Tuesday 8 January 2013

GEMPAR: Pakatan Rakyat Setuju Bukan Islam Guna Kalimah Allah


Teman tak terkejut pun. Memang pun secara terang-terang sebelum ini PAS sendiri sudah bersetuju Kalimah Allah digunakan oleh Kristian di Bible versi Bahasa Melayu. Apa la nak jadi dengan Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Kalimah Allah sendiri pun tak boleh nak pertahan, bagaimana nak laksanakan hudud. Teman pun heran, melalak-lalak la deme kata perjuangkan Islam, tapi hampas, jual Islam ada la..

Berita dari Sinar Harian, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencapai pendirian penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia  tidak disalahgunakan. Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Suka sangat la DAP kerana agenda mengkristiankan orang Melayu Islam akan menjadi lebih mudah. Melompat-lompatlah puak-puak pencacai-pencacai Pakatan Rakyat yang menyokong DAP dan mempertahan PAS gembira tak terhingga kerana berjaya denga misi "MENGGADAIKAN ISLAM". Lepas ni boleh la pencacai-pencaicai buat laungan takbir dengan bangga tak terhingga di serata pelusuk dunia dengan "KEMENANGAN BESAR MENGGADAI ISLAM". Hebat!!! Ketawalah Guan Eng dan Kit Siang berdekah-dekah kerana mudah sahaja PAS dipermainkan jadi tunggangan DAP semata-mata.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...