Monday 17 December 2012

PAKATAN RAKYAT KELIRU TAK TAU JALAN PULANG



Hah! DS Najib kata Pakatan pembangkang disifatkan sebagai parti yang keliru, tapi teman nak kata deme ni parti sesat.  Sebab tak tau jalan nak pulang.  Orang sibuk-sibuk nak majukan negara, deme pulak sibuk-sibuk nak musnahkan negara.  Tak ke sesat tu!  Orang nak bawak negara maju ke depan, deme nak bawak negara terjun gaung sama-sama dengan deme.  Siapa yang nak! Tak sior teman..heeeee

SANDAKAN - Pakatan pembangkang disifatkan sebagai parti yang keliru dan tidak konsisten sekali gus tidak mempunyai keupayaan untuk menerajui negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia jelas terbukti berdasarkan simbol, manifesto dan dasar Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP yang berbeza selain tidak mempunyai semangat berpasukan.

"Lihat sahaja pada parti pembangkang, ada (simbol) bulan, ada roket dan mata satu tetapi tiada asas kepada bendera parti utama mereka dan dasar mereka.

"Dalam Barisan Nasional (BN), kita mempunyai satu simbol, satu manifesto, satu dasar dan satu pasukan yang jelas menunjukkan matlamat dan destinasi utama untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat pada masa depan," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Ke-23 Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini semalam.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...