Thursday 7 February 2013

Rakyat akan Kekal Menyokong BN



Rakyat kini semakin yakin dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara ini berbanding selepas pilihan raya umum (PRU) 2008, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata hasil tinjauan di seluruh negara menunjukkan keadaan terkini menyaksikan rakyat mempunyai satu perasaan lebih yakin dan mempercayai kerajaan pimpinan BN dengan agak nyata.
Katanya dalam tempoh dua tahun lepas, kerajaan telah mengambil kira apa yang disuarakan oleh rakyat dan memahami aspirasi mereka.
"Kita telah dapat isyarat pada pilihan raya lalu bahawa kita perlu buat sesuatu lebih besar, lebih berkesan untuk menangani beberapa perkara pokok yang menjadi perhatian rakyat.
"Sebab itu kita memperkenalkan program tranformasi, transformasi ekonomi dan kerajaan. Bajet yang kita buat menjurus untuk membantu setiap kelompok masyarakat.
"Atas dasar itu kita lihat satu impak yang boleh dikatakan besar atas inisiatif yang kita ambil untuk membela rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia di Dewan Seri Melati, Beseri dekat sini, Khamis.BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...