Wednesday 9 January 2013

Tarian Bogel: Polis Shah Alam Beri Kenyataan



Teman rasa lega bila Ketua Polis Daerah Shah Alam telah buat kenyataan tentang isu tarian bogel di Majlis Malam Mesra sekalung Budi, Segunung Intan baru-baru ini (Click Here). Rupanya penari bogel tersebut adalah lelaki yang berpakaian wanita. Adoiii! macam-macam. Koem bacalah kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam dibawah.

Shah Alam: Persembahan tiga lelaki berpakaian seksi seperti wanita dalam majlis anjuran Polis Shah Alam pada 4 Januari lalu, berlaku tanpa dirancang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata tarian dipersembahkan bukan yang ditempah penganjur Majlis Malam Mesra Sekalung Budi, Segunung Intan. Majlis anjuran Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu bertujuan meraikan bakal pesara dan pegawai serta anggota berpangkat rendah yang akan bertukar. 
Ia adalah majlis tertutup dan yang hadir hanya pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam. 

Apa yang berlaku adalah secara spontan tanpa izin penganjur, katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Gambar majlis berkenaan yang dimuat naik ke laman sosial Facebook sebelum ini, mendapat reaksi negatif umum hingga ada yang melemparkan tuduhan kononnya majlis ditaja oleh bapa ayam. 

Zahedi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menganjurkan majlis yang bertentangan dengan teras dan budaya PDRM serta Islam.

Susulan kejadian itu, beliau merisik dengan pengurusan hotel terbabit bagi mengetahui gambaran sebenar kerana penari berkenaan tidak menghadiri raptai majlis. 

Ditanya sama ada pihak bertanggungjawab sudah dikenal pasti, beliau berkata: Saya dimaklumkan penganjur membuat aduan kepada pengurusan hotel pada malam yang sama. 

Bagaimanapun, Zahedi enggan mengulas sama ada kejadian itu mempunyai unsur sabotaj manakala penari berkenaan adalah penari lelaki berpakaian wanita. 

Dalam kes berasingan, Polis Shah Alam menahan seorang wanita berusia 29 tahun yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat inspektor di kawasan perumahan di Setia Alam pada jam 7.45 petang kelmarin. 

Zahedi berkata, penahanan dibuat hasil maklumat orang awam ketika wanita itu berlegar di kawasan berkenaan menaiki kereta Myvi. (Berita Harian)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...