Monday, 18 March 2013

PANAS : Anwar Beli Bapa Untuk Kantoikan Saiful Bukhari! Kaya Der!


Pelbagai cara dilakukan oleh Pakatan Pembangkang untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada insiden pencerobohan lanun di Sabah yang menggelarkan diri mereka ‘Angkatan Tentera Kesultanan Sulu’ yang semakin hampir membongkar dalang di sebaliknya. Salah satunya adalah dengan membangkitkan semula isu liwat Ketua Umumnya yang pernah menggegarkan negara satu ketika dahulu.

Berani kerana benar, takut kerana salah dan dek kerana yakin dirinya berada di pihak yang benar, sumpah laknat telah dilafazkannya untuk menyokong kes liwat yang telah mencalarkan maruahnya. Itulah dia Saiful Bukhari Azlan yang merupakan bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berbeza dengan si tertuduh iaitu majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Ketua Umum Pakatan Pembangkang, begitu takut untuk bersumpah laknat dalam mempertahankan pengakuan tidak bersalahnya terhadap pertuduhan liwat tersebut.

Tidak sahaja takut untuk bersumpah, hendak memberikan sampel DNAnya  untuk dijalankan ujian bagi membuktikan sama ada ia berkata benar ataupun tidak pun tidak mendapat kerjasama daripada beliau.

Mengapa begitu takut sekali beliau untuk memberikan sampel yang dikehendaki mahupun melakukan sumpah laknat sekiranya beliau berada di pihak yang benar?

Kemusykilan itu sememangnya tidak menjadi satu tanda tanya lagi kini. Rakyat sudah dapat menghadam kebenarannya. Walaupun mahkamah telah membebaskan beliau daripada pertuduhan liwat tersebut di mana bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak diterima oleh mahkamah, rakyat tahu beliau sebenarnya bersalah.

Keyakinan yang ditunjukkan oleh Saiful Bukhari walaupun teruk dicerca oleh para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyakinkan ramai akan kebenaran yang cuba ditonjolkannya. Apatah lagi beliau kini kelihatan tenang dan bersemangat dan tetap berpegang kepada kenyataannya sebelum ini.

Namun, manusia tidak lari dari masalah dalam kehidupan. Dugaan juga tidak berhenti dari mendatangi manusia. Begitu juga dengan Saiful Bukhari.

Menjadi mangsa ketamakan manusia, usaha Saiful Bukhari untuk membuktikan dirinya sememangnya menjadi mangsa liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah cuba dicantas oleh orang yang paling dipercayainya.

Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari sendiri, yang sebelum ini sentiasa menemani anaknya walaupun ketika Saiful Bukhari melafazkan sumpah laknat telah berpaling tadah. Tidak cukup dengan itu, beliau khabarnya mendapat bayaran sebanyak RM1 juta sebagai balasan permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penafian akan tuduhan yang telah dibuat oleh anaknya yang kononnya telah dipergunakan oleh UMNO.

Patutkah seorang bapa mengkhianati anaknya sendiri demi wang? Jika ditanya pendapat penulis, tidak sekali-kali patut dilakukan begitu oleh seorang bapa. Tetapi mungkin bagi Azlan yang dibelenggu seribu satu masalah kewangan yang memerlukan pendana bagi menyelesaikannya, perbuatan khianat itu tidak memberi kesan apa-apa terhadapnya.

Justeru, dengan pengisytiharan Azlan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyakinkan lagi rakyat bahawa kebenaran yang cuba dilindungi oleh Ketua Umum Pakatan Pembangkang itu dilakukan dengan kuasa wang.

Kebenaran tidak akan selamanya terlindung, begitu juga dengan kesalahan yang akhirnya pasti akan menjerut leher si pelakunya sendiri kesudahannya nanti. Cuma yang menjadi persoalan hanyalah sama ada cepat mahupun lambat ia akan terserlah sahaja.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...