Teman masih lagi mengulas isu di UUM. Isu Bawani agen PSM dan DAP ni tak berhenti lagi. Kenyataan Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak rasanya boleh membuka minda semua pihak. Menurut kenyataan di Sinar Harian, beliau kesal dengan insiden membabitkan mahasiswa pusat pengajian itu dan Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang heboh diperdebatkan sekarang.
Akur soalan yang diajukan oleh KS Bawani agak kasar bunyinya, Sharifah Zohra juga katanya, boleh memilih untuk menjawab secara profesional dan berhemah.
"Apa yang berlaku itu saya agak kesal kerana cara soalan itu dikendalikan, saya rasa boleh dengan cara yang lebih baik, cara soalan itu dijawab juga agak keras dan agak kasar, agak kurang sesuai.
"Saya terkilan dengan pendekatan dia menjawab soalan yang saya kira agak kurang profesional lah," ujar beliau di sini semalam.
Menurut Mustafa, soalan diajukan Bawani itu juga telah melepasi waktu sesi soal jawab, sebaliknya ketika itu sedang berlangsungnya acara cabutan bertuah.
"Masa soalan sudah habis sebenarnya tapi dia bercakap tak berhenti-henti. Panel itu cuba memberhentikan dia tetapi tidak berjaya. Jadi sebab itu berlaku seperti pertikaman lidah,"
Teman rasa video Part 1, Part 2, Part 3 perlu didedahkan untuk menggambarkan keadaan sebenar. Dimana video tu? Mengapa tidak diupload atau ada agenda tersirat atau agenda jahat pihak tertentu? Fikir-fikirkan lah!..
No comments:
Post a Comment