Friday, 14 December 2012

PANAS : PAKATAN RAKYAT HINA SULTAN SELANGOR



Teman sedih jugak.  Kemaruk sungguh politik Pakatan Rakyat hingga Raja-Raja Melayu dihina sebegitu rupa.  Agenda untuk menjatuh dan mencemarkan imej Raja-Raja Melayu sering digunakan Pakatan Rakyat supaya dapat menimbulkan kebencian rakyat kepada Raja-Raja Melayu.   Itulah cara komunis yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.  Strategi Pakatan Rakyat begitu licik menggunakan orang-orang awam dan blogger cai yang dibiayai atas asas kebebasan bersuara.

Teknik dan strategi menggunakan "test and drive" adalah salah satu "Grand Design" Pakatan Rakyat bagi mengaburi mata rakyat sendiri.  Dalam tak sedar, isu-isu yang dibangkitkan hanyalah sebagai percubaan untuk melihat respon rakyat.  Sekiranya mendapat sambutan yang baik, isu ini akan dipick-up oleh pemimpin-pemimpin tertentu untuk dijadikan hero.  Dengan cara begini sahaja untuk menyelamatkan pemimpin atau parti daripada tidak terjebak dengan isu-isu menjerat diri.

SHAH ALAM 14 Dis. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita apabila terdapat pemimpin politik dan portal berita serta laman blog telah memanipulasikan titah baginda dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia Ahad lalu mengenai baginda sangat benci mendengar orang menuduhnya merupakan orang UMNO.

Baginda difahamkan kesal dengan tindakan tersebut kerana kenyataan dalam wawancara berkenaan tidak dilihat secara keseluruhannya sebaliknya diputarbelitkan untuk kepentingan sesetengah pihak.

Sedangkan dalam wawancara tersebut, Sultan Sharafuddin menjelaskan niat ikhlas baginda dalam memberikan nasihat terutama membabitkan isu-isu melibatkan perpaduan orang Melayu dan kepentingan agama Islam namun sering kali baginda ditohmah sebagai orang UMNO. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...