Friday 14 December 2012

KERAJAAN YANG PRIHATIN: BAPA TUNGGAL PUN DAPAT BANTUAN WEH!



Ini lah kerajaan BN.  Bukan asyik berpolitik aje macam pakatan Rakyat yang asyik tabur fitnah merata-rata.  Kerajaan BN buat tak payah nak kecoh-kecoh satu Malaya.  Ini satu lagi Janji Ditepati Kerajaan BN.  Bapa tunggal pun dapat bantuan.  Ibu tunggal apatah lagi..banyak tu weh! RM2,000 seorang.

KUALA TERENGGANU – Ibu dan bapa tunggal di negeri ini akan menerima bantuan RM2,000 setiap seorang sekiranya mendirikan rumah tangga semula pada tahun hadapan.

Bantuan yang pertama kali diperkenalkan itu merupakan salah satu usaha kerajaan negeri ini untuk meringankan beban golongan berkenaan meneruskan kehidupan baharu bersama pasangan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad (gambar kecil) memberitahu, seramai 21,837 ibu tunggal dan 2,890 bapa tunggal bakal memperoleh manfaat tersebut jika mendirikan rumah tangga tahun hadapan.

“Bantuan itu membuktikan bahawa kerajaan negeri prihatin dengan golongan ibu dan bapa tunggal di negeri ini, selain menyediakan bantuan-bantuan lain agar kehidupan mereka terbela,” katanya ketika sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri, semalam.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...