Sunday 13 January 2013

Polis Tahan Dua Daripada Lima Tahanan Lolos



Polis pada Sabtu berjaya memberkas dua daripada lima tahanan yang diburu sejak Isnin lepas, setelah mereka meloloskan diri ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata MohamadFarid Akhtar, 24, diberkas pukul 9 malam tadi di kawasan Kubang Semang di sinihasil risikan dan maklumat awam.

"Susulan penangkapan suspek ini polis yakin dapat menahan tiga lagi akannya dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dariPenjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampasvan polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis engiring.

Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.

Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.

Mereka yang masih diburu ialah Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, Hamzani Harun,37, Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, dan Hisham Abdul Rahman, 39. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...