Sunday, 13 January 2013

Pengarah Drama Ajak Zeehan Buat Seks? Gossip Tak Senonoh


Apa nak jadi pada dunia artis Malaysia ni. Kalau tak  ada gossip panas, tak boleh popular ke? Teman pun tak pasti samada berita gempar ni betul atau tak! Menurut laporan Kosmo, Zeehan Husin dia pernah diminta menjadi teman tidur seorang pengarah drama terkenal jika mahu mendapat watak utama. Zeehan memberitahu perangai jelik pengarah itu diketahui oleh kru produksi drama di bawah arahan lelaki tersebut.

Pada pandangan teman, Zeehan patut melaporkan kepada pihak polis sekiranya benar dakwaan tersebut. Presiden Seniman, Zed Zaidi pun mahu mangsa perlu memberanikan diri untuk tampil melaporkan kes seumpama itu dan melaporkan kes kepada Biro Aduan dan Perundangan Seniman supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.

Jika Zeehan dipihak yang benar, apa perlu ditakutkan, laporkan sahaja kepada polis dan seniman untuk diambil tindakan. Berbagai-bagai undang-undang yang ada boleh disabitkan kesalahan kepada pengarah drama tersebut. Jangan kerana nak cepat popular, nak bagi gimik supaya semua orang kenal, melalak-lalak di media pasal itu dan ini, tapi habuk pun tarak!..

Satu lagi, kalau dah mike berpakaian menggiurkan tu, macam menarik perhatian orang lain buat perkara yang tak senonoh pada mike. Mike fikir-fikirkan lah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...