308 permohonan, 280 permohonan untuk kad pengenalan merah dan bukan untuk kewarganegaraan.

“Ini sekali gus menunjukkan bahawa hujah yang mengatakan ada 300,000 kaum India di luar sana yang tidak ada kewarganegaraan merupakan satu pembohongan besar dan mungkin ada muslihat menjelang pilihan raya untuk mencari isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis Pendaftaran Perkahwinan Beramai-ramai Pasangan Bukan Islam bertemakan ‘Raikan Cinta 121212’ di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, N. Surendran; Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa yang mengetuai kumpulan tersebut berhimpun di hadapan ibu pejabat JPN di sini semalam berhubung isu taraf kerakyatan dan dokumen pengenalan diri kaum India.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...