Thursday 10 January 2013

Majlis Gereja Tak Hormati Sultan Selangor


Teman tak tau nak kata. Bila Pakatan Rakyat telah benarkan pengunaan Kalimah Allah bagi agama Kristian, bertambah melampau pulak Gereja-Gereja ni. Semacam satu lesen atau permit yang telah diluluskan la pulak. Macam Pakatan rakyat pulak yang perintah Malaysia. Langsung tak mahu menjaga sensitiviti orang Islam. Hanya mencari kekeruhan yang akan lagi bertambah parah. Walaupun Sultan Selangor sduah bertitah dengan larangan penggunaan Kalimah Allah bagi bukan Islam, Majlis Gereja di Selangor tetap dengan keputusan akan terus menggunakan kalimah "Allah" dalam Bible versi Melayu.

Ini lah yang Pakatan Rakyat mahukan. Cina DAP mahukan. PIMP (PAS) pulak bersengkongkol melacurkan Islam demi cita-cita peribadi masing-masing. Walau apa pun alasan yang diberikan, seribu atau sejuta alasan bagi menghalalkan penggunaan Kalimah Allah, teman yakin hanpir rang Islam di Malaysia tak boleh menerima alasan-alasan tersebut. Terman takut berlaku perkara yang tidak baik dan akan menggangu keharmoian dan hubungan antara agama di Malaysia.


Majlis Gereja (CCM) akan terus menggunakan kalimah "Allah" dalam Bible versi Melayu, kata para ketua gereja majlis.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, majlis itu berkata penganut Kristian di Malaysia telah menggunakan kalimah tersebut dalam Bible versi Melayu dan dalam pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya.

"Juga, banyak masyarakat pribumi di negara kita telah merangkumkan perkataan ini dalam bahasa harian mereka.

"Dalam perkara ini, kita akan meneruskan amalan ini, dan menyeru semua pihak untuk menghormati hak asasi ini," menurut kenyataan.

Mereka menambah amalan tersebut "dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan" di bawah Perkara 11.

Dua hari lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan bahawa bukan Islam di negeri ini telah dihalang daripada menggunakan "Allah", kerana ia adalah perkataan suci hanya untuk umat Islam. (mStar Online)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...