Monday 17 December 2012

WEH!SIAPA KOREK PASIR DI KEDAH NI



Weh! Siapa yang korek pasir kat Kedah ni. Siapa punya kerja ni! Baik cakap,kalau tak tempak hempuk dengan belantan. Eh!Eh! Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak kena jawab ni. Dengar kata syarikat tu beroperasi secara sah.  Siapa la punya syarikat ni ye!  Menyusahkan orang je sampai menjejaskan hasil tangkapan nelayan.  Kesian nelayan kat situ kena naya!  Baik cepat mengaku, kalau tak teman korek-korek hidung kome..Ini ke slogan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.  Kome je dapat nikmat, rakyat dapat hampagas je..heee..

SUNGAI PETANI 17 Dis. _ Aktiviti mengorek pasir berhampiran kawasan perikanan boleh menjejaskan hasil tangkapan nelayan, kata Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah Mohamad Noor Had.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar Jabatan Alam Sekitar meneliti semula syarat meluluskan aktiviti mengorek pasir kepada sesebuah syarikat.

Kesan daripada aktiviti mengorek pasir itu bukan sahaja menyebabkan pencemaran di kawasan sekitar, tetapi juga merosakkan pukat nelayan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian elaun sara hidup nelayan di Kota Kuala Muda, di sini.

Beliau merujuk kepada aktiviti mengorek pasir di perairan Kuala Muda berhampiran Tanjung Dawai di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata LKIM Kedah difahamkan syarikat itu beroperasi secara sah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...