Sunday 17 March 2013

TERKINI 17 MAC 9.20 Pagi : Dua Laras Senapang dan Enam Bilah Parang Ditemui Tinggalan Pengganas Sulu


Dua laras senapang jenis M1 Garand, enam bilah parang panjang dan lima helai seluar dalam berwarna putih adalah antara pelbagai barangan peribadi milik kumpulan pengganas Sulu yang ditemui sepanjang hampir dua minggu Ops Daulat dijalankan.

Kesemua barangan itu termasuk berpuluh-puluh pakaian celoreng pelbagai warna, but perang dan beg sandang ditemui di beberapa lokasi persembunyian kumpulan pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat sini.

Turut ditemui dua kad perakuan tentera milik pemerintah pengganas Sulu di Sabah, Komander Musa yang masing-masing menggunakan nama Habib Musa A. Abdullah dan Gen. Musa A. Abdullah.

Pada kedua-dua kad itu tertera jawatan Musa sebagai Naib Ketua Staf Tentera Diraja Sulu yang berpangkalan di Tawi-Tawi, Filipina.

Komander Musa disahkan mati ditembak dalam pertempuran di Tanjung Batu yang turut mengorbankan 30 lagi pengganas lain pada 7 Mac lalu

Sumber memaklumkan, kesemua barang itu milik pengganas Sulu yang ditemui di dalam beg yang ditinggalkan selepas mereka diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...