Monday, 14 January 2013

KL112: Tahniah Shasa Mendoza! Mike Seorang Yang Berani


Teman nak ucapkan tahniah pada seorang remaja, model sambilan, Shasha Mendoza seorang 'bintang Twitter' dilahirkan selepas penganjuran Himpunan Beruk-Beruk di Stadium Merdeka tempohari. Teman rasa teruja kerana ketabahan dan kecekalan remaja ini menerima kritikan dan penghinaan dari cai-cai Pakatan Rakyat.

Menurut mStar Online, Model sambilan, Shasha Mendoza secara tiba-tiba menjadi sensasi di alam siber selepas menghantar tweet menyokong kerajaan. Tweet-nya berbunyi: "Kepada penyokong #KL112, jika anda tidak suka Malaysia, anda boleh keluar daripada Malaysia. Sekurang-kurangnya hargailah apa yang dilakukan oleh kerajaan.

"Anwar berjanji untuk memberikan pendidikan percuma untuk rakyat. Itu semua adalah pembohongan. Mana Anwar nak dapatkan berjuta-juta ringgit untuk bayar hutang rakyat? Fikir."

Punya la cai-cai Pakatan Rakyat terasa sungguh terus menghentam Shasha ni. Tapi Shasha punya keberanian dan kecekalan melawan kritikan cai-cai ini. Teman tabik pada mike.

Bagaimanapun pelajar universiti berusia 19 tahun berkata, kritikan ganas yang diterimanya itu tidak akan menjejaskan atau mengubah pendiriannya kepada Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak takut diserang oleh penyokong pro-pembangkang. Saya akan berdiri teguh dan masih akan menyokong kerajaan.

"Kerajaan kita sudah menyediakan pelbagai bantuan yang diperlukan rakyat termasuk pendidikan yang baik, akses yang mudah kepada kemudahan kesihatan dan elaun khas bagi golongan yang memerlukan.

"Namun ada sesetengah orang tidak menyedari perkara ini,"

Semangat yang begini lah yang kita mahu. Tahniah!..Teruskan perjuangan. Ada yang marah tu!!! heee..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...