“Kena letak air liur atas kepala baru senang masuk”. eeeeiii..Teman nak pesan satu je. Kalau kome nak buat apa-apa pun kat depan khalayak ramai, biar la berpada-pada. Silap kome silap bercakap ramai orang terasa. Tambah pulak cakap-cakap berunsurkan lucah dan double meaning. Padahnya pada diri sendiri jugak. Kome tengok ni apa dah jadi pada Kumpulan Balas dalam persembahan jenaka deme di Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM2012) menyebabkan mereka tersingkir. Harus diingat MLM2012 ditonton seisi keluarga dari anak kecil sehingga dewasa. Kena faham tu! Telajak perahu berundur, telajak kata padah akhirnya..ewah!!!
Cuma di antara tiga kumpulan yang sebelum ini bagai kekontangan idea, Balas menampakkan peningkatan apabila persembahan jenaka mereka di Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM2012) yang bersiaran langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam, berjaya menggeletek hati penonton.
Malangnya, Balas tersilap langkah sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan memperkatakan sesuatu berunsur ‘double meaning’ di akhir persembahan mereka sehingga menyebabkan gagal mendapat markah yang baik daripada juri yang dibarisi oleh Awie, Wulan, Lisa Surihani dan Najip Ali.
Mengimbas kembali kenyataan panas salah seorang anggota Balas sewaktu persembahan berbunyi: “Kena letak air liur atas kepala baru senang masuk”.
Situasi itu sebenarnya dijelaskan sebagai petua orang tua-tua, jika mahu ilmu senang masuk cara (“kena letak air liur atas kepala baru senang masuk”) patut dilakukan.
Bagaimanapun, gara-gara kenyataan berkenaan ia membawa padah kepada Balas sehingga menyebabkan mereka tersingkir.
Awie menerusi komentarnya, berkata: “Sebagai juri saya sendiri tidak senang dengan lawak ‘double meaning’, lawak, tetapi bunyinya kotor di telinga. Sebelum ini pun ramai penonton sedia maklum dengan persembahan Balas yang selalu ‘double meaning’. Tapi harus diingat program ini ditonton seisi keluarga dari anak kecil sehingga dewasa.”
Manakala Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai, menerusi keterangan dalam sidang media yang diaturkan sesudah usai siaran MLM2012, berkata, demi menjaga kandungan program pihaknya mewujudkan sistem pemarkahan.
“Balas ada memaklumkan kepada saya mereka tidak berniat untuk mengutarakan sesuatu berbaur fitnah. Namun, dalam keadaan tergesa-gesa menyebabkan dialog mereka tidak lengkap. Apa yang cuba dimaksudkan mereka kena letak air liur pada kepala benang baru senang masuk.”
“Apapun, kesilapan sudah dilakukan dan inilah risikonya apabila membabitkan program siaran langsung. Yang terjadi tidak boleh ditarik semula. Harus diingatkan kepada peserta supaya tidak lagi menggunakan lawak ‘double meaning’.
“Sebagai pihak penerbitan dan penyiar, Astro sangat mengambil kira sensitiviti masyarakat dan memastikan setiap program kita tidak menyinggung perasaan umum.
“Justeru itu, menerusi program MLM2012 kami wujudkan sistem pemarkahan di mana juri boleh mengurangkan markah bagi kumpulan yang membuat jenaka ‘double meaning’.
“Saya secara peribadi berpendapat, peserta sebenarnya perlu lebih kreatif dalam mencari bahan iaitu dengan membuat kajian daripada mengambil jalan singkat dengan mengenengahkan lawak murahan. Saya berasa kagum dengan kumpulan yang tidak bergantung dengan lawak murahan tetapi menggunakan isu semasa kemudian menyuntik elemen komedi dalam persembahan.
“Saywho antara kumpulan yang mempunyai kepakaran ini dan saban minggu mereka memikat rakyat Malaysia dengan mengutarakan isu yang dekat di hati masyarakat negara ini. Bagaimanapun, untuk persembahan malam ini kumpulan R2 mengejutkan juri dan persembahan mereka mendapat pujian,” katanya.
R2 bagaimanapun diumumkan lima kumpulan yang berada di tangga terbawah selain The Bandung Jokers. Pun begitu, mereka terselamat daripada penyingkiran.
Secara keseluruhan peserta kegemaran Jozan yang dianggotai Zizan dan Johan, masih lagi menguasai dan mendahului pertandingan diikuti kumpulan Jambu.
Malam bertemakan ‘Mengayat’ yang dikendalikan pengacara Datuk AC Mizal itu, turut menampilkan persembahan kumpulan Shiro, Sabon dan Boboi, iaitu tiga daripada tujuh kumpulan yang masih meneruskan perjuangan pada minggu kelima.
Sumber
mmg seronok bile kumpuln balas keluar.zsbggup nk dgr lawak kotor diorng..mohon jasa baik admin utk tidak meletakkn gmbr wanita seksi tu..
ReplyDeleteBOOSTER tu....hehehe
ReplyDeleteheeee...
ReplyDeleteNajiah Shaharain.noted..
ReplyDelete