Saturday, 19 January 2013

Seminar Nusantara: Islam Di Asia Tenggara, Cabaran & Harapan



Tika ini Seminar Nusantara bertajuk Islam Di Asia Tenggara, Cabaran & Harapan sedang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC yang membariskan ramai ahli panel, ilmuan, tokoh Islam dan ulama terkemuka dari beberapa negara di Asia Tenggara.

Program bercorak ilmu ini merupakan anjuran bersama MyKMU.Net dengan kerjasama Persatuan Generasi Bestari (Bestari), manakala penaja utama ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Kira-kira 1,000 orang peserta dari seluruh negara akan berkampung di sini sehingga Ahad nanti untuk sama-sama menelaah dan mengupas hala tuju umat Islam di rantau ini untuk kebaikan bersama.


Ucaptama seminar ini dimulakan oleh Pensyarah terkemuka dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Sidek bin Baba malam tadi yang antara lainnya menekankan pentingnya umat Islam sama-sama mencari titik temu dalam usaha untuk memantapkan kesatuan ummah.

Beliau juga turut mengulas serba sedikit isu kalimah Allah s.w.t yang sekarang ini masih hangat diperdebatkan sambil menyeru umat Islam khususnya para peserta mengambil iktibar kesan buruk dan akibat penggunaan kalimah Allah oleh Kristian seperti yang berlaku di Indonesia.


Sementara itu sekitar jam 2.30 petang nanti Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dijadualkan hadir di PWTC serentak dengan itu akan merasmikan seminar ini di Dewan Tun Abdul Razak 1.

Kepada para pembaca MyKMU.Net yang tidak berpeluang menyertai seminar ini, anda boleh menyaksikan streaming secara langsung dari PWTC melalui link berikut menggunakan Windows Media Player atau lain-lain player yang bersesuaian.

Ikuti Live Streaming di mykmu.net


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...