Monday 14 January 2013

Kalimah Allah: PAS Ubah Pendirian, Suka-suka Mak Bapak Deme Je.


Teman tak terkejut pun. Itulah Parti PIMP (PAS) bila buat keputusan tak fikir panjang. Bila dah ditolak oleh ahli-ahli tentang isu Kalimah Allah, mulalah kelam kabut ubah pendirian. Dari kata OK jadi tak OK. Berbelit-belit macam ular semata-mata untuk mendapatkan undi. Bukannya kerana mahu menegakkan syiar Islam. Buat kenyataan pun berbelit-belit sampai orang pun tak faham. Boleh ke tak ni? Taman tak faham la..

Menurut Haramkah Daily, Majlis Syura Pas memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun ia tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.

Ye lah! Nanti bila kena kejut dengan Guan Eng dan Karpal Singh, confirm berubah lagi pendirian. Tapi kalau dah tak tau nak kata apa, boleh kata "bersetuju dengan tidak bersetuju". Itu aje jalan terakhir deme ni..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...