Friday 22 February 2013

Tiada Halangan Penjawat Awam Sertai Politik



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak menghalang penglibatan penjawat awam dalam parti politik namun mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata satu pekeliling telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai penglibatan kakitangan awam dalam mana-mana parti politik namun mereka tidak boleh melakukannya ketika waktu bekerja.

"Sekiranya wujud dakwaan, kita perlu ada laporan secara rasmi. Pihak JPA akan menyiasat terlebih dahulu sama ada ia mempunyai asas atau tidak.

"Kita tidak boleh bertindak hanya kerana ada seseorang mengatakan individu tertentu terlibat dengan politik pembangkang," katanya ketika sesi soal jawab pada Majlis Perhimpunan Khas Timbalan Perdana Menteri bersama Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Beliau berkata sekiranya ada laporan rasmi diterima ia akan disiasat secara telus dan adil tanpa sebarang diskriminasi. (mStar Online)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...